Macam-macam feedback yang saya dapat dari kastemer after
amik Shaklee,ada anak demam bila consume mealshakes,ada yang rasa letih,pening-pening.Ekceli
itu adalah normal terjadi kerana ia dikategorikan sebagai “Healing Crisis”.Ok
jom kita tengok apa itu “Healing Crisis” dengan lebil details ya
Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee
kami?
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang
mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah
rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk
menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang
hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau
sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis
penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului
dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas
mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi
molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan
bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan
merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran,
menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan
berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak
pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani
proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang
berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak
karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan
menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat
di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut
akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang
menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.
Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi
hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang
sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya,
krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan
mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal
semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom
yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan
mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan
dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga
berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis
penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis
penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu
tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan
lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan
tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih
lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan
tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah,
pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang
peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
Sakit kepala yang melampau / Tekanan darah tinggi - petanda
menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat - meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit-birit -
meningkatkan pergerakan usus,
Najis/air kencing berbau - Petanda bagi menyahtoksin,
menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Kembung perut - Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir - Fungsi hati
yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema/kahak - Fungsi paru-paru
yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Pendarahan Hidung - Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi - Badan berasid, toksin
terkumpul dibahagian yang sakit
Peningkatan rasa sakit di sebahagian - Mempercepatkan krisis
penyembuhan badan yang bermasalah
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif - Sistem saraf yang
lemah
Kitaran haid yang tidak menentu - Hormon yang tidak
seimbang/penyakit buasir /perubahan waktu kitaran haid/ kegatalan pada alat
sulit/penghasilan lendiran yang banyak
Lapar, Pening -Tekanan darah rendah, anaemia
Loya, sembelit, tersedu - Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati
Edema (membengkak) - Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com
No comments:
Post a Comment