Like Kami@FB

Thursday, 12 September 2013

Buasir Tolong Juahkan Dari Kami!!!

Hari ini nak berborak-borak pasal Set Buasir Shaklee,saya jugak merupakan salah seorang penghidap penyakit Buasir sejak zaman universiti lagi,pernah sampai berdarah-darah bila hendak membuang air besar.Bukan sikit-sikit berdarah tau sampai mengalir macam air paip.Memang mengerikan,berubat kampong dan moden semua dah dicuba..baik sekejap then ia datang balik after deliver second baby even beranak secara czer.Ia still datang menyerang kembali…tanpa saya sedar setelah pengambilan 

Omega Guard untuk kami sekeluarga buasir saya sudah tidak menyerang lagi dan pun mula mengecut secara tidak langsung dengan pengambilan Omega Guard yang pada asalnya untuk pelangsingan badan dan untuk anak-anak yang selalu tidak sihat.Si kakak terutamanya saya biasa pecahkan Omega Guard ke dalam susu setiap 1@2 KALI SEMINGGU untuk merawat masalah ASTHMA dan BATUK yang berpanjangan.Rupa-rupanya secara tidak langsung telah merawat buasir yang selama ini menghantui saya hingga rasa teramat takut untuk membuang air besar.ALHAMDULILLAH…;)Kepada sesiapa yang mengalami masalah ini janganlah segan silu untuk email saya ye…kita kongsi kebaikan Supplement Shaklee bersama-sama.Sharing is caring..;)


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Wednesday, 11 September 2013

Rangsang pengeluaran susu ibu

“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu.

Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?Berhadapan situasi yang sama ketika melahirkan anak pertama membuat­kan penulis beranggapan amat penting mendapat­kan ilmu mengenai penyusuan sebelum beralih kepada peringkat seterusnya.
Panduan ibu berkerjaya

Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar. Antaranya:

1. Pam susu
Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ia perlu ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Namun, jika ibu tidak mempunyai pam susu, dia masih boleh menyusukan secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.

2. Plastik atau botol penyimpan susu
Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu me­nyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang di dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.


3. Beg penyejuk
Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setiap kali selepas mengepam. Beg pe­nyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuat­kannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.

4. Coli menyusu
Coli menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.

5. Pemanas susu ibu
Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.Selepas anda menyediakan semua peralatan di atas, terdapat beberapa perkara yang harus diikuti bagi memastikan ibu bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif enam bulan dan seterusnya sehingga dua tahun antaranya:

Menyediakan susu perahan

Mulakan mengepam sebulan sebelum bekerja (iaitu dalam tempoh berpantang) bagi membiasakan de­ngan teknik mengepam serta membuat stok susu. Biasakan mempunyai lebih daripada stok susu lima hari bekerja di dalam peti ais beku.
Contohnya, katakan ibu bekerja 10 jam dan bayi mungkin menyusu dua jam sekali dengan kadar dua atau tiga auns sekali minum. Ini bermakna ibu perlu menyediakan 10 hingga 15 auns sehari. Ambil purata 12 auns untuk ditinggalkan sehari, maka ibu perlu menyediakan sebanyak 60 auns susu perahan beku di dalam peti ais.

Ini sekadar contoh bagi memudahkan ibu mengang­gar jumlah susu yang perlu diperah dan dikumpul sepanjang tempoh berpantang. Ia mungkin sedikit berbeza antara ibu dan bayi kerana bergantung kepada keperluan bayi itu.
Sebaiknya anda membawa susu perahan ke rumah pengasuh mengikut kadar yang diminum. Misalnya untuk sehari, anda boleh menyediakan sukatan dua atau tiga auns di dalam empat botol bersama campuran susu yang sudah disejukkan.

Mengepam susu tiga jam sekali ketika bekerja

Bagi ibu menyusu dan bekerja, mereka perlu mengepam susu setiap selang tiga jam selama 15 minit sebelah payudara. Pam elektrik yang mempunyai dua corong boleh menjimatkan masa dan membantu ibu berkerjaya bertenang dan gembira semasa menyusu.Gunakan masa mengepam untuk melihat gambar anak, berzikir mahupun berfikir mengenai perkara baik yang menggembirakan. Pasti susu mudah mengalir keluar. Pam susu yang ri­ngan dan fleksibel memudahkan anda mengepam walau di mana saja sama ada di dalam kereta atau ketika anda terpaksa berhenti di mana-mana untuk mengepam susu.

Simpan susu di dalam beg penyejuk
Susu perahan serta peralatan mengepam boleh disimpan di dalam beg penyejuk untuk dibawa pulang ke rumah.
Makan dan minum dengan sihatIbu menyusu perlu me­ngamalkan lima jenis warna makanan dalam makanan tengah hari dan makan malam. Contohnya nasi (putih), ayam goreng (coklat), sayur campur (hijau), air jus oren (jingga) dan telur (kuning).
Terdapat beberapa makanan yang senang diamalkan untuk membanyakkan susu. Antaranya ialah minuman halba bercoklat dan teh moringa. Minuman ini adalah herba yang boleh memba­nyakkan susu ibu dan tidak memberikan kesan sampi­ngan terhadap bayi. Ia juga boleh diambil sejak dari dalam pantang.
Selain itu, sayur seperti lobak putih dan sawi dipercayai boleh membanyakkan susu ibu dan elok diambil oleh ibu menyusu.

Shaklee Situ Sana Sini!!!

Macam tajuk lagu Siti Nurhaliza pulak…Siti Situ Sana Sini,hahaha!!!Okla memandangkan masa yang singkat untuk hari ini saya just preview untuk u ols tentang kebaikan dan kelebihan Vitamin Shaklee secara ringkas…kalo nak lebih details u ols bolehla klik dekat mana-mana vitamin yang nak tahu dekat kanan blog saya tu..hihihihi!!!Untuk Set Mengandung,Set Penyusuan,Set Kesihatan Kanak-Kanak,Set Kencing Manis,Set Darah Tinggi.Kalau berminat bolehla contact saya..;)


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Friday, 6 September 2013

The Power Of Doa

Entah kenapa tetiba nak bercakap pasal doa..ya doa senjata umat islam..dengan doa kita masih di sini dengan rahmat dan kebaikan yang Allah swt berikan kepada kita.Tahukah kita betapa POWERNYA doa yang kita mohon setiap hari kepada Allah swt?Tetapi pasti kita tidak lari dari rasa terkilan bila kita rasa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah swt dengan cepatkan…cepat atau lambatnya termakbul sesuatu doa itu bukanlah kerja kita.kerja kita hanya teruskan berdoa dengan penuh khusyuk,rendah hati dan jatuhkan segala nekad,bulatkan sepenuh hati kepada sang pencipta kita iaitu Allah swt.Insya Allah semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah swt


Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Jawapan Dr MAZA:
Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:
1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).FirmanNya juga: (maksudnya)“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam.

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.


9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepada Nya

Thursday, 5 September 2013

Penyakit jantung serang wanita muda

WANITA muda lazimnya sangat yakin tentang tahap kesihatan mereka. Khususnya kepada mereka yang baru mencapai usia 20-an atau 30-an.Justeru, penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau jantung bukan kebimbangan mereka. Sebaliknya, wanita-wanita dalam fasa ini mungkin lebih bimbang dan memberi perhatian terhadap masalah kecantikan semata-mata.
Malah, mereka pasti sedih jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau hilang bentuk badan yang dikategori sebagai penyakit luaran sahaja.
Bagaimanapun, ramai wanita di luar sana tidak sedar akan masalah dalaman kesihatan diri sehingga pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

Pengalaman
Bagi Monica (bukan nama sebenar) yang baru berusia 32 tahun, dia langsung tidak menyangka akan didiagnosis dengan penyakit yang 'membunuh' ramai rakyat Malaysia, penyakit jantung.
Berat badan yang normal dan rutin harian yang aktif menyebabkan Monica menganggap penyakit itu hanya menyerang lelaki tua atau wanita tua yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
Ternyata tanggapan wanita itu salah. Sebulan sebelum dia mengalami serangan jantung, Monica jatuh sakit. Dia berasa sakit di bahagian dada dan sentiasa pitam. Namun, simptom utama dia mengalami sakit jantung ialah apabila kesakitan pada bahagian dada seolah-olah menyerap masuk ke bahagian belakang dan kerongkong.
"Saya rasa seperti dicekik. Rasa sakitnya seperti beberapa ekor gajah duduk di atas dada saya. Ketika di bilik kecemasan (hospital), oleh kerana berat saya hanya 55 kilogram, kakitangan perubatan menyangka saya berkelakuan demikian kerana mengambil alkohol," ujarnya.
Selepas pemeriksaan lanjut, wanita itu didapati menghidap penyakit jantung yang agak teruk.
"Bahagian bawah jantung saya rosak dan saya terpaksa dibawa ke bilik pembedahan untuk merawat kerosakan itu," katanya yang mengakui dia kini masih dalam tempoh pengawasan.
Enggan menerangkan secara lanjut, dia mengakui, jika tidak menjaga gaya hidupnya selepas ini, dia akan terpaksa melalui rawatan pembedahan pintasan.

Ternyata pengakuan Monica itu mencerminkan penyakit jantung merupakan satu ancaman kesihatan yangmenggerunkan. Walaupun penyakit itu dianggap hanya berlaku dalam kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas, kini penyakit jantung turut menyerang wanita muda.Biarpun jantung manusia hanya sebesar segenggam tangan seorang dewasa, ia merupakan organ terpenting tubuh. Jantung beroperasi sepanjang masa mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh.

Jika jantung manusia menghadapi gangguan, ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh sistem badan. Pada kebanyakan masa gangguan pada jantung disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat.

Gaya hidup


Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Sime Darby, Ara Damansara, Dr. Liew Chee Khoon memberitahu, perubahan gaya hidup yang nyata, perkembangan kemudahan dalam kehidupan sosial dan kesan emosi merupakan faktor serangan penyakit jantung.
Ini tidak ketinggalan serangan terhadap golongan wanita muda yang suatu masa dahulu difikirkan sebagai kes-kes terpencil.
Walaupun mengakui serangan terhadap wanita muda sekitar usia 20-an dan 30-an sebagai jarang berlaku, tetapi Chee Koon tidak menolak tetap menerima kes melibatkan golongan tersebut.
"Statistik juga menunjukkan ia sebagai satu paten yang sedang meningkat. Lebih maju dan moden kemudahan sekitar, lebih tinggi kekerapan mendapat serangan jantung," katanya.

Simptom
Mengulas lebih lanjut, ujar beliau, pada masa kini, semakin ramai wanita pada kadar usia 40 tahun ke atas yang mendapat sakit jantung dan ia bukan sekadar 'sakit biasa'.
"Ia boleh bermula daripada ketidakselesaan pada dada. Ia akan berlaku di bahagian tengah dada atau pun ke sebelah kiri sedikit. Kesakitan ini berlaku selepas aktiviti fizikal dan hilang selepas berehat. Ketidakselesaan yang sama juga boleh beralih ke bahagian lain seperti dagu, leher, bahu atau lengan kiri," terangnya.Satu lagi serangan ialah ketidakselesaan pada bahagian perut, pening dan pitam. Namun, ia jarang berlaku.

Jadi, serangan jantung bukan sahaja melibatkan jantung. Orang ramai, khususnya wanita, jangan sesekali memandang ringan apabila menghadapi ketidakselesaan seperti yang dinyatakan.
"Apabila menghadapi situasi sedemikian, segera berjumpa doktor. Jika boleh, jumpa pakar perubatan. Hanya pemeriksaan lanjut boleh mengesan dan mendiagnosis masalah sebenar jantung anda. Lebih baik jika pemeriksaan dilakukan setiap tahun supaya sebarang masalah kesihatan pada tahap awal boleh dihindari," kata Chee Khoon.Katanya, masalah paling kerap berlaku pada jantung manusia ialah seperti blockage atau sumbatan pada salur darah jantung, lemak terkumpul dan sebagainya.


 Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2e4iRFH5M

Hakcipta terpelihara


Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com


Tuesday, 3 September 2013

Menurunkan Berat Badan Semasa Menyusu?

Sebagai ibu pada masa kini terutamanya ibu-ibu yang bekerjaya pasti menginginkan kembali bentuk badan selepas bersalin@melahirkan anak.Al maklumlah sayangkan En Suami harusla cantik luar dan dalam dijagakan.Untuk mereka yang menyusu rasanya tidak susah untuk menurunkan berat badan dengan produk Shaklee di mana penyusuan dan slimming bajet terdiri daripada ESP+Alfalfa+Lecithin,gabungan yang super duper mantap malah boleh meningkatkan hasil pengeluaran susu ibu.Jom kita tengok testimonikenapa ESP sangat menjadi pilihan:

Alfalfa pulak selain meningkatkan penghasilan susu ia juga bertindak untuk membuang segala sisa toksik dan lemak didalam badan.Insya Allah ia pasti selamat untuk anda dan bayi. Tetapi para ibu juga mesti ingat menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang disalurkan kepada bayi.


Bercakap pasal Lecithin pulak kenapa ibu menyusu memerlukan Lecithin?Lecithin sangat-sangat diperlukan untuk memecahkan segala sisa lemak di dalam badan untuk memastikan segala lemak jahat dalam badan dapat disingkirkan.
Cakap pasal ESP saya memang suka coz saya pun salah seorang pengguna tegar ESP,jom lihat senarai kebaikan ESP

·         Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
·         Parut di muka jadi pudar
·         Tenaga berpanjangan pagi ke malam
·         Kurang letih
·         Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
·         Sistem perlindungan badan semakin bagus
·         Mengawal paras kolestrol
·         Menyokong kesihatan jantung dan prostat
·         Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
·         Mengurangkan alergik

"...saya cuma consume ESP + Alfalfa sahaja untuk penyusuan..+ Lecithin untuk kuruskan badan..Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang yang setiap masa menyusukan baby tuh..memang lansung tak ade masalah sakit belakang, sakit badan (sebab waktu malam menyusu sambil baring), tak lesu, kulit pun tak pucat..ni mmg best sbb selama ni org selalu ingat saya sakit disebabkan kulit tak berseri...Sebab tu saya jatuh cinta dengan Shaklee...seriously Shaklee banyak membantu dalam kesihatan dalaman dan luaran saya...kalau dalaman cantik, automatiknya luaran pun akan cunnn...:)"

Alhamdulillah...slimming set ini memang sangat sesuai untuk ibu yang menyusukan anak kerana di dalam set slimming ini terdapat 2 milk booster yang terbaik iaitu Alfalfa dan ESP. Bukan sahaja si ibu dapat turunkan berat badan, malah bekalan susu untuk si manja juga melimpah ruah. Tambahan pula, ibu juga tidak menghadapi masalah kulit lesu dan pucat atas bantuan ESP..malah kulit akan bertambah berseri dan "glowing" :)

Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com


Subhanallah Dasyat Sungguh Kandungan Susu Ibu

Ingredients in breast milk :
Water
Carbohydrates (energy source)
Lactose
Oligosaccharides (see below)
Carboxylic acid
Alpha hydroxy acid
Lactic acid
Proteins (building muscles and bones)
Whey protein
Alpha-lactalbumin
HAMLET (Human Alpha-lactalbumin Made Lethal to Tumour cells)
Lactoferrin
Many antimicrobial factors (see below)
Casein
Serum albumin
Non-protein nitrogens
Creatine
Creatinine
Urea
Uric acid
Peptides (see below)
Amino Acids (the building blocks of proteins)
Alanine
Arginine
Aspartate
Clycine
Cystine
Glutamate
Histidine
Isoleucine
Leucine
Lycine
Methionine
Phenylalanine
Proline
Serine
Taurine
Theronine
Tryptophan
Tyrosine
Valine
Carnitine (amino acid compound necessary to make use of fatty acids as an energy source)
Nucleotides (chemical compounds that are the structural units of RNA and DNA)
5’-Adenosine monophosphate (5”-AMP)
3’:5’-Cyclic adenosine monophosphate (3’:5’-cyclic AMP)
5’-Cytidine monophosphate (5’-CMP)
Cytidine diphosphate choline (CDP choline)
Guanosine diphosphate (UDP)
Guanosine diphosphate - mannose
3’- Uridine monophosphate (3’-UMP)
5’-Uridine monophosphate (5’-UMP)
Uridine diphosphate (UDP)
Uridine diphosphate hexose (UDPH)
Uridine diphosphate-N-acetyl-hexosamine (UDPAH)
Uridine diphosphoglucuronic acid (UDPGA)
Several more novel nucleotides of the UDP type
Fats
Triglycerides
Long-chain polyunsaturated fatty acids
Docosahexaenoic acid (DHA) (important for brain development)
Arachidonic acid (AHA) (important for brain development)
Linoleic acid
Alpha-linolenic acid (ALA)
Eicosapentaenoic acid (EPA)
Conjugated linoleic acid (Rumenic acid)
Free Fatty Acids
Monounsaturated fatty acids
Oleic acid
Palmitoleic acid
Heptadecenoic acid
Saturated fatty acids
Stearic
Palmitic acid
Lauric acid
Myristic acid
Phospholipids
Phosphatidylcholine
Phosphatidylethanolamine
Phosphatidylinositol
Lysophosphatidylcholine
Lysophosphatidylethanolamine
Plasmalogens
Sphingolipids
Sphingomyelin
Gangliosides
GM1
GM2
GM3
Glucosylceramide
Glycosphingolipids
Galactosylceramide
Lactosylceramide
Globotriaosylceramide (GB3)
Globoside (GB4)
Sterols
Squalene
Lanosterol
Dimethylsterol
Methosterol
Lathosterol
Desmosterol
Triacylglycerol
Cholesterol
7-dehydrocholesterol
Stigma-and campesterol
7-ketocholesterol
Sitosterol
β-lathosterol
Vitamin D metabolites
Steroid hormones
Vitamins
Vitamin A
Beta carotene
Vitamin B6
Vitamin B8 (Inositol)
Vitamin B12
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin E
a-Tocopherol
Vitamin K
Thiamine
Riboflavin
Niacin
Folic acid
Pantothenic acid
Biotin
Minerals
Calcium
Sodium
Potassium
Iron
Zinc
Chloride
Phosphorus
Magnesium
Copper
Manganese
Iodine
Selenium
Choline
Sulpher
Chromium
Cobalt
Fluorine
Nickel
Metal
Molybdenum (essential element in many enzymes)
Growth Factors (aid in the maturation of the intestinal lining)
Cytokines
interleukin-1β (IL-1β)
IL-2
IL-4
IL-6
IL-8
IL-10
Granulocyte-colony stimulating factor (G-CSF)
Macrophage-colony stimulating factor (M-CSF)
Platelet derived growth factors (PDGF)
Vascular endothelial growth factor (VEGF)
Hepatocyte growth factor -α (HGF-α)
HGF-β
Tumor necrosis factor-α
Interferon-γ
Epithelial growth factor (EGF)
Transforming growth factor-α (TGF-α)
TGF β1
TGF-β2
Insulin-like growth factor-I (IGF-I) (also known as somatomedin C)
Insulin-like growth factor- II
Nerve growth factor (NGF)
Erythropoietin
Peptides (combinations of amino acids)
HMGF I (Human growth factor)
HMGF II
HMGF III
Cholecystokinin (CCK)
β-endorphins
Parathyroid hormone (PTH)
Parathyroid hormone-related peptide (PTHrP)
β-defensin-1
Calcitonin
Gastrin
Motilin
Bombesin (gastric releasing peptide, also known as neuromedin
Neurotensin
Somatostatin
Hormones (chemical messengers that carry signals from one cell, or group of cells, to another via the blood)
Cortisol
Triiodothyronine (T3)
Thyroxine (T4)
Thyroid stimulating hormone (TSH) (also known as thyrotropin)
Thyroid releasing hormone (TRH)
Prolactin
Oxytocin
Insulin
Corticosterone
Thrombopoietin
Gonadotropin-releasing hormone (GnRH)
GRH
Leptin (aids in regulation of food intake)
Ghrelin (aids in regulation of food intake)
Adiponectin
Feedback inhibitor of lactation (FIL)
Eicosanoids
Prostaglandins (enzymatically derived from fatty acids)
PG-E1
PG-E2
PG-F2
Leukotrienes
Thromboxanes
Prostacyclins
Enzymes (catalysts that support chemical reactions in the body)
Amylase
Arysulfatase
Catalase
Histaminase
Lipase
Lysozyme
PAF-acetylhydrolase
Phosphatase
Xanthine oxidase
Antiproteases (thought to bind themselves to macromolecules such as enzymes and as a result prevent allergic and anaphylactic reactions)
a-1-antitrypsin
a-1-antichymotrypsin
Antimicrobial factors (are used by the immune system to identify and neutralize foreign objects, such as bacteria and viruses.
Leukocytes (white blood cells)
Phagocytes
Basophils
Neutrophils
Eoisinophils
Macrophages
Lymphocytes
B lymphocytes (also known as B cells)
T lymphocytes (also known as C cells)
sIgA (Secretory immunoglobulin A) (the most important antiinfective factor)
IgA2
IgG
IgD
IgM
IgE
Complement C1
Complement C2
Complement C3
Complement C4
Complement C5
Complement C6
Complement C7
Complement C8
Complement C9
Glycoproteins
Mucins (attaches to bacteria and viruses to prevent them from clinging to mucousal tissues)
Lactadherin
Alpha-lactoglobulin
Alpha-2 macroglobulin
Lewis antigens
Ribonuclease
Haemagglutinin inhibitors
Bifidus Factor (increases growth of Lactobacillus bifidus - which is a good bacteria)
Lactoferrin (binds to iron which prevents harmful bacteria from using the iron to grow)
Lactoperoxidase
B12 binding protein (deprives microorganisms of vitamin B12)
Fibronectin (makes phagocytes more aggressive, minimizes inflammation, and repairs damage caused by inflammation)
Oligosaccharides (more than 200 different kinds!)

Developed as a student project for the Breastfeeding Course for Health Care Providers, Douglas College, New Westminster, BC, Canada - © 2007 by Cecily Heslett, Sherri Hedberg and Haley Rumble.

There may be more now that this is a research dated 6 years back.
credit: Daphne OHUB



"And the mothers are to suckle their infants for two years, for those who wish to complete the suckling” – Surah Al Baqarah

“We have enjoined upon the human being to treat his parents kindly. His mother bore him with weakness upon weakness, and his weaning is in two years.” - Surah Luqman

Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com