1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah
sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi
kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.Ikhtiar
yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun
yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar
menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik
bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah
Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas.
Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun
kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk
menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah
yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.
2. REDHA
Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima
dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita
jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati
kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa,
samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira,
ia tetap begitu jadinya.Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang
berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis
pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.
3. INGAT JANJI ALLAH
Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti
silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam
terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang
menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian
yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh
keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita.
Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua
fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan
menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri
sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita
harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari
dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan
ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.Jadi, semua yang berlaku harus
kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah
menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan
yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji
Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka
sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan
itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna
kita menekan diri.
4. PASTI ADA HIKMAH
Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi
adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin
berbuat sesuatu dengan sia-sia.Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah
disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan
yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha.
Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa
kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan
kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan
kedudukan kita di sisi Nya.Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan
kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang
menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak
usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah
lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki
kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan
daripadaNya.
5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA
Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan
semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan
Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa
izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah
satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada
sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah
pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.Maka,
kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong
kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya.
Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri
kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan
pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang
bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan
keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak
disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan
dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)
Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan
dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah
segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga
dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi
hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan
agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman
bahagia dan ceria selalu
No comments:
Post a Comment