Like Kami@FB

Thursday 26 December 2013

Karnival Upin Ipin Bersama Anak-Anak

Minggu lepas bertempat di dewan kompleks sukan Bukit Jalil telah berlangsung satu acara yang sangat2 best untuk kami sekeluarga di mana kami sekeluarga bersama-sama anak Shaklee saya iaitu Sue merangkap kawan baik dari universiti lagi tau,kami bersama-sama dengan suami masing-masing bawak anak ke karnival Upin Ipin.Punyalah meriah dengan kanak2,nak buat macam mana memang aktiviti untuk kanak2 pun..mak ayahnya yg menumpang sekaki.Sonok tengok keadaan sekeliling yang penuh dengan anak2 kecil..Alhamdulillah berpeluang dan diberi peluang oleh Allah swt untuk merasai nikmatnya menjadi ibu bapa.Semuanya dengan izin-Nya.

Kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 2.30..sampai sana hampir pukul 4 padahal tak lah jauh sangat tapi jammed dekat federal highway dekat 40 minit.Sue dah sampai masa kami sampai tu,umah dia dekat Serdang so cepatlah dia sampai dari kami.hehehe!!!Anak2 kami sangat teruja bila semua maskot cerita Upin Ipin ada atas pentas,mamanya pun turut seronok.Aktiviti tamat kira-kira pukul 7 malam,kami beredar dari dewan dekat pukul 8 malam selepas selesai solat Maghrib.Sebelum balik singgah makan di Bukit Jalil,belanja anak Shaklee saya ni yang agak perform bulan lepas walaupun sibuk dengan Master tapi still boleh buat Shaklee.Semoga empayar Shaklee saya terus berkembang maju,semoga ladang epal Shaklee saya makin rendang dan berbuah lebat.Amin....semoga impian untuk bergelar WAHM akan tercapai tak lama lagi,...banyak misi yang nak saya laksanakan untuk tahun 2014!!!Jom layankan gambar-gambar kami masa karnival Upin Ipin itu.... ;)

 Maskot Upin Ipin dan kawan-kawan..semuanya comey..geram nak picit2 jer sorang2


Anak-anak kesayangan kami...Damia Lutfiah..Darwisy Lutfi...Aisyah


Comey tak kami??


Aunty Sue yang selalu ceria gituyyy..;)


Besarkan maskot Upin Ipin tu..hihihi!!!

1 comment: