Like Kami@FB

Thursday 31 October 2013

Rahsia Kesuburan Wanita Dan Lelaki




[Kesuburan Wanita]

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. ·

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·
Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

[Kesuburan Lelaki]

Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat, elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur. Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri anda. · Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik. ·
Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.


Kredit info : diari ibu untuk baby

Mudah Buat Bisnes???

Alhamdulillah dah masuk 3 tahun lebih dah saya dengan dunia perniagaan online.Macam mana saya bermula?Ramai orang tengok orang berbisnes nampak mudah,tapi ianya sebenarnya bukan mudah seperti yang kita sangkakan.Masih saya ingat tarikh keramat 10/10/10 saya mulakan bisnes barang baby secara kecil-kecilan dengan 100% melalui FB sahaja.Untung barang baby memang tak banyak kerana modalnya pun tak banyak.So oklah kan...saya niaga barang baby pun hanya untuk suka-suka ,part time sahaja.Memulakan bisnes barang baby sehinggalah saya berjumpa dengan Bisnes Shaklee and I Damn Love It Very-Very Much!!!Melalui Shaklee saya berjumpa mentor-mentor yang hebat dimana mereka sangat menekan dalaman dan luaran.Rahsia bagaimana nak berjaya dalam bisnes anda...dan salah satu diantaranya adalah melalui zikir.Ya zikir Ya Wahhab,antara khasiat-khasiat yang boleh kita dapat melalui zikir Ya Wahhab adalah seperti berikut:

Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1->Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

Thanks for reading! :)


Mencari supplemen yang terbaik untuk anda dan keluarga?
Teringin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

             
Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Monday 28 October 2013

Kenangan Terindah:Master Celebration

Ahad minggu lepas bertempat di Hotel PJ,Hilton telah berlangsung majlis gilang gemilang mak Shaklee kami iaitu Master Farah Wahida sempena Majlis Master Celebration.Majlis yang dihadiri kira-kira 400 lebih orang berlangsung dari pukul 2-5 petang.Sangat meriah okey..inilah salah satu peluang yang kami dapat rasai sebagai SID,merasa ke Hi-Tea,Master Celebration di Hotel 5 bintang,menambah kenalan baru.Even anak-anak Shaklee saya sendiri pun kebanyakan mereka hanya di kenali dari alam maya(FB dan Blog),sungguh rezeki Allah swt itu sangat-sangat luas.Ya Wahhab,Ya Razzak,Ya Fattah.Ramai jugak orang PM saya di FB nak join ahli Shaklee tapi takut nak buat sales,takut SID makin hari makin ramai..sayang-sayang semua yes SID makin ramai tapi percayalah hanya Dia yang mampu memberikan rezeki pada kita…hanya Dia ,hanya Allah swt.Jika telah ditetapkan rezeki itu milik kita,sampai masa dan waktu yang sesuai ianya pasti datang kepada kita.Dalam bisnes Shaklee agak berlainan kerana leader-leader kami banyak jugak menekankan amalan 

ROHANI selain sharing di FB dan Blog.Itulah bezanya bisnes Shaklee kami.Amalan ROHANI yang mengundang@menjemput rezeki seperti Solat Dhuha,Solat 
Tahajjud,sedekah,zakat,zikir dan lain-lain lagi.Sungguh dengan bisnes Shaklee saya merasai perubahan dalaman dan luaran.Bukan setakat duit@BONUS setiap bulan yang berkepuk-kepuk  tetapi diri lebih dekat dengan Allah swt.Pada sesiapa yang rasa nak tambah duit poket setiap bulan,nak rasa extra duit tengah bulan bolehla mesej saya.Jangan malu-malu dan jangan segan.Hidup ini untuk memberi..Insya Allah..kita layan beberapa keping gambar di Majlis Master Celebration...


 dah macam hantaran orang kahwin dah..:)


Master Farah Wahida dan Master Yusri


 Nanny Shaklee kesayangan kami..Master Iffah Anuar dan Master Firdhaus

 keadaan dalam Kristal Ballroom,Hotel PJ Hilton Petaling Jaya

Tuesday 22 October 2013

Subur Dengan Set Kesuburan Shaklee

Ada di antara kita yang masih ternanti-nanti kehadiran si comel setelah sekian lama mendirikan rumahtangga. Telah mencuba pelbagai cara tapi belum mendatangkan hasil? Jangan berputus asa ye, berusaha dan terus berusaha, doa dan terus berdoa.

Dalam Entry yang lepas ada saya kongsikan, Tips mudah hamil untuk korang semua.Menurut kajian yang telah di jalankan, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan Multivitamin dan Multimineral. Jadi mari kita lihat bagaimana SET KESUBURAN SHAKLEE boleh membantu dalam kesuburan.

Set Kesuburan Shaklee yang utama bagi wanita dan lelaki terdiri daripada Vitamin E,Zink,Alfalfa dan GLA
Gabungan Vitamins di atas insyaAllah memberikan harapan untuk anda menimang cahayamata. Yang penting jangan pernah berhenti berharap, berusaha dan berdoa.Oklah jom kita zoom apa kebaikan vitamin-vitamin yang saya sebutkan di atas dan bagaimana ianya betindak balas dengan tubuh kita untuk kesuburan.



Vitamin Kesuburan:

(1) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(2) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina


.(3) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS


.(4) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Kitar Kesuburan Wanita:


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Sunday 20 October 2013

Burger Bakar Abang Burn@Seksyen 7 Shah Alam

Semalam hari Ahad,bawak anak-anak makan kat luar..Lunch kat Restoran Hakim,macam biasalah tempat lepak dari zaman bujang hinggalah zaman dah beranak pinak.Cuma sekarang harga makanan semua sudah naik,mahunya tak naik harga minyak pun nak 20 sen..ala tak apa 20 sen kata sesetengah orang tu...huhuhuhu!!!Lepas makan kami ke PKNS,tujuan hanya satu kerana nak beli buku idaman hati iaitu Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Prod Dr Muhd Kamil Ibrahim.Nantikan ye review dari saya pasal buku ini..:).Kitaorang order Lamb Burger dan Abang Burn Burger Beef..rasanya just so..so..so jer,mungkin masa order tu terlampau ramai sangat orang yang mengorder kot..huhuhu!!Nak buat macam mana rezeki kami macam tu..hihihi!!!Kalo korang nak try sendiri bolehla ke alamat seperti di bawah:

Antara jenis-jenis Burger yang disediakan oleh mereka

Burger Bakar Abang Burn
PG 23,
Jalan Plumbum U7/U,
Seksyen 7,
Shah Alam,
Selangor
Masa Operasi adalah 5 petang ke 12.30pagi
Web : abangburn.com
FB page : Burger Bakar Abang Burn

Twitter : @AbangBurn

Ini lah yang kitaorang order Lamb Burger dan Beef Burger,add on 2 batang Sosej untuk si kecik tu..total RM 24 untuk semua tu tak termasuk air,coz kat situ hanya ada air gas dan ais lemon tea sahaja.Kitaorang belikan Milo Tin untuk kakak dan  adik di Speedmart sebelah,tapi sadissnya nak makan pun kelam kabut bila kedai makin padat dan satu family sebelah yang tak cukup meja buat hal...tak apalaha kan nak buat macam mana..terimalah seadanya..:) 

 Lamb Burger&Sosej untuk en hubby dan anak-anak



Beef Burger untuk saya

Friday 18 October 2013

Testimoni Mealshakes&Omega Guard:Masalah Asthma dan Batuk Kanak-Kanak

Rasanya ramai ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah anak-anak yang sering batuk, deman,asthma,selsema dan lain-lain lagi.Kita tengok apa kelebihan-kelebihan mealshakes :

*Meningkatkan sistem imun badan anak agar tidak mudah diserang penyakit. * Meningkatkan selera makan anak.
* Membantu melawaskan jika anak anda mengalami masalah sembelit.
*Membantu mengurangkan parut,kekeringan kulit dan kekusutan rambut.
*Tubuh anak lebih sihat,kuat dan bertenaga. bagi anak2 yg dah bersekolah tu sgtlah bagus utk beri mereka makanan tambahan yg berkhasiat utk menigkatkan lg KECERDASAN & KECERGASAN mereka sepanjang hari... BADAN CERGAS OTAK PUN CERDAS..!

Di bawah saya






Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Thursday 17 October 2013

The Power Of Istighfar

Salam Jumaat,memandangakn hari ini penghulu segala hari.Ingin saya kongsikan bersama kawan-kawan tentang kelebihan istighfar,Insya Allah ianya banyak membantu kehidupan kita semua.

1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).

2. DICINTAI ALLAH

Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)

3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI

Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).

4. SELAMAT DARI API NERAKA

Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).

5. MENDAPAT BALASAN SYURGA

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).

6. MENGECEWAKAN SYAITAN

Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).

7. MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA

Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

8. MEREDAM AZAB

Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).

9. MENGUSIR KESEDIHAN

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

10.MELAPANGKAN KESEMPITAN

Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

11. MELANCARKAN REZEKI

Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

12. MEMBERSIHKAN HATI

Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

13. MENGANGKAT DERAJATNYA DI SYURGA

Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).

14. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH

Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

15. MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH

Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).

16. BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).

17. TERHINDAR DARI MENJADI ORANG YANG ZALIM

Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)

18. MUDAH MENDAPATKAN ANAK

Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

19. MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN

Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)

20. BERTAMBAH KEKUATANNYA

Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)

21. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA

Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).

22. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG

Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

23. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN

Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).

24. BERCITRA SEBAGAI ORANG MUKMIN

Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).

25. BERKEPERIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK

Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67)


Kredit: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/10/25-manfaat-istighfar.html#ixzz29wpvU85v

Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167

Email:hazlina82@hotmail.com
Macam-macam feedback yang saya dapat dari kastemer after amik Shaklee,ada anak demam bila consume mealshakes,ada yang rasa letih,pening-pening.Ekceli itu adalah normal terjadi kerana ia dikategorikan sebagai “Healing Crisis”.Ok jom kita tengok apa itu “Healing Crisis” dengan lebil details ya


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi


Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Sakit kepala yang melampau / Tekanan darah tinggi - petanda menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat - meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit-birit -  meningkatkan pergerakan usus,
Najis/air kencing berbau - Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Kembung perut - Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir - Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema/kahak - Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Pendarahan Hidung - Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi - Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Peningkatan rasa sakit di sebahagian - Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif - Sistem saraf yang lemah
Kitaran haid yang tidak menentu - Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir /perubahan waktu kitaran haid/ kegatalan pada alat sulit/penghasilan lendiran yang banyak
Lapar, Pening -Tekanan darah rendah, anaemia
Loya, sembelit, tersedu - Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
Edema (membengkak) - Masalah buah pinggang


Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Friday 11 October 2013

Daily Burger Seri Gombak...

Nak cerita pasal burger kesukaan kami sekeluarga,Burger Daily Dekat Sri Gombak.Kalah rasanya Burger Mc D..macam JJCM la plak,hihihi!!!Mula-mula try dah jatuh cinta dengan kesedapan rasa Burger Daily ni,yang lain dari burger lain kat dalamnya ada hirisan nenas muda nipis dan sos yang marvelous tambah-tambah kalo ada extra cheese kat dalam tu…pada warga Sri Gombak rasanya mesti ramai dah mencuba Burger Daily…oh yea.Burger Daily ni berada sebelah 7 Eleven Sri Gombak…memang saya syorkan untuk cuba..sure tak nyesal..:)Layankan gambar-gambar di bawah..:)

 Inilah store Burger Daily,temanya kuning tau!!

Burger Daily......:)

Thursday 10 October 2013

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak ::


Mengatasi masalah kuat marah pada anak. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. 
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk kita semua berusaha mengatasi masalah ini:
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. 
2. Sebaik sahaja kita pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama kita kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah kita minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula. 
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut. 
5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak. Boleh juga kita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Kita juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. 
Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga kita lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cubadibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. 
Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.
Sumber : Fowarded Email