Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, selain itu
kehadirannya juga menambah seri dalam kehidupan. Setiap pasangan mengimpikan
anak yang sihat dan comel bagi menyambung warisan mereka.
Tetapi adakalanya,kita tidak mendapat jantina anak yang
diingi, sebagai contoh sudah punya 4 anak tapi ksemuanya perempuan atau
sebaliknya.Tidak salah untuk berusaha mendapatkan jantina anak yang diingini
selagi tidak bertentangan dengan hukum.
Untuk pengetahuan XX merujuk kepada kromosom perempuan dan
XY merujuk kepada kromosom lelaki.
Bagi mendapatkan cahaya mata perempuan terdapat bermacam
faktor yang mempengaruhinya. Terutamanya faktor pemakanan. Ibu seharusnya
banyak mengambil makanan:
Faktor Pemakanan
Makanan yang kaya dengan lemak dan makanan dari produk tenusu
seperti yogurt,cheese dan susu.
Makanan yang masam dan berasid seperti mangga, nenas, limau,
cuka dan minuman bergas adalah digalakkan.
Amalkan sayuran hijau seperi bayam, brokoli,biji bunga
matahari dan biji bijan.
Makanan laut adalah tidak digalakkan.
Petua Tradisional
Berdoa dan berniat
kepada Allah SWT.
Selepas bersama suami, terus palingkan badan ke arah kiri
seberapa lama yang boleh. In sya allah!
Isteri tidak perlu perolehi kepuasan yang tinggi sewaktu
bersama kerana badan mengeluarkan keadaan berasid yang merangsang pergerakkan
sperma X.
Apa-apa pun bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi
daripada yang Maha Esa.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50
yang bermaksud:
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia
kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia
menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan
mandul siapa yang Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
3 hero..teringin nak gugurl plak
ReplyDelete