Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu
merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin
disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi
dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara ...eksklusif bermula
sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara
sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan
(berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa
bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan
akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan
anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun
tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan
penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih
banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi
itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang
lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam.
Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara
untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.
Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk
menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain
daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak
atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby
mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan
mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan.
Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara
berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid
Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang
hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan
sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi,
cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
✿ Cekur
Manis
☞ Cekur
manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk
membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal
pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
✿ Kacang
Tanah
☞ Kacang
tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B
kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh
lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino
yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi,
digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi
bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan
petua ini
✿ Air
Longan
☞ Longan
kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam
longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang.
Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat
menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat pasar.. tp jgn bebyk karang
sakit tekak plak.
✿ Halba
dan Jintan Hitam
☞
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat
menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di
kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan
dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak
memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air
panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus
sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
✿ Bunga
Melur
☞Bunga
melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan
terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat
melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun
bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi
sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi. Bagi ibu yang berhasrat
memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini.
Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.com
✿Lobak
putih
☞ sangat
bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak
putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia
mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C
yang sangat baik.Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn
ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan
bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
✿Pucuk
Betik
☞ Air
rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang
menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang
sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali
sehari.
✿Tuaman
Daun Sirih
☞Sapukan
sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga
layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu
badan anda banyak
✿Jantung
Pisang
☞Jantung
pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu
badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal
belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
✿Makanan
Tinggi CLA
☞Ibu
menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA)
boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid
lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan
anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit
jantung. Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu
perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai
kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa.
CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu
memakan biskut khas ini.
✿Kandungan
CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju,
telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan
kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan
kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
✿Kurma
☞ Unsur
zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling
tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan
susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu Makanan mengandungi
vitamin B seperti kekacang, dal.
✿Jambu
batu – makan begitu sahaja. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, ✿jagung muda – goreng atau sup. Daun atau pucuk meranti
masak lemak putih, tumis air atau goreng.
✿Oat –
dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
✿Madu –
gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng
susu beroat Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
Barli – air atau bubur barli. Pucuk manis – masak lemak
bersama ubi keledek. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus. Daun kucai –
goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe. Air soya dan produk soya seperti
tauhu, taufufa, tempe Air horlicks Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu
menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan
menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang
berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
Teh hijau jepun Makanan mengandung yis seperti roti, donut,
tapai pulut dan sebagainya. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus
untuk sendi dan membantu penghasilan susu. Kacang merah : rebus kacang merah
tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
Tp heran kn...masih ada yg ignore bf semata2 nk jg body...kesian kt ank yg dpt ibu sebegini...
ReplyDeletetula..sygkan body lg dr anak...huhuhu
Delete