WANITA muda lazimnya sangat yakin tentang tahap kesihatan
mereka. Khususnya kepada mereka yang baru mencapai usia 20-an atau 30-an.Justeru,
penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau jantung bukan
kebimbangan mereka. Sebaliknya, wanita-wanita dalam fasa ini mungkin lebih
bimbang dan memberi perhatian terhadap masalah kecantikan semata-mata.
Malah, mereka pasti sedih jika mengalami masalah berat badan
berlebihan atau hilang bentuk badan yang dikategori sebagai penyakit luaran
sahaja.
Bagaimanapun, ramai wanita di luar sana tidak sedar akan
masalah dalaman kesihatan diri sehingga pemeriksaan menyeluruh dilakukan.
Pengalaman
Bagi Monica (bukan nama sebenar) yang baru berusia 32 tahun,
dia langsung tidak menyangka akan didiagnosis dengan penyakit yang 'membunuh'
ramai rakyat Malaysia, penyakit jantung.
Berat badan yang normal dan rutin harian yang aktif
menyebabkan Monica menganggap penyakit itu hanya menyerang lelaki tua atau
wanita tua yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
Ternyata tanggapan wanita itu salah. Sebulan sebelum dia
mengalami serangan jantung, Monica jatuh sakit. Dia berasa sakit di bahagian
dada dan sentiasa pitam. Namun, simptom utama dia mengalami sakit jantung ialah
apabila kesakitan pada bahagian dada seolah-olah menyerap masuk ke bahagian
belakang dan kerongkong.
"Saya rasa seperti dicekik. Rasa sakitnya seperti
beberapa ekor gajah duduk di atas dada saya. Ketika di bilik kecemasan
(hospital), oleh kerana berat saya hanya 55 kilogram, kakitangan perubatan
menyangka saya berkelakuan demikian kerana mengambil alkohol," ujarnya.
Selepas pemeriksaan lanjut, wanita itu didapati menghidap
penyakit jantung yang agak teruk.
"Bahagian bawah jantung saya rosak dan saya terpaksa
dibawa ke bilik pembedahan untuk merawat kerosakan itu," katanya yang
mengakui dia kini masih dalam tempoh pengawasan.
Enggan menerangkan secara lanjut, dia mengakui, jika tidak
menjaga gaya hidupnya selepas ini, dia akan terpaksa melalui rawatan pembedahan
pintasan.
Ternyata pengakuan Monica itu mencerminkan penyakit jantung
merupakan satu ancaman kesihatan yangmenggerunkan. Walaupun penyakit itu
dianggap hanya berlaku dalam kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas, kini
penyakit jantung turut menyerang wanita muda.Biarpun jantung manusia hanya
sebesar segenggam tangan seorang dewasa, ia merupakan organ terpenting tubuh.
Jantung beroperasi sepanjang masa mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh
tubuh.
Jika jantung manusia menghadapi gangguan, ia boleh memberi
kesan yang besar kepada seluruh sistem badan. Pada kebanyakan masa gangguan
pada jantung disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat.
Gaya
hidup
Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Sime Darby, Ara
Damansara, Dr. Liew Chee Khoon memberitahu, perubahan gaya hidup yang nyata,
perkembangan kemudahan dalam kehidupan sosial dan kesan emosi merupakan faktor
serangan penyakit jantung.
Ini tidak ketinggalan serangan terhadap golongan wanita muda
yang suatu masa dahulu difikirkan sebagai kes-kes terpencil.
Walaupun mengakui serangan terhadap wanita muda sekitar usia
20-an dan 30-an sebagai jarang berlaku, tetapi Chee Koon tidak menolak tetap
menerima kes melibatkan golongan tersebut.
"Statistik juga menunjukkan ia sebagai satu paten yang
sedang meningkat. Lebih maju dan moden kemudahan sekitar, lebih tinggi
kekerapan mendapat serangan jantung," katanya.
Simptom
Mengulas lebih lanjut, ujar beliau, pada masa kini, semakin
ramai wanita pada kadar usia 40 tahun ke atas yang mendapat sakit jantung dan
ia bukan sekadar 'sakit biasa'.
"Ia boleh bermula daripada ketidakselesaan pada dada.
Ia akan berlaku di bahagian tengah dada atau pun ke sebelah kiri sedikit.
Kesakitan ini berlaku selepas aktiviti fizikal dan hilang selepas berehat.
Ketidakselesaan yang sama juga boleh beralih ke bahagian lain seperti dagu, leher,
bahu atau lengan kiri," terangnya.Satu lagi serangan ialah ketidakselesaan
pada bahagian perut, pening dan pitam. Namun, ia jarang berlaku.
Jadi, serangan jantung bukan sahaja melibatkan jantung.
Orang ramai, khususnya wanita, jangan sesekali memandang ringan apabila
menghadapi ketidakselesaan seperti yang dinyatakan.
"Apabila menghadapi situasi sedemikian, segera berjumpa
doktor. Jika boleh, jumpa pakar perubatan. Hanya pemeriksaan lanjut boleh
mengesan dan mendiagnosis masalah sebenar jantung anda. Lebih baik jika
pemeriksaan dilakukan setiap tahun supaya sebarang masalah kesihatan pada tahap
awal boleh dihindari," kata Chee Khoon.Katanya, masalah paling kerap
berlaku pada jantung manusia ialah seperti blockage atau sumbatan pada salur
darah jantung, lemak terkumpul dan sebagainya.
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2e4iRFH5M
Hakcipta terpelihara
Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com
wah banyak informasi berguna. jemput ke satu lagi blog saya, baru bukak - kongsi informasi kewangan @ https://www.monalitamansor.blogspot.com
ReplyDeleteterima kasih dear..jom kita tukar2 link..:)
Delete