Like Kami@FB

Tuesday 26 March 2013

Tips mengelakkan masalah susu kering seawal waktu pantang


Tips mengelakkan masalah susu kering seawal waktu pantang

1)Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal kelahiran. Memang cukup susu yang kita hasilkan walaupun tak memancut- mancut.

2)Fahami konsep susu ibu ni mudah hadam. Sebab tu lah bayi cepat meminta susu dan kerap sangat menyusu.

3)Fahami konsep supply and demand. Bila bayi nak menyusu, terus susu kan. Jangan tangguh- tangguh. Lepas bayi menyusu, pam payudara untuk pastikan payudara tu betul- betul kosong. Bila betul- betul kosong, otak akan terima signal untuk cepat- cepat hasilkan susu semula

4)Jika bayi yang baru lahir terus tidur (ni biasa fenomena untuk bayi yang ibu ambil epidural semasa bersalin, atau bayi yang terkena jaundice yang teruk), ibu perlu perah susu, menggunakan kaedah Marmet. kenapa kaedah Marmet (perahan tangan)?. Kenapa bukan menggunakan pam? Ini disebabkan oleh rangsangan terbaik untuk payudara adalah yang pertama, dari bayi sendiri. Kedua melalui kaedah marmet (perahan tangan), ketiga baru menggunakan pam yang dibeli. Perah, simpan dan susukan bila bayi bangun.

5)Jangan sesekali kenalkan susu formula. Ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap susu ibu.

6)Jangan kenalkan botol susu terlalu awal. Kalau tak boleh langsung nak susukan bayi secara direct, guna kaedah "spoon feeding", iaitu kaedah memberi susu kepada bayi menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan "nipple confusion".



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya, Hazlina  di 013-9744747 atau emel ke hazlina82@hotmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan







No comments:

Post a Comment