"Sejak lahir Adam mempunyai masalah Epiglottis yang
menyebabkan dia sedikit menghadapi kesukaran untuk minum susu terutamanya jika
aliran susu terlalu laju. Bayangkan seawal umur 1 bulan sahaja Adam telah
dimasukkan ke Hospital Serdang kerana masalah ini. Mungkin sebab itu juga Adam
tidak dapat minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kerap. Kebiasaannya susu
yang dibancuh jarang dihabiskan. Kalau 6oz yang dibancuh, hanya 3oz saja yang
habis. Adam juga agak cerewet ketika makan. Dia juga mudah mendapat jangkitan
batuk dan selsema. Disebabkan itu, berat badan Adam hanya bertambah sedikit
sahaja setiap bulan. Berat Adam pada Disember 2011 adalah 8.7kg dan bertambah
sebanyak 0.2kg sahaja pada bulan Februari 2012 iaitu 8.9kg. Saya agak susah
hati bila mendapati carta tumbesaran Adam pada tahap 'border line' setiap kali
pemeriksaan kesihatan di klinik.
Pada bulan Februari lepas, saya telah mula mencuba Mealshake
SHAKLEE selepas dicadangkan oleh pengedar (Zeti Hafiza). Saya mula campurkan
satu sudu teh Mealshake ke dalam susu Adam setiap hari. Alhamdulillah, sejak
itu selera Adam semakin baik. Dia akan habiskan susu yang diberi dan semakin
berselera untuk makan. Bukan itu sahaja, sekarang Adam dah mula minta susu dan
nasi! Bahkan di tangan Adam sentiasa ada biskut untuk dimakan. Alangkah
gembiranya hati saya melihat anak saya makan walaupun hanya sekeping biskut..
Saya sangat teruja bila baru-baru ni berat Adam bertambah
secara mendadak dalam masa sebulan lebih sahaja. Pada Mac 2012 berat Adam naik
1.2 kg kepada 10.1kg berbanding 8.9kg pada Februari 2012. Siapa yang tak
gembira bila anak yang dulu kelihatan kurus, sekarang dah semakin berisi! Dan
yang paling penting Adam sihat dan semakin jarang dijangkiti batuk dan selsema "
Untuk Info & Order:
Shaklee Damia
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/: 013 9744747
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/: 013 9744747
No comments:
Post a Comment