Like Kami@FB

Showing posts with label Tips Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesuburan. Show all posts

Friday, 21 March 2014

Petua Mendapat Anak Lelaki


Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, selain itu kehadirannya juga menambah seri dalam kehidupan. Setiap pasangan mengimpikan anak yang sihat dan comel bagi menyambung warisan mereka.



Tetapi adakalanya,kita tidak mendapat jantina anak yang diingi, sebagai contoh sudah punya 4 anak tapi ksemuanya perempuan atau sebaliknya.Tidak salah untuk berusaha mendapatkan jantina anak yang diingini selagi tidak bertentangan dengan hukum.

Untuk pengetahuan XX merujuk kepada kromosom perempuan dan XY merujuk kepada kromosom lelaki. Jantina anak lelaki 100% datang dari kromosom ayah,dan jika masih tak mendapat anak lelaki jangan sesekali menyalahkan isteri anda.

Bagi mendapatkan cahaya mata lelaki terdapat bermacam faktor yang mempengaruhinya. Terutamanya faktor pemakanan. Ibu seharusnya banyak mengambil makanan:

Faktor Pemakanan
Makan daging merah,makanan laut,kekacang seperti kacang tanah, hazelnut,almond dan banyakkan makan makanan ringan yang masin seperti keropok.
Makanan yang masam dan berasid seperti mangga, nenas, limau, cuka dan minuman bergas perlu dielakkan selam 2 bulan sebelum mencuba petua ini.
Suami digalakkan minum minumam soda dan kopi. Minum kopi sejam sebelum bersama bagi tujuan memberi tenaga kepadasperma Y agar lebih aktif.
Banyakkan minum soya dan makanan berprotein
Petua Tradisional
Berdoa dan berniat kepada Allah SWT.
Selepas bersama suami, terus palingkan badan ke arah kanan seberapa lama yang boleh. In sya allah!
Isteri perlu memperolehi kepuasan yang tinggi sewaktu bersama.

Apa-apa bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi daripada yang Maha Esa.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:

“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

**Bagi yang tengah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata,anda bolehla mencuba set kesuburan dari Shaklee ini.Kita hanya berusaha dan yang menentukannya adalah Allah swt.Do our best let Allah swt do the rest ya..;)





Thursday, 31 October 2013

Rahsia Kesuburan Wanita Dan Lelaki




[Kesuburan Wanita]

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. ·

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·
Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

[Kesuburan Lelaki]

Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat, elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur. Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri anda. · Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik. ·
Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.


Kredit info : diari ibu untuk baby