Bagaimana GLA Complex
membantu dalam PMS (senggugut)?
Ini kerana, apabila
seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim
dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh
seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi
sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.
Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
(Prostaglandin merupakan
bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan
seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle
contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga
adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan
darah)
Bagaimana
GLA Complex membantu untuk mudah hamil?
GLA membantu seorang
wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir
yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan
cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair
yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu
dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang
membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk
bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu
sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau
tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai
hari ke-5 (^__^)
Jadi, puan2 yang masih
belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair
tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang
persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2
untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Bagaimana pula kalau dah
subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA
complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah
sampai sebulan 2-3 kali bertelur
No comments:
Post a Comment