22 Disember 2013 genaplah anak sulong saya Nur Damia Lutfiah
berusia 4 tahun..Ya Allah sungguh pantas masa berlalu pejam celik dah 4 tahun
umur kakak...I'm trying to be the best mother for her.Dear kakak maafkan mama
kalo ada salah silap dalam mendidik kakak..tahun ni tak sempat lagi nak baking
cake untuk kakak..Insya Allah hujung minggu ni mama akan bake sebijik kek untuk
kakak ...rindu time kakak masa baby dulukan...Insya Allah mama dan papa akan
didik kakak sebaik mungkin...semoga kakak mnjadi anak yang cemerlang dunia dan
akhirat.Amin..:)
1) Umur anak-anak
0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi
dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih
sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap
setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan
walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan
merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai
rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil
mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap
masa.
2) Umur anak-anak
7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula
menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu
Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia
tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur
sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan
perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk
menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat
penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap
suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam
memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada
ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun
majusi.
3) Umur anak-anak
15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini,
ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan
berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi
anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan
‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia
kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka,
elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang
lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang
tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup
mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan
terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua
kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21
tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN
kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka
sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap
hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan
mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang
diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat
yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku
yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya
fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang
pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap
paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian
anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian
dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah
mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka
mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali
ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian
anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di
radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa
berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan
ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula
masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
Happy Belated Birthday Kakak
ReplyDeleteSemoga jadi anak yang solehah dengar nasihat ibu bapa.
Terima kasih banyk2 aunty...doakan semoga kakak menjadi anak yg baik dunia dan akhirat..;)
Deletehepy belated besday...
ReplyDeletethanks uncle..;)
Deletehappy belated birthday.. semoga dipanjangkan usia dan membesar jadi anak yang soleh..
ReplyDeletep.s: terima kasih singgah di blog, dah follow di sini dulu #41..
terima kasih byk2 mizz aiza...doakan yg baik2 utk kakak..;)
Deletethanks aunty
Slmt harijadi utk kakak.slm kenal.singgah dan follow sini.
ReplyDeleteterima kasih byk aunty atien..;)
Deletesalam perkenalan :-)
ReplyDeletehappy belated birthday kakak :-)
salam perkenalan jugak dan terima kasih byk2
DeleteAssalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
ReplyDeletethanks a lot nnt sy singgah blog awk..;)
Deletehappy belated birthday.. :)
ReplyDeletetq dear..:)
Delete