Ingatlah
bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif,iaitu anda sedang
menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon
lacta(hormon susu) banyak dihasilkan padawaktu tengah malam hingga ke subuh.
Biasanya apabila
sudah terjadi bengkak susu,cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan
masalah. Seolah-olah saluran susu tersumbat hingga menyebakan susu yang dipam
tidakkeluar. Hnaya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat
menghilangkan masalah bengkak susu.Cuba amalkan petua berikut untuk kurangkan
sakit akibat bengkak susu :-
- Pakailah
coli menyusu yang memberi sokongan,termasuk pada waktu malam. Pastikan ia
benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
- Susukan
bayi anda dengan kerap,iaitu setiap dua atau tiga jam,walaupun terpaksa
mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada
kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Cuma pastikan sebelah yang
pertama tadi dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada
sesi berikutnya,mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap.
- Mungkin
sukar untuk bayi melekap pada payudara apabila areola sangat keras. Untuk
memastikan bayi melekap dengan betul,perah dengan tangan atau pam susu
keluar sehingga areola menjadi lembut.
- Satu
cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas
di dada ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian
itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan
dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah dan
teruskan mencuba.
- Semasa
bayi sedang menyusu,urut payudara yang sedang dihisapnya
perlahan-lahan.Ini dapat membnatu pengaliran susu dengan lebih lancar dan
turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
- Jika
payudara terlalu penuh dengan susu,menggunakan pam sekali sekala untuk
mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan meburukkan
keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu
mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu
dengan baik.
- Menyikat
payudara yang bengkak dengan sikat(sikat menghala ke puting),Lakukan
berulang-ulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar. Pastiakn juga
anda menyusukan bayi secara langsung.
- Daun
kubis segar juga dapat membantu melegakan kesakitan,walaupun tiada bukti
untuk menyokongnya. Ambil daun dan tekupkan pada payudara yang sakit. Daun
kubis mungkin ada kesan penyejuk tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab
sebenar payudara bengkak iaitu sus tidak dapat dikeluarkan daripada
payudara dengan efisien.Buat seseklai sahaja keran jika diamalkan selalu
boleh menybabkan susu kering.
- Ambil
cuka dan campur dengan air di dalam piring.Ambil kapas,celup dan sapu pada
sekeliling payudara.Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap
hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
- Ambil
beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun dipermukaan
hadapan.Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada
payudara bial daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran
susu,ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
Ada seorg kwn,ms lahir ank sulung,..kn operate,..bengkak susu...sian dia..
ReplyDeleteP/s remove kn la VW sng nk komen... ;)
mesti sakitkan?huhuhu!!!orang cakap bengkak susu blh bawak ke demam..
Deletedear VW?blurr ni..blh gtau..huhuhu