Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, selain itu
kehadirannya juga menambah seri dalam kehidupan. Setiap pasangan mengimpikan
anak yang sihat dan comel bagi menyambung warisan mereka.
Tetapi adakalanya,kita tidak mendapat jantina anak yang
diingi, sebagai contoh sudah punya 4 anak tapi ksemuanya perempuan atau
sebaliknya.Tidak salah untuk berusaha mendapatkan jantina anak yang diingini
selagi tidak bertentangan dengan hukum.
Untuk pengetahuan XX merujuk kepada kromosom perempuan dan
XY merujuk kepada kromosom lelaki. Jantina anak lelaki 100% datang dari
kromosom ayah,dan jika masih tak mendapat anak lelaki jangan sesekali
menyalahkan isteri anda.
Bagi mendapatkan cahaya mata lelaki terdapat bermacam faktor
yang mempengaruhinya. Terutamanya faktor pemakanan. Ibu seharusnya banyak
mengambil makanan:
Faktor Pemakanan
Makan daging merah,makanan laut,kekacang seperti kacang
tanah, hazelnut,almond dan banyakkan makan makanan ringan yang masin seperti
keropok.
Makanan yang masam dan berasid seperti mangga, nenas, limau,
cuka dan minuman bergas perlu dielakkan selam 2 bulan sebelum mencuba petua
ini.
Suami digalakkan minum minumam soda dan kopi. Minum kopi
sejam sebelum bersama bagi tujuan memberi tenaga kepadasperma Y agar lebih
aktif.
Banyakkan minum soya dan makanan berprotein
Petua Tradisional
Berdoa dan berniat kepada Allah SWT.
Selepas bersama suami, terus palingkan badan ke arah kanan
seberapa lama yang boleh. In sya allah!
Isteri perlu memperolehi kepuasan yang tinggi sewaktu
bersama.
Apa-apa bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi daripada
yang Maha Esa.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50
yang bermaksud:
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia
kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia
menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
**Bagi yang tengah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata,anda bolehla mencuba set kesuburan dari Shaklee ini.Kita hanya berusaha dan yang menentukannya adalah Allah swt.Do our best let Allah swt do the rest ya..;)
No comments:
Post a Comment