Like Kami@FB

Tuesday, 5 November 2013

Rahsia Bagaimana Mengatasi Masalah Bengkak Susu

Ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif,iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta(hormon susu) banyak dihasilkan padawaktu tengah malam hingga ke subuh.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu,cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu tersumbat hingga menyebakan susu yang dipam tidakkeluar. Hnaya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.Cuba amalkan petua berikut untuk kurangkan sakit akibat bengkak susu :-

  1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan,termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  2. Susukan bayi anda dengan kerap,iaitu setiap dua atau tiga jam,walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi berikutnya,mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap.
  3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara apabila areola sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul,perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
  4. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah dan teruskan mencuba.
  5. Semasa bayi sedang menyusu,urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan.Ini dapat membnatu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  6. Jika payudara terlalu penuh dengan susu,menggunakan pam sekali sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan meburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  7. Menyikat payudara yang bengkak dengan sikat(sikat menghala ke puting),Lakukan berulang-ulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar. Pastiakn juga anda menyusukan bayi secara langsung.
  8. Daun kubis segar juga dapat membantu melegakan kesakitan,walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Ambil daun dan tekupkan pada payudara yang sakit. Daun kubis mungkin ada kesan penyejuk tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu sus tidak dapat dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.Buat seseklai sahaja keran jika diamalkan selalu boleh menybabkan susu kering.
  9. Ambil cuka dan campur dengan air di dalam piring.Ambil kapas,celup dan sapu pada sekeliling payudara.Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  10. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun dipermukaan hadapan.Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payudara bial daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu,ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

Friday, 1 November 2013

Set Bersalin(Set Asas)

Hari ini saya nak buat review sikit pasal Set Bersalin@Berpantang Asas Shaklee yang terdiri daripada Zink,B-Complex,Vitamin C dan Vita Lea yang mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh seorang ibu yang berpantang sama ada bersalin secara normal atau yang bersalin secara caserean(czer).Yang paling bestnya Set Bersalin ini boleh diambil terus selepas melahirkan anak kerana kandungan vitamin Shaklee ini adalah semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan ibu dan anak yang dilahirkan.Insya Allah selain kandugan vitamin yang unik yang benar2 menepati keperluan luaran dan dalaman seoraang ibu berpantang.ia juga turut memberi kesan positif kepada pemulihan ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

Set Bersalin Asas ini membantu ibu-ibu berpantang untuk :


- sembuh kluka berpantang dengan cepat.
- membentuk dan membina semula darah merah yang banyak tumpah semasa proses      kelahiran.
- pemulihan luka dalaman rahim.
- mengelakkan stress untuk menghindarkan meroyan.
- memberi tenaga untuk ibu menyusu dan perlu bangun malam bagi menjaga bayi.

Kebaikan setiap vitamin dalam Set Bersalin Asas kita boleh review seperti di bawah:

1)Vitalea

§  Mengandungi  keperluan 28 vitamin dan mineral  penting yang di perlukan oleh orang dewasa.
§  Oleh kerana,ibu banyak kehilangan darah,ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang.
§  Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah
§  PESANAN- vitalea tidak boleh di ambil bersama susu,sebab itu ostematrik perlu di jarakkan pengambilannya dengan vitalea.

2)B-Complex

§  Menukar makanan kepada tenaga-menjadikan ibu berpantang kurang letih dan bertenaga.
§  Melawan tekanan
§  Membaiki masalah kulit kepala,kelemumur ,rambut gugur
§  Mencegah anemia-membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi

3)Zinc Kompleks

§  Mempercepatkan pemulihan luka-sama ada bersalin normal atau pmbedahan,penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnnya.
§  Mempertingkatkan sistem imun
§  Membantu masalah keguguran rambut yang di alami ibu berpantang
§  Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.

4)Sustained Release Vita C

§  Peningkatan sistem imun.
§  Mencantikkan kulit-kebiasaannya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam
§  Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama kejadian jeragat.
Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan

Terima kasih kerana sudi membaca..:)

Mencari supplemen yang terbaik untuk anda dan keluarga?



Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Thursday, 31 October 2013

Rahsia Kesuburan Wanita Dan Lelaki




[Kesuburan Wanita]

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. ·

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·
Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

[Kesuburan Lelaki]

Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat, elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur. Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri anda. · Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik. ·
Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.


Kredit info : diari ibu untuk baby

Mudah Buat Bisnes???

Alhamdulillah dah masuk 3 tahun lebih dah saya dengan dunia perniagaan online.Macam mana saya bermula?Ramai orang tengok orang berbisnes nampak mudah,tapi ianya sebenarnya bukan mudah seperti yang kita sangkakan.Masih saya ingat tarikh keramat 10/10/10 saya mulakan bisnes barang baby secara kecil-kecilan dengan 100% melalui FB sahaja.Untung barang baby memang tak banyak kerana modalnya pun tak banyak.So oklah kan...saya niaga barang baby pun hanya untuk suka-suka ,part time sahaja.Memulakan bisnes barang baby sehinggalah saya berjumpa dengan Bisnes Shaklee and I Damn Love It Very-Very Much!!!Melalui Shaklee saya berjumpa mentor-mentor yang hebat dimana mereka sangat menekan dalaman dan luaran.Rahsia bagaimana nak berjaya dalam bisnes anda...dan salah satu diantaranya adalah melalui zikir.Ya zikir Ya Wahhab,antara khasiat-khasiat yang boleh kita dapat melalui zikir Ya Wahhab adalah seperti berikut:

Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1->Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

Thanks for reading! :)


Mencari supplemen yang terbaik untuk anda dan keluarga?
Teringin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

             
Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Monday, 28 October 2013

Kenangan Terindah:Master Celebration

Ahad minggu lepas bertempat di Hotel PJ,Hilton telah berlangsung majlis gilang gemilang mak Shaklee kami iaitu Master Farah Wahida sempena Majlis Master Celebration.Majlis yang dihadiri kira-kira 400 lebih orang berlangsung dari pukul 2-5 petang.Sangat meriah okey..inilah salah satu peluang yang kami dapat rasai sebagai SID,merasa ke Hi-Tea,Master Celebration di Hotel 5 bintang,menambah kenalan baru.Even anak-anak Shaklee saya sendiri pun kebanyakan mereka hanya di kenali dari alam maya(FB dan Blog),sungguh rezeki Allah swt itu sangat-sangat luas.Ya Wahhab,Ya Razzak,Ya Fattah.Ramai jugak orang PM saya di FB nak join ahli Shaklee tapi takut nak buat sales,takut SID makin hari makin ramai..sayang-sayang semua yes SID makin ramai tapi percayalah hanya Dia yang mampu memberikan rezeki pada kita…hanya Dia ,hanya Allah swt.Jika telah ditetapkan rezeki itu milik kita,sampai masa dan waktu yang sesuai ianya pasti datang kepada kita.Dalam bisnes Shaklee agak berlainan kerana leader-leader kami banyak jugak menekankan amalan 

ROHANI selain sharing di FB dan Blog.Itulah bezanya bisnes Shaklee kami.Amalan ROHANI yang mengundang@menjemput rezeki seperti Solat Dhuha,Solat 
Tahajjud,sedekah,zakat,zikir dan lain-lain lagi.Sungguh dengan bisnes Shaklee saya merasai perubahan dalaman dan luaran.Bukan setakat duit@BONUS setiap bulan yang berkepuk-kepuk  tetapi diri lebih dekat dengan Allah swt.Pada sesiapa yang rasa nak tambah duit poket setiap bulan,nak rasa extra duit tengah bulan bolehla mesej saya.Jangan malu-malu dan jangan segan.Hidup ini untuk memberi..Insya Allah..kita layan beberapa keping gambar di Majlis Master Celebration...


 dah macam hantaran orang kahwin dah..:)


Master Farah Wahida dan Master Yusri


 Nanny Shaklee kesayangan kami..Master Iffah Anuar dan Master Firdhaus

 keadaan dalam Kristal Ballroom,Hotel PJ Hilton Petaling Jaya

Tuesday, 22 October 2013

Subur Dengan Set Kesuburan Shaklee

Ada di antara kita yang masih ternanti-nanti kehadiran si comel setelah sekian lama mendirikan rumahtangga. Telah mencuba pelbagai cara tapi belum mendatangkan hasil? Jangan berputus asa ye, berusaha dan terus berusaha, doa dan terus berdoa.

Dalam Entry yang lepas ada saya kongsikan, Tips mudah hamil untuk korang semua.Menurut kajian yang telah di jalankan, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan Multivitamin dan Multimineral. Jadi mari kita lihat bagaimana SET KESUBURAN SHAKLEE boleh membantu dalam kesuburan.

Set Kesuburan Shaklee yang utama bagi wanita dan lelaki terdiri daripada Vitamin E,Zink,Alfalfa dan GLA
Gabungan Vitamins di atas insyaAllah memberikan harapan untuk anda menimang cahayamata. Yang penting jangan pernah berhenti berharap, berusaha dan berdoa.Oklah jom kita zoom apa kebaikan vitamin-vitamin yang saya sebutkan di atas dan bagaimana ianya betindak balas dengan tubuh kita untuk kesuburan.



Vitamin Kesuburan:

(1) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(2) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina


.(3) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS


.(4) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Kitar Kesuburan Wanita:


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Sunday, 20 October 2013

Burger Bakar Abang Burn@Seksyen 7 Shah Alam

Semalam hari Ahad,bawak anak-anak makan kat luar..Lunch kat Restoran Hakim,macam biasalah tempat lepak dari zaman bujang hinggalah zaman dah beranak pinak.Cuma sekarang harga makanan semua sudah naik,mahunya tak naik harga minyak pun nak 20 sen..ala tak apa 20 sen kata sesetengah orang tu...huhuhuhu!!!Lepas makan kami ke PKNS,tujuan hanya satu kerana nak beli buku idaman hati iaitu Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Prod Dr Muhd Kamil Ibrahim.Nantikan ye review dari saya pasal buku ini..:).Kitaorang order Lamb Burger dan Abang Burn Burger Beef..rasanya just so..so..so jer,mungkin masa order tu terlampau ramai sangat orang yang mengorder kot..huhuhu!!Nak buat macam mana rezeki kami macam tu..hihihi!!!Kalo korang nak try sendiri bolehla ke alamat seperti di bawah:

Antara jenis-jenis Burger yang disediakan oleh mereka

Burger Bakar Abang Burn
PG 23,
Jalan Plumbum U7/U,
Seksyen 7,
Shah Alam,
Selangor
Masa Operasi adalah 5 petang ke 12.30pagi
Web : abangburn.com
FB page : Burger Bakar Abang Burn

Twitter : @AbangBurn

Ini lah yang kitaorang order Lamb Burger dan Beef Burger,add on 2 batang Sosej untuk si kecik tu..total RM 24 untuk semua tu tak termasuk air,coz kat situ hanya ada air gas dan ais lemon tea sahaja.Kitaorang belikan Milo Tin untuk kakak dan  adik di Speedmart sebelah,tapi sadissnya nak makan pun kelam kabut bila kedai makin padat dan satu family sebelah yang tak cukup meja buat hal...tak apalaha kan nak buat macam mana..terimalah seadanya..:) 

 Lamb Burger&Sosej untuk en hubby dan anak-anak



Beef Burger untuk saya