Like Kami@FB

Sunday 29 September 2013

TIDAK SENANG MENJADI SENANG & TIDAK SUSAH MENJADI SUSAH.

Ekceli arini saya nak berbicara tentang bisnes yang saya jalankan sekarang iaitu bisnes Shaklee,mungkin kebelakangan ini ramai kita boleh lihat di alam maya ramai betulkan yang menjual Shaklee terutamanya di FB.Itu memang tak saya nafikan memang fenomena Shaklee lately ni macam meledak-ledak..:)

Syukur Alhamdulillah kerana ramai dah rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya menjaga kesihatan dan kepentingan pengambilan vitamin dalam kehidupan kita seharian.Ok back to our topic today la pulak ya,semalam..sorang lagi kastemer PM repeat nak beli Shaklee,dia cakap nak biz tapi tak tau nak biz apa…saya saja usik2 dia jom la biz Shaklee..trs dia jawab susahla nak biz Shaklee,ramai sgt orang duk jual Shaklee,sepupu dia pun ahli Shaklee…saya senyum dalam hati..REZEKI ITU MILIK ALLAH SWT,macam mana dia pun still nak beli dengan saya even sepupu dia pun ahli Shaklee,jawapannya Allah SWT yang menggerakkan hati kita semua dalam membuat keputusan.Jika sesuatu itu telah ditetapkan rezeki kita oleh Allah swt pasti ia akan menjadi milik kita walaupun 1001 halangan menimpa…sandarkanlah sepenuh harapan dan impian kita kepada Allah swt,mungkin dalam berbisnes kita tak secepat atau selaju orang lain.Tapi yang penting kita jangan berhenti..keep sharing..keep sharing..never give up.Teruskan berdoa..berdoalah tanpa henti..saya petik kata-kata adik saya di FB yang dia dapat melalui ceramah Ustaz Don:
"Jangan pernah berhenti berdoa kpd ALLAH. Jika tidak hari ini mungkin esok @ hari2 yg seterusnya dOa kita akan didengariNYA. InshaALLAH."

Impian saya untuk bergelar WAHM Insya Allah akan termakbul suatu hari nanti,saya nak duduk di rumah sambil jalankan perniagaan dan dalam masa yang sama saya nak bermain dengan anak-anak.Nak suapkan makan minum dorang dengan tangan sendiri,nak didik mereka sehabis baik dengan ilmu agama dan kasih saying.WAHM DENGAN SHAKLEE INSYA ALLAH PASTI BOLEH..semuanya macam mimpikan dulu tak pernah sangka masa mula-mula join Shaklee hingga ke hari ini masih mampu bertahan,dapat rasa bonus 4 angka yang hampir sama dengan gaji sebulan.Kepada yang nak mencuba nasib dengan Shaklee janganlah takut,janganlah bimbang msg/WA/call saya untuk saya bantu anda semua.Hanya bermodalkan RM75 untuk semenanjung dan rm 85 untuk Sabah/Sarawak anda dah mampu nak menjalankan bisnes sendiri.Tak perlulah anda berhutang ribu-ribuan untuk memulakan bisnes.Jom kita berbisnes,bukan mengejar duit semata-mata tetapi juga untuk membangunkan agama islam dan bangunkan ummah melalui zakat dan sedekah..;)

INSYA ALLAH…EMPAYAR GROUP JUTAWAN KAMI JUGA BANYAK MENDIDIK HATI SAYA...SOLAT DHUHA,SEDEKAH,ZAKAT.SOLAT TAHAJJUD..MANISNYA HANYA YANG MERASAINYA SAJA YANG TAHU.JOM HANYA BERBEKALKAN RM 75/RM65 SAHAJA…;)


Mode: DUNIA SHAKLEE YANG PENUH DENGAN DEBARAN...SURPRISE...MAGIC..

Wednesday 25 September 2013

Home Made Bezday Cake For My Little Boy

Dah lama nak berkongsi tentang my home made bezday cake for our little Darwisy sempena bezday dia 16 Sepetember 2013 yang genap 2 tahun..Simple choc cake with simple decoration.yang penting saya rasa puas hati dapat buat kek dengan hasil tangan sendiri…walaupun comot tapi rasa tetap ada kot,hehehehe!!masuk bakul angkat sendirilah pulak.kui,kui,kui…kalau ada yang teringin nak buat jom saya kongsikan resipi..;)

Resipi Kek Coklat


Bahan A
4 biji telur Size A
250 gram Butter
2 cawan gula
**masukkan dalam mixer dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga adunan menjadi putih gebu**

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat
**ayakkan **

Bahan C
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
½ cawan susu cair
**cairkan atas api yang sederhana**
Kemudian campurlah ke semua bahan-bahan A,B dan C sekali

Bakar selama satu jam pada suhu 180 darjag Celcius

Tuesday 24 September 2013

Kawan Saya Akhirnya Sign Up Sebagai SID

 Selamat pagi..chewah mentang-mentanglah tengah mengarang blog di waktu pagi..hehehehe!!Saja nak memulakan cerita pagi yang ceria dan gembira bila kawan rapat sendiri dah terbukak hati nak join empayar Shaklee saya,kawan baik masa Universiti dulu memang kami agak rapat,selalu ke sana ke mari bersama.Memang dalam bisnes Shaklee ni tak ada istilah head hunting or cari@paksa orang untuk join kita.Anak-anak Shaklee saya semuanya datang bila mereka dah bersedia setelah merasai sendiri keberkesanan produk Shaklee pada diri sendiri dan juga pada keluarga mereka.ALHAMDULILLAH,SHAKLEE ADALAH MLM YANG ADIL..;)Saya tahu ramai orang diluar sana yang anti-MLM dan tidak terkecuali saya sendiri juga yang satu ketika dulu turut tidak menyukai MLM tapi pandangan saya berubah seratus peratus bila berjumpa perniagaan Shaklee,Shaklee menyediakan pelan pemasaran yang adil,kita pun boleh naik dengan sendiri dan boleh meningalkan upline kita tau…J

Oklah saya perkenalkan kawan saya ni,Suhairoslinda@Sue,sekarang Sue adalah pelajar Master cum Research Assistant di UPM Serdang.Hebat tau orangnya kecil molek tapi rajin belajar..saya pun stop sampai degree Biotek sahaja…tapi Sue teruskan sampai tahap Master.Mula-mula Sue PM saya di FB risik-risik berapa income saya dengan Shaklee..bila saya bagitau 4 angka sebulan,Sue agak terkejut jugakla pada mulanya.Saya ajak dia datang umah..masa tu tengah bulan puasa masing-masing tengah busy nak raya kan..hihihi!!raya  sakan kan..biasalah rayakan setahun sekali.Then raya Sue datang umah saya..saya explain sikit-sikit tentang bisnes Shaklee dan bonus bulanan yang saya dapat.Masa tu jugak Sue buat keputusan untuk Join Shaklee bawah bimbingan saya..Alhamdulillah…Apa yang saya boleh katakan di sini nak berbisnes bukanla boleh untung setiap masa,bukan semudah ABC tapi percayalah kalau kita jaga hubungan baik dengan Allah swt pasti rezeki itu akan datang dengan cara yang baik dan tidak disangka-sangka…Jadilah insan yang baik,Insya Allah rezeki akan datang dengan mudah dan senang..:)

Alang-alang dah menulis pasal SID (Shaklee independent distributor) di kawasan UPM,Serdang saya gabungkan sekali entri Sue dangan anak Shaklee saya sorang lagi ni….cukup hebat orangnya tengah menyambung pelajaran di peringkat PHD di UPM jugak..saya kenalkan Suziana@Suzie.Korang pun boleh contact sama ada Sue@Suzie untuk dapatkan produk Shaklee yang berada sekitar UPM,Serdang,Bangi,Kajang .
Jika ada kawan-kawan yang ingin jana pendapatan secara full time/part time dengan Shaklee janganlah segan silu untuk mesej saya..mana tahukan ada rezeki kawan-kawan untuk jana side income2,3,4,5,6 angka..hihihi..:)

SUHAIROSLINDA HAYATI-0196400961



NURUL SUZIANA NAWI @ MOHAMED-0139068812



Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Sunday 22 September 2013

Tips Kehamilan:

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.


Ramai dikalangan wanita yang kurang memahami tentang kitaran haid dan masalah haid pula adalah diantara soalan yang paling dikerap ditanya terutamanya di forum.

Sistem peranakan dan kitaran haid kita sebenarnya kejadian yang amat kompleks yang melibatkan beberapa hormon penting dalam badan.
Keseimbangan dan interaksi sihat hormon-hormon ini pula amat kritikal untuk memastikan ovulasi berlaku dan kitaran haid anda teratur setiap bulan

Mengetahui dengan mendalam bagaimana sistem reproduktif berfungsi  menjadi berguna apabila anda merancang untuk hamil kerana ia amat penting dalam menentukan peluang anda untuk hamil .

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.
Kitaran Haid

Setiap bulan badan akan mengalami perubahan semulajadi yang menolong ovari mengeluarkan telur yang bakal disenyawa ataupun tidak. Proses ini dipanggil kitaran haid. Hari pertama haid anda datang dikira hari pertama kitaran haid anda. Selalunya berakhir 28 hari pada kebanyakan wanita tetapi sekiranya ia dalam lingkungan 21-35 hari kitaran tersebut masih dikira normal dan teratur. Kitaran haid tidak semestinya tepat setiap bulan, awal atau lewat 4-5 hari adalah perkara biasa bagi kebanyakkan wanita.

Semasa hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah waktu ini mendorong badan kita untuk mengeluarkan lebih hormon ( FSH ). Semasa hormon FSH meningkat tinggi, ovari mula merangsang pembentukkan folikel-folikel selalunya bermula dengan 20 folikel kecil yang dengan perlahan akan menjadi lebih besar diameternya beberapa hari kemudian.
Walaubagaimanapun, cuma satu sahaja dari folikel ini yang akan menjadi semakin besar dan matang dan seterusnya pecah mengelurkan telur.


Ovulasi

Ovulasi ialah proses untuk mengambarkan saat dimana telur dikeluarkan dari ovari. Pada masa ini, hormon estrogen menjadi tinggi merangsang satu lagi hormon yang dirembeskan dari otak iaitu LH mennyebabkan folikel pecah dan keluar dari ovari. Ia selalunya berlaku 14 hari selepas haid pertama sekiranya kitaran anda 28 hari. ( Disinilah lahirnya LH kit). Sekiranya kitaran haid anda 32 hari, telur selalunya akan keluar pada hari ke 18 dari hari pertama haid anda.
Masa inilah anda dalam kedaan subur sekali dan berkemungkinan besar akan hamil sekiranya pada masa yang sama anda bersama dengan suami anda.
Hormon progesterone pula yang dirembes oleh ovari selepas ovulasi akan menyebabkan dinding rahim iaitu endometrium menebal sebagai persiapan untuk meyambut kehadiran telur yang bakal disenyawakan.
Hormon estrogen yang tinggi pula menyebabkan berlaku rembesan yang banyak dari kelenjar serviks yang bertukar menjadi lebih licin dan jernih ( seperti putih telur). Perubahan ini terjadi untuk memudahkan perjalanan sperma dari faraj, ke rahim dan seterusnya ke salur fallopian.
Apabila telur dilepaskan dari ovari, ia akan bergerak perlahan lahan di sepanjang salur fallopian dan sekiranya tiada persenyawaan, telur akan terlerai semasa didalam rahim.

Dinding rahim yang menebal untuk persiapan persenyawaan tadi tidak lagi diperlukan dan akan gugur disebabkan hormon progesteron yang turun secara mendadak ( selepas 14 hari dari tarikh ovulasi) dan dinding rahim tadi akan menjadi darah haid dan kitaran haid baru bermula.

Sebab itulah ujian progesterone dibuat pada hari ke 21 sebagai salah satu ujian infertiliti untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Ujian LH /FSH pula dibuat untuk menentukan samada terdapat keseimbangan hormon ini pada hari ke 2 atau ke 3 kerana jika tiada keseimbangan, besar kemungkinan folikel gagal matang dan ovulasi tidak berlaku.
Apa yang berlaku sekiranya berlaku persenyawaan?
Sekiranya telur tersenyawa, ia dengan perlahan lahan akan berjadi embryo dan bergerak dari salur fallopian kearah rahim.  Selepas 1 minggu dari tarikh telur dilepaskan, ia akan memasuki dinding rahim yang menebal tadi dan implantasi berlaku.
Pada masa ini hormon HCG akan dirembeskan dan hormon inilah akan dikesan semasa ujian air kencing atau darah .

5. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras.

6. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

7. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

8. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.

9. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan.

Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Friday 20 September 2013

Testimoni Alfalfa Untuk Keintiman Dan Keputihan

Alfalfa,Oh Alfalfa..Dasyat sungguh penangan Alfalfa untuk keintiman pasangan suami isteri juga untuk merawat keputihan,hehehehe!!bunyinya macam sensored jerk an..bertenang dulu dong…memang alfalfa ni sangat superb kalau ada keputihan dan masalah dalaman wanita..tapi lelaki pun still boleh ambil tau.Untuk saya Alfalfa memang sebagai pelawas dan dalaman wanita,almaklumlah mama beranak dua dah kan..huhuhuhu!!Saya ambil sekali dengan Lecithin,Omega Guard dan ESP,memang gabungan yang agak mantap jugaklah untuk slimming dan proses detoks.Macam Lecithin dan Omega Guard adalah untuk membakar lemak dalam badan kita then tugas Alfalfa lah untuk angkut dan bawak keluar segala lemak-lemak degil dalam badan ni.. Macam-macam faedah alfalfa ni,jom kita review lagi sekali kebaikan Alfalfa


  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
Testimoni Pengguna Alfalfa,jom kita layankan..

Zakiah Zainol okay...no wonder la kali ni lepas abis pantang saya takder masalah macam rasa tak sedap dan discharge yang agak tak best...selalu lepas pantang jer mesti nak ambik bxxxxi. But not this time. I tak nak ambil any jamu cos malas nak campur2”


Dilla Jalil alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!!

“Pn Yati ".......dah start mkn alfafa nie tah bila tah lupa..xpot pun kesan dia sbb target utama nak bykkan susu..smlm mkn alfafa slps sarapan 2 biji lps lunch 2 bijik... blk umah nak mandi eh keputihan nie xde ketul2 la..saya punye keputihan bukan jenis melelah kena panties tu tp jenis tgal kat dlm..terkejut gak xde ketul langsung..dah pakai ubat klinik dah beberapa kali dah2 hehehe..sbb apa jadi keputihan nie?aku pun tak tahu..semua wanita ada keputihan ke ye? ke aku je?huhuhuhuhuh sedih2...tu td sms kak cery betul ke alfafa nie blh kurang keputihan..dia kata ye”

“Pn Dilla "....Semenjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!”


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Tuesday 17 September 2013

Reward Diri&Family Dengan Bonus Shaklee

Semalam 16hb September kami sekeluarga ke Bukit Tinggi,Pahang.Saja bawak anak-anak makan angin sempena bezday anak  lelaki kami Muhammad Darwisy Lutfi,bezday dia ngam-ngam jatuh pada Hari Satu Malaysia so kira untunglah setiap kali bezday automatic akan cuti.Senang keje kan tak payahla kami nak apply cuti sambut bezday dia..muahahahaha!!!Kebetulan pulak En Harimau mengaum awal,bonus Shaklee bulan ini masuk 12hb lagi,macam tahu-tahu jer kami perlukan untuk bezday si kecit.Itulah untungnya menjadi ahli Shaklee,tengah-tengah bulan sure akan ada RM dalam Maybank.JUMLAH???Itu semua bergantung pada usaha kitalah kan,nak banyak kenalah kerja kuat,kena usaha lebih..tak gitu?Mana ada duit or rezeki datang bergolek melainkan dengan usaha.Tengah bulan bila orang lain kekeringan kami warga Shaklee tersenyum penuh makna..ALHAMDULILLAH.Sikit atau banyak tak menjadi persoalannya,yang penting rasa kesyukuran atas nikmat Allah swt yang tiada hentinya buat kami sekeluarga.



Kakak Damia&Baby Darwisy

Time tengah baik siap suapkan aiskrim pada adik..hihihi!!

Oklah berbalik pada percutian kami yang sangat singkat itu,kami bertolak dari rumah dalam pukul 10 lebih dah.Berhenti makan pagi dulu di Seri Gombak,sampai ke Bukit Tinggi lebih kurang pukul 12 lebih..terus ke animal park  dulu,bagi si kecil dan kakak bermain-main dengan arnab dan rusa sekejap.Barulah kami menuju ke French Castle dan Taman Jepun.Dalam pukul 4 lebih dah bertolak balik coz takut jammed dekat Highway Karak,sekali turun memang jammed pun.Terpaksalah merangkak-rangka gerak…apa-apa happy bila tengok anak happy dan bahagia..:)Inginkan yang terbaik buat mereka berdua..amin..:)


Bezday boy yang sangat seronok di Animal Park@Colmar Tropical,Bukit Tinggi


                                Genaplah umur saya 2 tahun hari ini,16 September 2013

Thursday 12 September 2013

Buasir Tolong Juahkan Dari Kami!!!

Hari ini nak berborak-borak pasal Set Buasir Shaklee,saya jugak merupakan salah seorang penghidap penyakit Buasir sejak zaman universiti lagi,pernah sampai berdarah-darah bila hendak membuang air besar.Bukan sikit-sikit berdarah tau sampai mengalir macam air paip.Memang mengerikan,berubat kampong dan moden semua dah dicuba..baik sekejap then ia datang balik after deliver second baby even beranak secara czer.Ia still datang menyerang kembali…tanpa saya sedar setelah pengambilan 

Omega Guard untuk kami sekeluarga buasir saya sudah tidak menyerang lagi dan pun mula mengecut secara tidak langsung dengan pengambilan Omega Guard yang pada asalnya untuk pelangsingan badan dan untuk anak-anak yang selalu tidak sihat.Si kakak terutamanya saya biasa pecahkan Omega Guard ke dalam susu setiap 1@2 KALI SEMINGGU untuk merawat masalah ASTHMA dan BATUK yang berpanjangan.Rupa-rupanya secara tidak langsung telah merawat buasir yang selama ini menghantui saya hingga rasa teramat takut untuk membuang air besar.ALHAMDULILLAH…;)Kepada sesiapa yang mengalami masalah ini janganlah segan silu untuk email saya ye…kita kongsi kebaikan Supplement Shaklee bersama-sama.Sharing is caring..;)


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Wednesday 11 September 2013

Rangsang pengeluaran susu ibu

“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu.

Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?Berhadapan situasi yang sama ketika melahirkan anak pertama membuat­kan penulis beranggapan amat penting mendapat­kan ilmu mengenai penyusuan sebelum beralih kepada peringkat seterusnya.
Panduan ibu berkerjaya

Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar. Antaranya:

1. Pam susu
Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ia perlu ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Namun, jika ibu tidak mempunyai pam susu, dia masih boleh menyusukan secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.

2. Plastik atau botol penyimpan susu
Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu me­nyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang di dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.


3. Beg penyejuk
Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setiap kali selepas mengepam. Beg pe­nyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuat­kannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.

4. Coli menyusu
Coli menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.

5. Pemanas susu ibu
Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.Selepas anda menyediakan semua peralatan di atas, terdapat beberapa perkara yang harus diikuti bagi memastikan ibu bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif enam bulan dan seterusnya sehingga dua tahun antaranya:

Menyediakan susu perahan

Mulakan mengepam sebulan sebelum bekerja (iaitu dalam tempoh berpantang) bagi membiasakan de­ngan teknik mengepam serta membuat stok susu. Biasakan mempunyai lebih daripada stok susu lima hari bekerja di dalam peti ais beku.
Contohnya, katakan ibu bekerja 10 jam dan bayi mungkin menyusu dua jam sekali dengan kadar dua atau tiga auns sekali minum. Ini bermakna ibu perlu menyediakan 10 hingga 15 auns sehari. Ambil purata 12 auns untuk ditinggalkan sehari, maka ibu perlu menyediakan sebanyak 60 auns susu perahan beku di dalam peti ais.

Ini sekadar contoh bagi memudahkan ibu mengang­gar jumlah susu yang perlu diperah dan dikumpul sepanjang tempoh berpantang. Ia mungkin sedikit berbeza antara ibu dan bayi kerana bergantung kepada keperluan bayi itu.
Sebaiknya anda membawa susu perahan ke rumah pengasuh mengikut kadar yang diminum. Misalnya untuk sehari, anda boleh menyediakan sukatan dua atau tiga auns di dalam empat botol bersama campuran susu yang sudah disejukkan.

Mengepam susu tiga jam sekali ketika bekerja

Bagi ibu menyusu dan bekerja, mereka perlu mengepam susu setiap selang tiga jam selama 15 minit sebelah payudara. Pam elektrik yang mempunyai dua corong boleh menjimatkan masa dan membantu ibu berkerjaya bertenang dan gembira semasa menyusu.Gunakan masa mengepam untuk melihat gambar anak, berzikir mahupun berfikir mengenai perkara baik yang menggembirakan. Pasti susu mudah mengalir keluar. Pam susu yang ri­ngan dan fleksibel memudahkan anda mengepam walau di mana saja sama ada di dalam kereta atau ketika anda terpaksa berhenti di mana-mana untuk mengepam susu.

Simpan susu di dalam beg penyejuk
Susu perahan serta peralatan mengepam boleh disimpan di dalam beg penyejuk untuk dibawa pulang ke rumah.
Makan dan minum dengan sihatIbu menyusu perlu me­ngamalkan lima jenis warna makanan dalam makanan tengah hari dan makan malam. Contohnya nasi (putih), ayam goreng (coklat), sayur campur (hijau), air jus oren (jingga) dan telur (kuning).
Terdapat beberapa makanan yang senang diamalkan untuk membanyakkan susu. Antaranya ialah minuman halba bercoklat dan teh moringa. Minuman ini adalah herba yang boleh memba­nyakkan susu ibu dan tidak memberikan kesan sampi­ngan terhadap bayi. Ia juga boleh diambil sejak dari dalam pantang.
Selain itu, sayur seperti lobak putih dan sawi dipercayai boleh membanyakkan susu ibu dan elok diambil oleh ibu menyusu.

Shaklee Situ Sana Sini!!!

Macam tajuk lagu Siti Nurhaliza pulak…Siti Situ Sana Sini,hahaha!!!Okla memandangkan masa yang singkat untuk hari ini saya just preview untuk u ols tentang kebaikan dan kelebihan Vitamin Shaklee secara ringkas…kalo nak lebih details u ols bolehla klik dekat mana-mana vitamin yang nak tahu dekat kanan blog saya tu..hihihihi!!!Untuk Set Mengandung,Set Penyusuan,Set Kesihatan Kanak-Kanak,Set Kencing Manis,Set Darah Tinggi.Kalau berminat bolehla contact saya..;)


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Friday 6 September 2013

The Power Of Doa

Entah kenapa tetiba nak bercakap pasal doa..ya doa senjata umat islam..dengan doa kita masih di sini dengan rahmat dan kebaikan yang Allah swt berikan kepada kita.Tahukah kita betapa POWERNYA doa yang kita mohon setiap hari kepada Allah swt?Tetapi pasti kita tidak lari dari rasa terkilan bila kita rasa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah swt dengan cepatkan…cepat atau lambatnya termakbul sesuatu doa itu bukanlah kerja kita.kerja kita hanya teruskan berdoa dengan penuh khusyuk,rendah hati dan jatuhkan segala nekad,bulatkan sepenuh hati kepada sang pencipta kita iaitu Allah swt.Insya Allah semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah swt


Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Jawapan Dr MAZA:
Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:
1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).FirmanNya juga: (maksudnya)“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam.

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.


9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepada Nya

Thursday 5 September 2013

Penyakit jantung serang wanita muda

WANITA muda lazimnya sangat yakin tentang tahap kesihatan mereka. Khususnya kepada mereka yang baru mencapai usia 20-an atau 30-an.Justeru, penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau jantung bukan kebimbangan mereka. Sebaliknya, wanita-wanita dalam fasa ini mungkin lebih bimbang dan memberi perhatian terhadap masalah kecantikan semata-mata.
Malah, mereka pasti sedih jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau hilang bentuk badan yang dikategori sebagai penyakit luaran sahaja.
Bagaimanapun, ramai wanita di luar sana tidak sedar akan masalah dalaman kesihatan diri sehingga pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

Pengalaman
Bagi Monica (bukan nama sebenar) yang baru berusia 32 tahun, dia langsung tidak menyangka akan didiagnosis dengan penyakit yang 'membunuh' ramai rakyat Malaysia, penyakit jantung.
Berat badan yang normal dan rutin harian yang aktif menyebabkan Monica menganggap penyakit itu hanya menyerang lelaki tua atau wanita tua yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
Ternyata tanggapan wanita itu salah. Sebulan sebelum dia mengalami serangan jantung, Monica jatuh sakit. Dia berasa sakit di bahagian dada dan sentiasa pitam. Namun, simptom utama dia mengalami sakit jantung ialah apabila kesakitan pada bahagian dada seolah-olah menyerap masuk ke bahagian belakang dan kerongkong.
"Saya rasa seperti dicekik. Rasa sakitnya seperti beberapa ekor gajah duduk di atas dada saya. Ketika di bilik kecemasan (hospital), oleh kerana berat saya hanya 55 kilogram, kakitangan perubatan menyangka saya berkelakuan demikian kerana mengambil alkohol," ujarnya.
Selepas pemeriksaan lanjut, wanita itu didapati menghidap penyakit jantung yang agak teruk.
"Bahagian bawah jantung saya rosak dan saya terpaksa dibawa ke bilik pembedahan untuk merawat kerosakan itu," katanya yang mengakui dia kini masih dalam tempoh pengawasan.
Enggan menerangkan secara lanjut, dia mengakui, jika tidak menjaga gaya hidupnya selepas ini, dia akan terpaksa melalui rawatan pembedahan pintasan.

Ternyata pengakuan Monica itu mencerminkan penyakit jantung merupakan satu ancaman kesihatan yangmenggerunkan. Walaupun penyakit itu dianggap hanya berlaku dalam kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas, kini penyakit jantung turut menyerang wanita muda.Biarpun jantung manusia hanya sebesar segenggam tangan seorang dewasa, ia merupakan organ terpenting tubuh. Jantung beroperasi sepanjang masa mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh.

Jika jantung manusia menghadapi gangguan, ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh sistem badan. Pada kebanyakan masa gangguan pada jantung disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat.

Gaya hidup


Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Sime Darby, Ara Damansara, Dr. Liew Chee Khoon memberitahu, perubahan gaya hidup yang nyata, perkembangan kemudahan dalam kehidupan sosial dan kesan emosi merupakan faktor serangan penyakit jantung.
Ini tidak ketinggalan serangan terhadap golongan wanita muda yang suatu masa dahulu difikirkan sebagai kes-kes terpencil.
Walaupun mengakui serangan terhadap wanita muda sekitar usia 20-an dan 30-an sebagai jarang berlaku, tetapi Chee Koon tidak menolak tetap menerima kes melibatkan golongan tersebut.
"Statistik juga menunjukkan ia sebagai satu paten yang sedang meningkat. Lebih maju dan moden kemudahan sekitar, lebih tinggi kekerapan mendapat serangan jantung," katanya.

Simptom
Mengulas lebih lanjut, ujar beliau, pada masa kini, semakin ramai wanita pada kadar usia 40 tahun ke atas yang mendapat sakit jantung dan ia bukan sekadar 'sakit biasa'.
"Ia boleh bermula daripada ketidakselesaan pada dada. Ia akan berlaku di bahagian tengah dada atau pun ke sebelah kiri sedikit. Kesakitan ini berlaku selepas aktiviti fizikal dan hilang selepas berehat. Ketidakselesaan yang sama juga boleh beralih ke bahagian lain seperti dagu, leher, bahu atau lengan kiri," terangnya.Satu lagi serangan ialah ketidakselesaan pada bahagian perut, pening dan pitam. Namun, ia jarang berlaku.

Jadi, serangan jantung bukan sahaja melibatkan jantung. Orang ramai, khususnya wanita, jangan sesekali memandang ringan apabila menghadapi ketidakselesaan seperti yang dinyatakan.
"Apabila menghadapi situasi sedemikian, segera berjumpa doktor. Jika boleh, jumpa pakar perubatan. Hanya pemeriksaan lanjut boleh mengesan dan mendiagnosis masalah sebenar jantung anda. Lebih baik jika pemeriksaan dilakukan setiap tahun supaya sebarang masalah kesihatan pada tahap awal boleh dihindari," kata Chee Khoon.Katanya, masalah paling kerap berlaku pada jantung manusia ialah seperti blockage atau sumbatan pada salur darah jantung, lemak terkumpul dan sebagainya.


 Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2e4iRFH5M

Hakcipta terpelihara


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com


Tuesday 3 September 2013

Menurunkan Berat Badan Semasa Menyusu?

Sebagai ibu pada masa kini terutamanya ibu-ibu yang bekerjaya pasti menginginkan kembali bentuk badan selepas bersalin@melahirkan anak.Al maklumlah sayangkan En Suami harusla cantik luar dan dalam dijagakan.Untuk mereka yang menyusu rasanya tidak susah untuk menurunkan berat badan dengan produk Shaklee di mana penyusuan dan slimming bajet terdiri daripada ESP+Alfalfa+Lecithin,gabungan yang super duper mantap malah boleh meningkatkan hasil pengeluaran susu ibu.Jom kita tengok testimonikenapa ESP sangat menjadi pilihan:

Alfalfa pulak selain meningkatkan penghasilan susu ia juga bertindak untuk membuang segala sisa toksik dan lemak didalam badan.Insya Allah ia pasti selamat untuk anda dan bayi. Tetapi para ibu juga mesti ingat menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang disalurkan kepada bayi.


Bercakap pasal Lecithin pulak kenapa ibu menyusu memerlukan Lecithin?Lecithin sangat-sangat diperlukan untuk memecahkan segala sisa lemak di dalam badan untuk memastikan segala lemak jahat dalam badan dapat disingkirkan.
Cakap pasal ESP saya memang suka coz saya pun salah seorang pengguna tegar ESP,jom lihat senarai kebaikan ESP

·         Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
·         Parut di muka jadi pudar
·         Tenaga berpanjangan pagi ke malam
·         Kurang letih
·         Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
·         Sistem perlindungan badan semakin bagus
·         Mengawal paras kolestrol
·         Menyokong kesihatan jantung dan prostat
·         Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
·         Mengurangkan alergik

"...saya cuma consume ESP + Alfalfa sahaja untuk penyusuan..+ Lecithin untuk kuruskan badan..Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang yang setiap masa menyusukan baby tuh..memang lansung tak ade masalah sakit belakang, sakit badan (sebab waktu malam menyusu sambil baring), tak lesu, kulit pun tak pucat..ni mmg best sbb selama ni org selalu ingat saya sakit disebabkan kulit tak berseri...Sebab tu saya jatuh cinta dengan Shaklee...seriously Shaklee banyak membantu dalam kesihatan dalaman dan luaran saya...kalau dalaman cantik, automatiknya luaran pun akan cunnn...:)"

Alhamdulillah...slimming set ini memang sangat sesuai untuk ibu yang menyusukan anak kerana di dalam set slimming ini terdapat 2 milk booster yang terbaik iaitu Alfalfa dan ESP. Bukan sahaja si ibu dapat turunkan berat badan, malah bekalan susu untuk si manja juga melimpah ruah. Tambahan pula, ibu juga tidak menghadapi masalah kulit lesu dan pucat atas bantuan ESP..malah kulit akan bertambah berseri dan "glowing" :)

Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com