Like Kami@FB

Sunday 29 December 2013

Happy Bezday Kakak!!!!!


22 Disember 2013 genaplah anak sulong saya Nur Damia Lutfiah berusia 4 tahun..Ya Allah sungguh pantas masa berlalu pejam celik dah 4 tahun umur kakak...I'm trying to be the best mother for her.Dear kakak maafkan mama kalo ada salah silap dalam mendidik kakak..tahun ni tak sempat lagi nak baking cake untuk kakak..Insya Allah hujung minggu ni mama akan bake sebijik kek untuk kakak ...rindu time kakak masa baby dulukan...Insya Allah mama dan papa akan didik kakak sebaik mungkin...semoga kakak mnjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.Amin..:)





 4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :



1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.

Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.

Thursday 26 December 2013

Penjagaan Luka Bersalin

Salam Jumaat!!!!Bahagianya rasa bila setiap kali Jumaat dah tiba..walaupun esok kerja lagi half day.Huwaaa..tak apa dah tak lama lagi saya akan bebas,bebas sebebasnya.Bebas dari cengkaman manusia yang tak pernah nak hargai penah lelah kita sebagai pekerja..:).Oklah hari ini nak blogging pasal luka bersalin sikit,memandangkan ramai yang duk bertanya apa vitamin yang sesuai untuk di ambil selepas bersalin…
Selepas selesai kesukaran berjuang melahirkan bayi, kini mama perlu pula memberi perhatian kepada penjagaan diri dan bayi. Penjagaan diri selepas melahirkan bayi sudah tentu melibatkan luka selepas bersalin.Tidak kira sama ada ibu melahirkan anak secara normal atau pembedahan Caesarean, ia memerlukan penjagaan rapi agar tidak berlaku jangkitan kuman yang boleh menyebabkan masalah lain.

Penjagaan luka bersalin normal
1.       Jahitan episiotomi
·         Jahitan yang dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. Pastikan anda diberikan ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka.
·         Basuh bahagian perineum dengan air suam yang dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik semula jadi.
·         Kawal pergerakan agar jahitan tidak terbuka. Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak lain.

2.      Pembedahan Caesarean
·         Ibu yang menjalani pembedahan perlu sentiasa berhati-hati dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman.
·         Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit.
·         Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun daripada katil dan menyusukan anak ketika minggu pertama selepas bersalin.
Dalam Shaklee terdapat beberapa cadangan Vitamin untuk bersalin sekali untuk baik pulih luka, 2 in 1..senangkan jimat bajet.Antara yang sangat disyorkan adalah Vitalea,Zink,B-Com dan Vitamin C.Jom kita tengok apa kelebihan vitamin-vitamin ini yang sangat disukai ramai dan asyik out of stok sahaja..;)

VitaLea Shaklee
1.       Merupakan Multivitamin terbaik yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
2.      Mengandungi iron untuk fungsi menambah darah.
3.      Membantu ibu berpantang yang terpaksa pantang makan untuk dapat zat nutrisi sepenuhnya semasa berpantang.
4.      Membina darah ibu.
5.      Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi.
Shaklee B-Complex
1.       Kumpulan vitamin B yang sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf.
2.      Membantu mengelakkan ibu dari tekanan/meroyan.
3.      Memberi ketenangan kepada sistem saraf ibu.
4.      Menukarkan makanan yang ibu ambil kepada tenaga – elak gemuk.
Vitamin C Shaklee
1.       Dilepaskan perlahan-lahan ke dalam darah mengikut masa.
2.      Sangat perlu dalam memulihkan luka.
3.      Membantu pemulihan luka dalaman dan luaran.
4.      Memelihara sistem kelenjar ibu.
5.      Menaikkan antibodi semula jadi tubuh.
6.      Jika bayi selsema, ibu ambil extra vitamin C, manfaat antibodi akan mengalir melalui susu dan bayi akan sembuh.
Zinc Shaklee
1.       Sangat penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran.
2.      Banyak dalam ikan haruan, sebab itu orang-orang tua suruh makan ikan haruan, rupanya selain sebab protein, ikan haruan kaya dengan zinc.
3.      Membantu metabolisme b-complex
4.      Mengelakkan rambut ibu dari gugur.

Karnival Upin Ipin Bersama Anak-Anak

Minggu lepas bertempat di dewan kompleks sukan Bukit Jalil telah berlangsung satu acara yang sangat2 best untuk kami sekeluarga di mana kami sekeluarga bersama-sama anak Shaklee saya iaitu Sue merangkap kawan baik dari universiti lagi tau,kami bersama-sama dengan suami masing-masing bawak anak ke karnival Upin Ipin.Punyalah meriah dengan kanak2,nak buat macam mana memang aktiviti untuk kanak2 pun..mak ayahnya yg menumpang sekaki.Sonok tengok keadaan sekeliling yang penuh dengan anak2 kecil..Alhamdulillah berpeluang dan diberi peluang oleh Allah swt untuk merasai nikmatnya menjadi ibu bapa.Semuanya dengan izin-Nya.

Kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 2.30..sampai sana hampir pukul 4 padahal tak lah jauh sangat tapi jammed dekat federal highway dekat 40 minit.Sue dah sampai masa kami sampai tu,umah dia dekat Serdang so cepatlah dia sampai dari kami.hehehe!!!Anak2 kami sangat teruja bila semua maskot cerita Upin Ipin ada atas pentas,mamanya pun turut seronok.Aktiviti tamat kira-kira pukul 7 malam,kami beredar dari dewan dekat pukul 8 malam selepas selesai solat Maghrib.Sebelum balik singgah makan di Bukit Jalil,belanja anak Shaklee saya ni yang agak perform bulan lepas walaupun sibuk dengan Master tapi still boleh buat Shaklee.Semoga empayar Shaklee saya terus berkembang maju,semoga ladang epal Shaklee saya makin rendang dan berbuah lebat.Amin....semoga impian untuk bergelar WAHM akan tercapai tak lama lagi,...banyak misi yang nak saya laksanakan untuk tahun 2014!!!Jom layankan gambar-gambar kami masa karnival Upin Ipin itu.... ;)

 Maskot Upin Ipin dan kawan-kawan..semuanya comey..geram nak picit2 jer sorang2


Anak-anak kesayangan kami...Damia Lutfiah..Darwisy Lutfi...Aisyah


Comey tak kami??


Aunty Sue yang selalu ceria gituyyy..;)


Besarkan maskot Upin Ipin tu..hihihi!!!

Friday 20 December 2013

Khasiat Ikan Bilis

INFO SIHAT



Ikan Bilis (Anchovies)
Mempunyai lemak omega-3, protin dan kaya dengan vitamin E, D, mineral, kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik daripada ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang disebabkan oleh pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan kurang risiko pencemaran.

Vitamin A.
Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. MenurutNational Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.

Kalsium.
Ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk tulang dan gigi yang sihat.

Kalium.
Jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan menjadikan ia penting bagi aktiviti pencernaan serta dan baik untuk fungsi otot.

Selenium.
Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36mcg setiap hidangan. Baik untuk jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.

p/s : Ikan bilis baik untuk mereka yang sedang berdiet, ibu mengandung dan juga baik untuk pemakanan bayi sebagai perasa dan pengganti garam.

Saya NAK KURUS DAN SIHAT!!!!

Lama rasanya tak menulis entry di blog,kekangan masa sejak kebelakangan ini.Tah apa-apa tajuk kat atas tu...hihihi!!Sebenarnya bulan ini promosi memang tersangat best dari Shaklee iaitu Omega Guard,beli 6 percuma sebotol.Tu yang ramai meroyan duk grab berbotol2 setiap orang tu..untuk anakla,untuk suami,untuk mak,untuk mertua pendek kata seisi keluarga.Ramai yang grab peluang keemasan ini kerana omega guard bukan setakat untuk orang dewasa malah dari kanak-kanak hinggalah orang tua.Macam saya sendiri pun akan pastikan setiap malam sebelum tidur 3 biji omega guard akan ditelan bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan dan memastikan kelembapan kulit kekal,nak kulit ala-ala moist gitu..hehehe!!Bagus omega ni terutama kepada wanita kerana omega-3 membantu kita dalam mengimbangi kepekatan hormon PMS.Untuk suami pun saya bagi dia makan 3 biji jugak sebelum tidur,tak kan kita aje yang nak kurus selim kan..dia pun pasti nak selim jugak.ahaks jangan marah wahai en hubby.Untuk anak-anak,kakak Mia dan Darwisy saya biasa akan pecahkan ke dalam susu 2@3 kali seminggu.Untuk kakak semestinya diambil bagi rawatan asthma dan si Darwisy agar kekal sihat dan cergas.Kan omega guard Shaklee ni mengandungi Omega-3,power tu untuk perkembangan otak kanak-kanak 2 beradik itu..;)Nasiblah mama jual Shaklee dapatlah korang makan supplement free disamping mama dapat jana duit sampingan.Insya Allah coming sooonnnnn akan jadi pendapatan tetap mama..oh WAHM!!Ya Allah permudahkanlah jalan untuk aku menuju WAHM,kawan-kawan doakan saya ya.Masih..:)


Selain untuk kurus,Omega Guard juga bagus untuk pesakit jantung kerana ia membantu melancarkan saluran darah daripada tersumbat dan mampu mengawal tekanan darah di paras keadaan normal.Disamping itu juga
Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan,menurunkan paras kolestrol dalam badan..bagi mereka yang selalu sakit kepala amatlah disyorkan jugak omega guard ini.Mungkin kita selalu dengar masalah alergik atau ekzema di kalangan kanak-kanak juga orang dewasa,kandungan Omega-3 ini juga mampu membantu mereka yang berhadapan masalah sebegini.


Ada orang tanya boleh tak ibu mengandung ambik omega guard?Jawapan saya tersangatlah simple.ANDA WAJIB AMBIL OMEGA!!kerana apa kandungan DHA dalam omega yang sangat-sangat bagus untuk ibu hamil yang turut membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin juga meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak.Kanak-kanak yang ambil Omega Guard Shaklee ni memang bijak tau...bukan kata saya tau..kata anak Shaklee saya yang anaknya pun memang ambil Omega Guard.


Bagi orang tua yang biasa mengalami masalah sakit lutut dan sakit pinggang,gabungan mantap Omega Guard+Ostematrik dan AJHT amatlah mantap bagi mereka…kesannya boleh dirasai seawall dua minggu pengambilan secara konsisten.Ostematrix macam kita dah ketahui memang sumber kalsium yang sangat tinggi untuk mereka yang tak gemarkan susu dan bagi orang tua.Manakala AJHT plak terdiri daripada mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.So tepuk dada tanyalah diri anda.kalo duit yang anda lebih sayamgkan berbanding kesihatan memang tak dapatlah deng nak nolongnya..hihihi..;)

Friday 6 December 2013

5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG



1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA

Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.

2. REDHA

Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.

3. INGAT JANJI ALLAH

Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri.

4. PASTI ADA HIKMAH

Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.

5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA

Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)


Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu

Thursday 5 December 2013

Kenapa Anda Wajib Bertukar Kepada Omega Guard Shaklee

Kelebihan Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee:



1) Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2)Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3) Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4) Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5)Satu (1) kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak Omega-3, EPA dan DHA.

6) Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen ber'gred' farmaseutikal dan berteknologi terkini

7) Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektraskan omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Bahaya Ajinomoto

Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”



Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau 
Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus.

Sumber | Gambar

Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan diatas dan dikumpulkan untuk panduan semua.

Monday 2 December 2013

Tak Tahu Nak Pilih Lecithin Atau Omega Guard????

Ada kastemer saya tanya mana satu patut saya pilih untuk kuruskan badan.Lecithin atau Omega Guard?Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri tapi macam saya Omega dan Lecithin dua-dua saya telan..lecithin saya ambil selepas makan tengahari dan makan malam,manakala Omega Guard saya ambil 2 biji sebelum tidur untuk kuruskan badan dan kesihatan badan yang menyeluruh.Anak pun saya bagi makan Omega Guard jugak terutama si kakak yang sememangnya ada masalah asma..Alhamdulillah sejak pengambilan Omega Guard+Mealshakes secara konsisten dah tak perlu nebulizer lagi,syukur pada-Nya bukan setakat anak makin sihat malah saya juga dapat menjana pendapatan sampingan dengan Shaklee.


Gambar kakak masa Nebulizer,March 2013 dan ini adalah kali terakhir hingga sekarang Disember 2013

Kita tengok antara kelebihan yang ada dalam Lecithin dan Omega Guard:


Kegunaan Lecithin :



PALING UTAMA

Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN

Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.



   Omega Guard



Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA

Mencegah kanser
Mencegah pembekuan darah
Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
Baik untuk pesakit jantung
Menghindar tekanan perasaan
Mencegah penyakit darah tinggi               

Tugas DHA

Mencegah asma
Meningkatkan daya seksual
Mencegah sakit kulit
Mengelakkan kanser payu dara
Mengelak kanser prostat
Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan