Alhamdulillah
dah masuk 3 tahun lebih dah saya dengan dunia perniagaan online.Macam mana saya
bermula?Ramai orang tengok orang berbisnes nampak mudah,tapi ianya sebenarnya
bukan mudah seperti yang kita sangkakan.Masih saya ingat tarikh keramat
10/10/10 saya mulakan bisnes barang baby secara kecil-kecilan dengan 100%
melalui FB sahaja.Untung barang baby memang tak banyak kerana modalnya pun tak
banyak.So oklah kan...saya niaga barang baby pun hanya untuk suka-suka ,part
time sahaja.Memulakan bisnes barang baby sehinggalah saya berjumpa dengan
Bisnes Shaklee and I Damn Love It Very-Very Much!!!Melalui Shaklee saya
berjumpa mentor-mentor yang hebat dimana mereka sangat menekan dalaman dan
luaran.Rahsia bagaimana nak berjaya dalam bisnes anda...dan salah satu diantaranya
adalah melalui zikir.Ya zikir Ya Wahhab,antara khasiat-khasiat yang boleh kita
dapat melalui zikir Ya Wahhab adalah seperti berikut:
Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan
rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap
solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan
kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41
kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang
banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta
sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali
dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat
miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali
Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau
seumpamanya).
4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang
untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat
selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan
wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca
Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga
Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat
dilangsaikan.
5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah
anda tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila
masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan
diperkenankan,insya Allah.
7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak
mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat
sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau
mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok
lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan
kita.
No comments:
Post a Comment