Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.
Parasit
ini menyebabkan sejenis jangkitan yang
sering ditemui – toksoplasmosis yang
tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang
serius kepada bayi di alam kandungan.
Ibu
yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing.
Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak
dengan sempurna.
Wanita
yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai
lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di
dalam kandungannya.
Apabila
ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak
15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa
trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan
akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal
mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti
mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka
mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan
limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru-paru. Sebahagian mereka mengalami
kehilangan deria pendengaran.
Janin
yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang
terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami
keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti
palsi serebral dan sawan.
Jika
doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian
darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan
jangkitan ini.
Jika
ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan
ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah
dijangkiti.
Ibu
akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala
yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini
diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya,
jika bayi dalam kandungan belum
dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan
kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi
yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis
haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa
dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka
sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini
kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata
dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas
dilahirkan.
Oleh
kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan
kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat
mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
- Membasuh tangan
sebelum mengendalikan makanan
- Mengelakkan
pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
- Membasuh dengan
teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum
dimakan
- Menggunakan
sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir
sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya,
elakkanlah daripada membela kucing semasa
mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah
berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar
risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
Soalan
dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.
Sumber |
Gambar
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan diatas
dan dikumpulkan untuk panduan semua.
No comments:
Post a Comment