Apa itu metabolisme?
metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud
perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme
adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan
fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan
berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa
anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan
memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
metabolisme bagi setiap individu berbeza.
Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu
berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar
atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding
dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar
metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih
banyak lemak.
Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut
berubah?
Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan
mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme
anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme
anda:
10 Tip Cepatkan metabolisme Badan
- Minum
Air Secukupnya. Anda
mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air
yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk
berfungsi pada tahap yang optimum.
- Jangan
lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan
kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda
berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh
mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon,
taufu dan oatmil.
- Makan!Memakan snek dengan kerap
dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia
bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan
menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan
seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang
tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
- Tidur
yang cukup.
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan
metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh
untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai
kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan
bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
- Jangan
Stress.
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan
hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan
sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman
seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
baik untuk
membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
- Sinar
mentari baik
untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa
menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap
mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau
menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di
antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas
pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada
mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung
anda dan dapat menghirup udara yang segar.
Lakukan senaman
menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala
satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
- Lakukan
senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan
membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5
hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar
metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda
tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan.
Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang
tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval
training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan
kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang
panjang untuk bersenam.
- C
untuk cergas. Suplemen
Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam
meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme
manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
- Pedas! Sekiranya anda suka
memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda.
Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit
selepas anda memakannya.
- Minum
Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua
itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong
mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu
meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Untuk Info & Order:
Shaklee Damia
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/: 013 9744747
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/: 013 9744747
No comments:
Post a Comment