Mengatasi masalah kuat marah pada anak. Buat renungan
kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan
mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang
sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka
juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi
dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya
tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian
kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada
permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak
mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak
mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar
bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya
yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling
barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan)
kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa
sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang
dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk kita
semua berusaha mengatasi masalah ini:
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan
perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah
tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami
bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan
berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah
dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di
dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja kita pulang dari bekerja dan
mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama
anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama
kita kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian
di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan
di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih
kurang setengah jam, barulah kita minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah
anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah
diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar
boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya
kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya
tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya
tuan/puan pula yang memanggilnya.The
right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak
boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia
berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita.
Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak
dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka
menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai
personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika
anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya,
bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun,
kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak
bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka
menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di
situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada
menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan
berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia
mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia
berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan
dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai
positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana
kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama
tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak.
Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian terhadap
kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali
selesai sembahyang agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali
berinteraksi dengan anak. Boleh juga kita berbuat demikian setengah jam setelah
anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun
kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’.
Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama
harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak
suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan
didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Kita juga boleh
membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka
masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman
globalisasi yang serba mencabar. Semoga kita lebih bersabar, jangan ignore anak
dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh
keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan
apa yang cubadibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup
dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin
dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak,
mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan
tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents”
oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb.
Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak
akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan
ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada
tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak
berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.
Sumber : Fowarded
Email
jdi mak ni kena sabar kan.lagi2 kalau anak kecik, mesti nak dengan mak jea..hehe
ReplyDeletebtul..kena ada tahap kesabaran yang dasyat..;)
Deletehi sis..salam belogwalking....
ReplyDelete