Like Kami@FB

Friday, 14 February 2014

Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!

Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!


Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.

Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.

Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi.

1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.
Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.
Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.

2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.
Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.

3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya.
Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga.

4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.
Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.

5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

Sumber : http://pama.karangkraf.com/ekstra/bakar-kalori-dengan-penyusuan-susu-ibu-1.10959


Monday, 10 February 2014

Double Master Celebration Master Azlin dan Master Puteri

Semalam 9/2/2014 bertempat di IOI Marriot Putrajaya saya suami dan anak-anak berkesempatan untuk pergi ke Double Master Celebration Master Azlin dan anaknya Master Puteri.Ya Allah teringinnya mendaki ke puncak Master kerana kali ini merupakan kali pertama kami ke Mascel,sebelum ini memang nak pergi tapi banyak betul halangan serta dugaan.Alhamdulillah semalam Allah swt izinkan kami untuk sampai ke IOI Marriot Putrajaya.Bukan senang untuk sampai ke tahap Master di mana ia adalah tahap tertinggi dalam Shaklee ..Insya Allah jika diizinkan Allah swt saya pun akan sampai ke tahap ini.Amin..:)

Hotel IOI Marriot Putrajaya

Sampai sahaja kat hotel 5 bintang ini dah terasa bahang auranya,hampir 90% lobby hotel dipenuhi oleh SID Shaklee sahaja.Khabar yang saya dapat pihak Shaklee akan memperuntukkan sebanyak RM 50,000 untuk setiap Master yang diraikan..bayangkan kalau saya berjaya jadi Master Hazlina Azmi sambutan Master Celebration akan lagi mahal dari nilai kenduri kahwin saya 2008 dulu..almaklumlah saya hanya orang kampung yang datang dari keluarga yang sederhana.Disebabkan itu juga ia menjadi PUSH FACTOR untuk saya berbisnes kerana banyak orang yang perlu saya bantu terutama mak ayah di kampung selain keluarga sendiri.Minggu depan ada lagi satu Mascel iaitu Master Farihah@Kak Eha,jika ada kelapangan teringin lagi sekali ke sana.Bukan senang nak ke hotel 5 bintang tanpa tujuan,ini dah lah PERCUMA,kami SID turut dijamukan dengan pelbagai hidangan makanan yang boleh tahan sedap selain hidangan minda serta jiwa.Memang sangat berbaloi-baloi walaupun puas makan buah langsat sebelum sampai ke IOI Marriot Putrajaya.


IOI Marriot Putrajaya yang tesergam indah


Tak sempat nak snap makanan lain...hanya sempat snap Dessert corner sahaja dari jauh

 Kedai Kopi Marriot yang comel...:)
Anak-anak diberikan wisel untuk memeriahkan lagi acara Mascel

 Cantikkan view dalam IOI MArriot Putrajaya
 Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam dewan untuk meraikan Mascel

 Inilah salah satu PUSH FACTOR saya dalam bisnes Shaklee
 Meaningful speech by our PMC
Master Azlin dan Master Puteri yang diraikan.

Wednesday, 5 February 2014

7 Magnet Murah Rezeki

Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi dari laman web http://www.irfankhairi.com/ tentang rezeki dan 7 tips utama untuk murah rezeki dalam kehidupan.Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan 1001 faedah untuk kita semua.Insya Allah.....

#1- Mohon Keampunan Dari Allah SWT dan Bertaubat Dari Dosa

Sepertimana yang kita ketahui, memohon keampunan dari Allah SWT adalah sangat penting untuk mencari redha-Nya dalam usaha menggali rezeki kita. Ia umpama menjadi benih bagi pohon rezeki yang kita telah tanam dan usahakan. Sekiranya kita sentiasa memohon keampunan Allah SWT, maka makin suburlah benih rezeki yang akan tumbuh. Pohonlah keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan kita. Tidak perlu bertangguh untuk bertaubat. Memang benar, pintu taubat sentiasa terbuka selagi Hari Kiamat belum menggegarkan dunia ini, namun begitu jangan sampai kita terlewat. Allah SWT pasti akan mengampunkan dosa Hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh. Mohonlah hanya kepada Allah secara “direct.”
#2 – Mohon Keampunan Sesama Manusia.
Satu lagi tugas utama kita, iaitu mohon keampunan sesama manusia. Allah SWT Maha Pengampun dan sedia memaafkan dosa-dosa hamba-Nya, namun dosa kita sesama manusia hanya manusia itu sendiri yang dapat mengampunkannya. Contoh dosa sesama manusia, mengumpat, mengutuk, hasad dengki, mencuri, merompak dan sebagainya. Rasulullah s.a.w menjelaskan mengumpat ini dalam sabda Baginda yang bermaksud :
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah s.a.w bersabda: “Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat, maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu.”
Maka, Hadith ini telah menjelaskan bahawa perbuatan mengumpat itu lebih berat dosanya daripada perbuatan zina. Dosa penzina hanya Allah SWT yang mengampunkannya, kerana dosa ini berkaitan manusia dengan Penciptanya, namun dosa mengumpat hanya dapat diampunkan oleh orang yang diumpat. – Huraian ini menunjukkan bahawa ia merupakan kunci kedua yang paling utama untuk menyuburkan lagi pohon rezeki yang telah kita tanam pada kunci #1.
#3 – Mohon Keampunan dan Doa Ibu Bapa
“Syurga Itu Dibawah Tapak Kaki Ibu!” Suatu masa seorang lelaki termenung memikirkan nasib hidupnya. Seringkali, ditimpa masalah. Selepas muhasabah diri, terdetik di hatinya, mungkin ada sedikit hati ibu dan bapanya pernah rasa terguris, dan mungkin beliau terlepas pandang atau tidak sengaja meninggikan suara. Hati orang tua memang agak sensitif, dan sangat memerlukan kesabaran dalam melayani karenah mereka. Kita seharusnya melayan sebaik-baiknya kerana bakti ibu yang melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya, amat tidak ternilai harganya. Mohonlah keampunan dari kedua-dua ibu bapa. Insya-Allah, rezeki akan dikurniakan bak bunga wangi yang mekar menguntum.
#4 – Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri. Gelombang warna pada waktu Dhuha adalah dalam mod warna kuning, iaitu berkait rapat dengan rezeki dan kebolehan komunikasi seseorang. Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
#5 – Menjaga Amal Makruf, Solat 5 Waktu dan Banyakkan Berzikir
Seperti yang umum sedia maklum, zikir mampu mendekatkan lagi kita kepada Allah SWT. Zikir bermaksud mengingati Allah SWT. Tidak kira melalui perbuatan seperti melakukan solat dan amal soleh atau melalui perkataan seperti melafazkan zikrullah. Allah SWT amat menyayangi Hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya. Allah SWT menjanjikan bantuan dan pertolongan buat para Hamba-Nya yang sentiasa menunaikan solat, bersabar dengan segala ujian-Nya dan yang sentiasa mengingati-Nya walaupun dalam keadaan susah mahu pun senang. Segala amalan juga haruslah kita jaga, yang baik kita perbanyakkan dan yang haram kita jauhkan.
#6 – Banyakkan Bersedekah
Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan). Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah. Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
#7 – Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa selepas solat 5 waktu
  • Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
  • Doa waktu solat dhuha
  • Doa diwaktu berjemaah
  • Doa seorang ibu
  • Doa ketika sedang sujud
Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah

Tuesday, 28 January 2014

Kisah Saya Dan Demam Denggi


Alhamdulillah…lama rasanya menyepi daripada blogging.Hampir 2 minggu saya menyepi dari dunia internet gara-gara demam denggi.Nak bercerita tentang denggi, mula-mula kena saya tak tahu pun saya terkena denggi.Puas berulang alik dari satu klinik ke klinik swasta tapi still macam itu jugak.Demam akan kebah bila makan panadol then akan mula demam balik bila period untuk panadol dah habis, jenuh jugakla telan antibiotic dan ubat tahan sakit tapi demam semakin berlarutan.Masa first time amik darah dekat Klinik Kesihatan result tak menunjuk apa-apa pun tentang denggi,darah pun clear sahaja.

Tapi next few days barulah bintik-bintik merah mula keluar ikut tangan dan kaki,hati dah mula cuak semacam pergi lagi sekali ke Klinik Kesihatan untuk ambik darah untuk kali kedua.Nah!!!!!The result  menunujukkan ada denggi…White Blood Count pun dah drop 3.9 sahaja..sepatutnya 4.0+++ utk WBC,platlet pun bawah 200..cuak jugaklah masa itu.Terus balik umah minum air berbotol-botol air masak,air 100++,sup ketam en hubby tolong masakkan coz saya memang by that time sudah tidak larat lagi even nak bangun,nak jalan pun rasa habis sakit segala urat sendi terutamanya bahagian kaki.Teruk jugakla….Performance Drink tak payah cakaplah bergelas-gelas+Chewable Vitamin C yang kakak Damia punya coz yang sustained release Vitamin C dah habis.Alhamdulillah kedua-dua items itu sangat membantu..cepat sahaja WBC dan platlet saya naik.Semuanya dengan izin Allah swt…apa yang dapat saya kongsikan sedikit mengenai Performance Drink ini adalah seperti di bawah:

Kelebihan Performance Drink    



                
ü  Mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LTYE dengan campuran unik karbohidrat  yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.
ü  Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
ü  Meningkatkan daya ketahanan badan.Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat,menggantikan air yang hilang semasa latihan fizikal,meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkn waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
ü  Mencegah Penyahhidratan-mengurangkan kehausan,mencegah penyahhidratan,melembabkan kulit dan kelihatan muda
ü  Memelihara tahap gula darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
ü  Menjadi pilihan ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan mengurangkan rasa dahaga.
ü  Kurang kandungan gula (less gular).
ü  Bebas gas atau tidak berkarbonat.
ü  Hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana saje.Enak dimimum begitu atau bersama minuman lain

Siapa yang perlukan PD ni..jom kita tengok:

ü  Para atlet
ü  Mereka yang berpuasa
ü  Mereke yang sering keletihan
ü  Sesuai juga untuk ibu mengandung/ibu menyusukan anak
ü  Mereka yang kurang minum air
ü  Mereka yang kerap sakit kepala
ü  Bila rasa nak demam atau demam
ü  Sesuai untuk kanak-kanak yang demam


Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!



Ø  Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
Ø  Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
Ø  Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
Ø  Meningkatkan sistem imun tubuh
Ø  Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
Ø  Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
Ø  Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
Ø  Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
Ø  1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
Ø  Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 

Keistimewaan Chewable Vita C

Ø  Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
Ø  Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
Ø  Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
Ø  Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga


Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:

Ø  Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
Ø  Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
Ø  Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

Keperluan Vitamin C dalam badan kita:

Ø  Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
Ø  Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
Ø  Menguatkan struktur gigi dan gusi
Ø  Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
Ø  Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
Ø  Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Ø  Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
Ø  Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
Ø  Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
Ø  Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
Ø  Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
Ø  Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
Ø  Membantu dalam proses pemulihan kudis
Ø  Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
Ø  Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.




Mencari supplemen yang terbaik untuk anda dan keluarga?
Teringin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
                            
Lyna Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167
Email:hazlina82@hotmail.com

Friday, 10 January 2014

Bahayakah Soya Pada Kesihatan Kita?

Protein berasal dari bahasa Yunani proteios yang berarti pertama atau utama. Protein merupakan makromolekul yang menyusun lebih dari separuh bagian dari sel. Protein menentukan ukuran dan struktur sel, komponen utama dari sistem komunikasi antar sel serta sebagai katalis berbagai reaksi biokimia di dalam sel. Karena itulah sebagian besar aktivitas penelitian biokimia tertuju pada protein khususnya hormon, antibodi dan enzim.
Semua jenis protein terdiri dari rangkaian dan kombinasi dari 20 asam amino. Setiap jenis protein mempunyai jumlah dan urutan asam amino yang khas. Di dalam sel, protein terdapat baik pada membran plasma maupun membran internal yang menyusun organel sel seperti mitokondria, retikulum endoplasma, nukleus dan badan golgi dengan fungsi yang berbedabeda tergantung pada tempatnya. Protein - protein yang terlibat dalam reaksi biokimiawi sebagian besar berupa enzim banyak terdapat di dalam sitoplasma dan sebagian terdapat pada kompartemen dari organel sel.

Protein merupakan kelompok biomakromolekul yang sangat heterogen. Ketika berada di luar makhluk hidup atau sel, protein sangat tidak stabil. Untuk mempertahankan fungsi dan nya, setiap jenis protein membutuhkan kondisi tertentu ketika diekstraksi dari normal biological milieu. Protein yang diekstraksi hendaknya dihindarkan dari proteolisis atau dipertahankan aktivitas enzimatiknya.


Sementara itu Dr. Danial Zainal Abidin dari buku beliau yang bertajuk Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden berkata , Protein adalah rangkaian asid amino yang mengandungi karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Ia menjadi komponen utama otot, organ dan kalenjer di dalam tubuh badan manusia. Badan kita memerlukan lebih kurang 20 asid amino bagi diproses menjadi protein. Sembilan daripada asid -asid amino ini perlu diperoleh daripada makanan kerana tubuh badan manusia tidak mampu menghasilkannya. Protein yang terdapat dalam setiap daging dan produk binatang mengandungi asid – asid amino yang perlukan ini secara lengkap. Sebaliknya protein sayur -sayuran, bijirin dan buah – buahan tidak mengadunginya secara lengkap. Oleh itu, mereka yang tidak memakan daging (vegetarian) perlu mengambil pelbagai jenis sayur – sayuran, bijirin dan buah – buahan supaya asid amino yang diperlukannya mencukupi. Bagi menjaga kesihatan, 20 peratus daripada tenaga kalori seseorang perlu datang daripada sumber protein. Sebaik – baik protein adalah yang rendah kadar lemaknya seperti yang terdapat dalam daging binatang ternakan yang dibuang kulitnya, ikan, kekacang dan bijirin. Seseorang yang mengambil daging binatang secara berlebihan akan menaikkan kadar lemak tepu dan kolestrol dalam darahnya dan keadaan ini membebankan buah pinggang dan akhirnya mengancam nyawanya.

KENAPA PERLU PILIH SHAKLEE SOY PROTEIN (ESP) 

ESP Shaklee ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempuyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.

Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi “non – GMO ” ( non-Genetically Modified Organism ) iaitu ia diproses pada kadar suhu yang rendah untuk memastikan kacang soya ini bebas dari kacang soya yang diubahsuai secara genetik. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP) yang memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik bermula ia ditanam (benih) sehingga dituai (pengeluran).

Air digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan diadzein. ( Kacang soya dan produknya seperti tofu dan tempe mempunyai paling kurang 5 bahan sebatian yang berfungsi mencegah kanser. Antara bahan yang tersebut adalah genistein dan diadzein yang mampu menghalang pertumbuhan sel kanser. Di samping itu ahli – ahli sains menemui satu lagi bahan di dalam kacang soya yang mempunyai formula kimia yang sama dengan ubat tamaxifen yang digunakan secara rutin pada hari ini bagi merawat sebahagian besar pesakit kanser payu dara. Kajian – kajian yang dilakukan ke atas binatang mendapati, kesemua bahan – bahan ini mampu menghalang pertumbuhan sel – sel barah kulit dan usus besar . ~ Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden )

Setiap 850g ( satu tin ESP ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
ESP turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.
Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Khasiat ESP adalah;



1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.