Setiap orang yang mengambil supplement Shaklee (tak kira
jenis apa) dinasihatkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari.
Kenapa begitu banyak?
Lebih-lebih lagi bila mengambil vitamin untuk tambah susu,
kenapa kena minum air banyak? Bukankah nak banyakkan susu memang kena minum
banyak air? Kalau dah memang kena minum banyak air buat apa ambil supplement
lagi?
Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan
supplement semulajadi Shaklee:
Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh,
dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika
tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated
iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah
menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula
dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai
dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu
jag.
Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik
semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak
kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji
buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C
500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7
biji oren tu?
Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat
pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami
mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum
waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang supplement,
dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh
mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan
boleh mengurangkan susu badan.
credit:kak lyna(vitamin semulajadi)
No comments:
Post a Comment