KUALA LUMPUR – Keinginan
mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan
pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan
ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka.
Ada antara mereka
yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa
mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit
seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).
Lebih membimbangkan,
terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus
seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri
sendiri.
Pil berkenaan tidak
boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan
boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.
Menurut seorang
pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine
sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan
sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.
Beliau berkata, pil
tersebut akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makan seseorang.
“Duromine juga cuma
diberikan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi
30 agar berat badan mereka dapat dikurangkan.
“Ia selalunya diambil
untuk tempoh masa yang singkat dan sekiranya tidak menunjukkan sebarang
perubahan selepas dua minggu maka pengambilannya harus dihentikan,” katanya
kepada Kosmo! baru-baru ini.
Dalam perkembangan
yang sama, Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah,
Dr. Norfazilawaty Abdul Latif memberitahu, pil tersebut mempunyai banyak kesan
sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
“Sesiapa yang
mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis
penyakit seperti kegagalan buah pinggang, gangguan atau susah untuk tidur,
sembelit, mati pucuk dan banyak lagi.
“Pil tersebut juga
akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa
dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya.
Tambah Norfazilawaty,
pengambilan pil tersebut merupakan jalan terakhir kepada mereka yang mengalami
masalah berat badan kerana ia bukanlah cara yang betul untuk mengurangkan berat
badan.
Sehubungan itu,
beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan supaya
mengubah cara hidup yang sedia ada kepada amalan yang lebih sihat.
Ujarnya, menjaga
pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang merupakan cara yang sihat
dan tidak membahayakan kesihatan.
***dah bacakan info dekat atas,so pada sesiapa yang nak kurus bolehla mencuba slimming set dari Shaklee yang lebih natural dan selamat untuk digunakan.Jom layankan testimoni yang dah berjaya turun berat badan dengan Shaklee***
Testimoni 1
Gembira suami tegur dah kurus. Terima kasih
LECITHIN+ALFALFA+OMEGA
Testimoni 2:
Testimoni 3
2 bulan amalkan HERBLAX, sistem penghadaman terlebih lancar.
Kini amalkan OMEGA+LECITHIN untuk kesan lebih hebat.
Untuk Info & Order:
Shaklee Damia
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/: 013 9744747
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/: 013 9744747
No comments:
Post a Comment