Tidak mudah untuk hamil dengan cepat
dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara
dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh
mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan
kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk
hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan
anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan
terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan
dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan,
sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur
yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi
dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah
kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda
lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita
gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda
bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst,
endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar
hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan
sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin
akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda
teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh
mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk
memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia
mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan
cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat
optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari
subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur,
anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan
tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan
cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih
licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi
sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap.
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil
dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari
subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda
lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi
ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma
dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma,
letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar
suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami.
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara
hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak
merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu
semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan
doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah
disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin
harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula
disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran
sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam
adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk
menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang.
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami
masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah
satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal
terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita
baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan
haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
Amalkan memakan lelemak
monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang
segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti
produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi
seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang
karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu
seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan. Life is stressful,
memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu
tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat
aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
Memasak
Bersenam
Mendengar muzik
Membaca dan mendengar audiobooks
Manjakan diri anda dengan spa dan
rawatan diri
Habiskan masa dengan kawan dan
keluarga
Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan
minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja
memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran
dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan
limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
No comments:
Post a Comment