[Kesuburan Wanita]
Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda
setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari
dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda
akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu,
pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal
berat badan dengan bersenam secara teratur. ·
Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein,
alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang
mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa
tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries)
dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang
yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas
air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang
seimbang.
Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin
seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·
Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan
setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang
secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.
[Kesuburan Lelaki]
Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda
digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat,
elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur. Pastikan
anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri
untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri
anda. · Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan
pemakanan yang seimbang dan organik. ·
Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin
racun serangga perosak, lead dan larutan organik. ·
Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang
diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral
yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.
Kredit info : diari ibu untuk baby
terima kasih sudi berkongsi.. doakan moga kami memperolehi zuriat yer.. ;)
ReplyDeletesama2....Insya Allah ada rezeki drpd Allah swt,blh try amalkan shaklee jugak utk kesuburan.
Deleteooooo...patut la lately kalu minum kt kedai dia asyik pesan kopi je... ;-)
ReplyDelete:)
DeleteTq share info ni..
ReplyDelete