Ada orang memang takut nak drive waktu hamil,samalah macam saya rasa
dulu nasiblah opis dengan umah dalam 3 km sahaja..tambah-tambah bila dah masuk
trimester ketiga,perut sudah mula membesar,kaki dah bengkak..huhuhu!! Mungkin tips-tips berikut boleh
dijadikan panduan kepada ibu hamil semasa memandu kereta.Al maklumlah zaman sekarang kebanyakan wanita bekerjayakan,tu belum lagi yang terpaksa berebut naik bas,lrt,komuter dan lain-lain.Kesian jugak kepada mereka yang terpaksa berdiri tiada tempat duduk..kadang-kadang ada sesetengah tu just tengok sahaja pada mereka yang pregnant berdiri..buat tak nampak sahaja..tolonglah kesiankan pada kami ibu-ibu yang mengandung ni...
Trimester pertama
Kebanyakan
ibu mengalami morning sickness di awal kehamilan. Badan menjadi kurang bermaya,
lesu, mudah sakit kepala, loya dan muntah. Jika tidak berdaya untuk memandu
minta bantuan orang lain.
*Pastikan
anda makan sebelum mula memandu. Perut yang kosong dan lapar memudahkan rasa
mual
*Pastikan
ada bekalan gula-gula berangin, buah atau chewing gum yang boleh mengurangkan
rasa loya terutama dalam keadaan jalan sesak.
*Jangan
lupa bekalan air minuman yang boleh melegakan rasa loya.
*Bagi
ibu yang mudah muntah, sediakan beg plastik untuk saat kecemasan jika
termuntah.
*Sekiranya
tiba-tiba rasa mual dan hendak termuntah, segera perlahankan kereta dan
berhenti di tempat yang selamat untuk melegakan diri seketika.
*Jika
tiba-tiba keadaan anda makin teruk ketika memandu, jangan teruskan pemanduan.
Hubungi suami atau kawan-kawan untuk datang membantu.
Trimester kedua
*Sekiranya
bercadang memandu untuk jarak yang jauh, dapatkan pemeriksaan kesihatan
daripada doktor terlebih dahulu. Sebaiknya jangan memandu bersendirian.
*Berhenti
rehat sekiranya rasa sakit pada tulang belakang kerana duduk terlalu lama.
*Rasa
ngilu atau kebas yang dialami di bahagian kaki boleh mengganggu pemanduan.
Berhenti di tempat yang selamat dan berjalan seketika untuk menghilangkan
penat.
Trimester ketiga
*Perut
yang semakin besar membuatkan pemanduan semakin kurang selesa. Letak bantal
kecil bagi memberi keselesaan di bahagian belakang pinggang.
*Elakkan
perut terlalu rapat dengan stereng, selaraskan kedudukan anda tetapi pastikan
kaki mencapai pedal minyak dan brek.
*Sekiranya
mengalami kontraksi kecil, berhentikan kereta di tempat selamat. Turunkan
tempat duduk agar dapat berbaring dan berehat seketika sehingga rasa kontraksi
hilang. Jika tidak hilang, dapatkan bantuan orang lain untuk mengambil anda.
Sebaiknya
apabila kandungan masuk tujuh bulan ke atas, ibu dinasihatkan tidak memandu
kerana berisiko tinggi kepada diri sendiri dan bayi. Minta bantuan suami untuk
menghantar anda ke tempat kerja.
salam lina...dulu masa pregnant...mmg hubby hantar n ambik...x pernah drive sendiri...bagus tips ni tuk para ibu mengandung...btw..done follow
ReplyDeletehuhu saya dulu nek motor je :( lom ada kete tika susah...
ReplyDeletehai kak, done blogwalking here..syukran blogwalking saya haritu :D
ReplyDeletenice sharing :) tq..
ReplyDelete