“Jom breakfast”
“Takmau lah, aku diet sekarang. Makan sekali sehari je. Tu
pun makan roti je”
“Wah patutlah makin kurus!”
Biasa kan dengar dialog seperti di atas?
3 bulan kemudian…
“Hmm susah betul lah.. badan aku ni… Bila deh stop diet,
naik balik”
Pun biasa juga kan?
Diet dengan ‘tidak makan’ adalah diet yang tidak sihat malah
lebih teruk ia merosakkan sel-sel badan kerana kurang nutrien (akibat kurang
makan). Berat badan dapat turun dengan cepat kerana diet melampau ni merosakkan
otot. Sel2 otot ‘mengecut’ menyebabkan ia menjadi ‘ringan’, sedangkan sel lemak
sebenarnya masih ada. Ini kerana otot lebih berat dari lemak.
Lalu bila dah mula tinggalkan diet tersebut dan makan
seperti biasa, sel2 badan dah mula mendapat nutrien yang cukup.. dan nahhh
naiklah balik badannya.
Inilah yang dikatakan ‘kesan yo-yo’ atau ‘yo-yo effect’.
Jadi apakah salah diet dengan kurang makan atau tidak makan?
Tidak salah tapi pastikan ada ‘replacement’ agar sel2 badan
kita terutama sel otot terpelihara. Jadi dalam berdiet extreme seperti itu,
haruslah jangan dilupa nutrien2 penting yang diperlukan oleh sel2 tubuh
terutama untuk metabolisma dan pembinaan otot agar proses pembakaran lemak
berlaku dengan berkesan.
Credit:lyna noh
No comments:
Post a Comment