Lamanya rasa tak update blog,kekangan dan kesibukan masa terpaksa slow downkan penulisan dan perkongsian di blog.Okla hari ini saya nak kongsikan sedikit info yang saya dapat tentang Surah Kekayaan iaitu Surah Al Waqiah.Bila bercakap pasal duit pasti yang ramai akan bukak mata..maklumlah siapa tak nak duitkan..duit berkepuk-kepuk.Tapi dalam Islam dan sebagai orang Islam kita lebih digalakkan menjemput rezeki berbanding dengan mencari rezeki.Beza tu 2 istilah tu...salah satu cara yang saya amalkan sepanjang berbisnes adalah dengan membaca surah Al-Waqiah..saya cuba untuk lakukan setiap hari sehabis daya.Saya kan pastikan dalam seminggu akan ada waktu untuk saya membaca Al-Waqiah.Alhamdulillah..:).JOm kita tengok apa kehebatan Surah kekayaan ini:
Surah
Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran,
terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan
selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang
diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula
penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan
adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan
amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah
kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn
Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap
malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar,
al-Jami al-Soghir).
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada
isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat
Ibnu Ady)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap
hari dan malam dalam satu
marilah kita sama-sama mengamalkannya :-)
ReplyDelete