Selalu
kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto
untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri
untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi
tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”
Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.
Tetapi
adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar
seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan
manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh
Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?
Buktinya
pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah
menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16
bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami
tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit,
perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University
Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu
menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta
ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis
penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant
Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang
mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami
rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah
anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua
symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat
penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen
dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma
kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.
Selain
itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa
dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah
kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG
terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap
mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan.
Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.
Inisiatif
terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG,
dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu
bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah
sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba
dan rempah-ratus.
Sumber | Gambar
Sumber | Gambar
Perkongsian adalah diambil
dari sumber yang dinyatakan diatas dan dikumpulkan untuk panduan semua.
thanks share
ReplyDeletebetul tu.
saya pon tak guna tok aji ni.kalau pakai msti pala.tapi makan kat kedai tak pulak pening..haissshh