Salam sejahtera.
Posting kali ini juga ada hubungan dengan jenis-jenis diet
yang kita kenali sebelum ini iaitu 'sindrom yoyo'. Apa yang dikatakan sindrom
yoyo atau diet yoyo ini. Diet ini terjadi apabila seseorang individu tidak
konsisten dalam menjalankan dietnya. Hal ini menyebabkan berat badannya boleh
naik mendadak dan boleh juga turun secara drastik. Sindrom yoyo ini boleh
mengakibatkan metabolisme tubuh terbantut.
Pada penurunan berat yang drastik, sebahagian lemak tubuh di
sistem oto turut terbakar. Padahal sistem tubuh inilah yang banyak menentukan
keperluan tenaga dalam tubuh. Jika berat badan naik selepas diet, yang
bertambah banyak bukanlah otot tetapi lemak. Seseorang yang terkena sindrom
yoyo biasanya hilang kawalan setelah menjalani diet yang ketat. Jadi untuk
mencegah terjadinya sindrom yoyo, sebaiknya diet dilakukan secara konsisten.
Pastikan juga ia tidak dilakukan terlalu ketat.
Dietlah secara teratur, betul dan selamat. Selamat berdiet.
;)
No comments:
Post a Comment