Q: "Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan
mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai
langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang
membantu kesihatan kulit."
A: Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan
pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan
luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan
kepada kesihatan kulit.
Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada
kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit
tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti
akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan
yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa
kosmetik mahal.
Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai
2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan
pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat
berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang
mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding
kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.
Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang
tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng,
bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh
membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain
memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan
nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan
lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan
radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin
anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A,
C dan Vitamin E.
Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel
kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan
penebalan lapisan luar kulit.
Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan
tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya.
Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan
kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu
fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.
Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti
beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi
akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan
kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6.
Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan
kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit,
mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan
pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah
merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang
penting untuk keremajaan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA)
daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat,
ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka
yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih
rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose
yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta
memperbaiki masalah dermatitis. - Credits.
Dari artikel di atas, dapat disimpulkan bahawa nutrien-nutrien
ini dapat membantu masalah kulit:
1. Rendah indeks glisemik
2. Vitamin A
3. Vitamin C
4. Vitamin E
5. Asid lemak omega-3
6. Asid lemak omega-6
7. Gamma linolic acid (GLA)
Produk Shaklee yang disarankan berdasarkan saranan di atas:
Untuk Info & Order:
Shaklee Damia
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/: 013 9744747
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/: 013 9744747
No comments:
Post a Comment