Like Kami@FB

Friday, 14 March 2014

Petua Mendapatkan Anak Perempuan

Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, selain itu kehadirannya juga menambah seri dalam kehidupan. Setiap pasangan mengimpikan anak yang sihat dan comel bagi menyambung warisan mereka.



Tetapi adakalanya,kita tidak mendapat jantina anak yang diingi, sebagai contoh sudah punya 4 anak tapi ksemuanya perempuan atau sebaliknya.Tidak salah untuk berusaha mendapatkan jantina anak yang diingini selagi tidak bertentangan dengan hukum.

Untuk pengetahuan XX merujuk kepada kromosom perempuan dan XY merujuk kepada kromosom lelaki.

Bagi mendapatkan cahaya mata perempuan terdapat bermacam faktor yang mempengaruhinya. Terutamanya faktor pemakanan. Ibu seharusnya banyak mengambil makanan:

Faktor Pemakanan
Makanan yang kaya dengan lemak dan makanan dari produk tenusu seperti yogurt,cheese dan susu.
Makanan yang masam dan berasid seperti mangga, nenas, limau, cuka dan minuman bergas adalah digalakkan.
Amalkan sayuran hijau seperi bayam, brokoli,biji bunga matahari dan biji bijan.
Makanan laut adalah tidak digalakkan.
Petua Tradisional
 Berdoa dan berniat kepada Allah SWT.
Selepas bersama suami, terus palingkan badan ke arah kiri seberapa lama yang boleh. In sya allah!
Isteri tidak perlu perolehi kepuasan yang tinggi sewaktu bersama kerana badan mengeluarkan keadaan berasid yang merangsang pergerakkan sperma X.

Apa-apa pun bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi daripada yang Maha Esa.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:



“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa  yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul  siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Thursday, 6 March 2014

Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu



Langkah 1

Tuam
Sebelum urutan, tuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Tuam beberapa minit.

Langkah 2
Tekan
Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas perlahan-lahan.

Langkah 3
Gerakkan
Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari lain pula tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Jangan ubah kedudukan ibu jari. Ulang lima hingga enam kali.

Langkah 4
Teruskan gerakan
Terus membuat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukkan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.

Langkah 5
Putar
Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.


Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil

Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.

Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.

Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

Jangan Minum Berlebihan
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.

Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).

Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.

Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
Anda mengalami 'morning sickness' dan tidak mahu berdaya untuk bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan sarapan sangat penting terutamanya buat ibu hamil.

Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda serta pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.

Perlu anda perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti gizi dari makanan yang anda ambil jauh lebih penting berbanding aspek kuantitinya. Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.

Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, pengambilan susu tetap boleh anda penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang mengandungi susu seperti puding, ais krim dan yogurt.


Di Shaklee ada menawarkan ESP iaitu energy soy protein yang berkualiti tinggi ESP Shaklee adalah minuman kacang soya rendah lemak yang berkhasiat. Ia tidak bersifat GMO (bahasa melayunya--bukan organisma yang diubah secara genetik) dan merupakan sumber protein biologi yang lengkap untuk keperluan seisi keluarga. Ia mengandungi 9 Asid Amino yang penting.

* Membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan
* ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein kacang soya
dalam setiap hidangan untuk menyihatkan jantung anda
* Setiap hidangan membekalkan 50% dari Nilai Harian (Daily
Value) kalsium untuk menyokong tulang yang
kuat ==> also explains kenapa ibu BF yang ambil ESP susu
mencurah- curah disebabkan kandungan kalsium yang
tinggi
* Mengandungi fitoestrogen yang bagus untuk kesihatan
prostat, payudara dan menopaus
* Indeks glisemik yang rendah bagus untuk membantu
mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum ==>
sangat recommended untuk penghidap diabetes
* Tidak mengandungi kolesterol dan laktosa


Wednesday, 5 March 2014

Master Celebration Master Farihah@Kak Eha


Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua pembaca blog dan followers kesayangan.Pertama maaf dipinta kerana dah lama tak mencoretkan sesuatu ke dalam blog kesayangan saya ini.Oklah jom saya mulakan entry hari ini pasal Master Celebration Kak Eha dan sekali lagi kami ke IOI Marriot Putrajaya.Kak Eha memang saya sangat kagum,orangnya sangat humble dan simple walaupun dah mencapai tahap tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator,kalau ikutkan pendapatan jauh panggang dari api lah dengan saya dengan pendapatan bulanan kak eha itu..walaubagaimana pun saya akan pastikan saya pun akan menuju ke puncak tertinggi dalam Shaklee.Yess Master Lyna Azmy in the making!!!!Go,go,go you can do it lyna!!!

Kali ini saya bawak anak nombor dua Shaklee pulak iaitu Sue,seorang pelajar Master in Science di UPM,bekas junior masa di universiti dulu.Seorang yang sangat rajin dan kuat semangat serta tak mudah putus asa.Dalam sibuk siapkan Master tapi masih mampu menjana pendapatan sampingan dengan Shaklee.She will be one of my great leader,Insya Allah.Siapa cakap berniaga ni sangat senang..Kata pun 9/10 rezeki adalah berpunca dari perniagaan makanya rintangan dan halangan juga haruslah banyak.Tak semudah kita makan gaji,cukup bulan dapat income…buat kerja ke tak buat kerja income tetap dapatkan..walaupun susahnya nak ada increment(company saya lah itu..huhuhu).Saya nak 'paste' sikit kata-kata rakan SID tentang susah senangnya bisnes Shaklee ini

SUSAHNYA NAK BUAT SHAKLEE?!?!?!?!?!?!?!?

‘Pening la.’

‘Susah la.’

Bukan senang nak senang.

Kalau anda malas dan suka mengelat bila nak buat kerja bisnes ni… teruskan makan gaji, ikut arahan bos dan anda telah hilang hak untuk merungut tentang keadaan ekonomi dan harga barang naik!

Lagipun, kalau senang, semua orang boleh buat bisnes. Tiada kelebihan kepada kita.

Warren Buffet cakap, kita patut ada economic MOAT. Apa itu MOAT? Dalam filem kita tengok istana lama ada parit air ada buaya kelilingnya. Nak masuk kena lalu jambatan.

Parit air berbuaya itulah moat. Ia adalah barrier to entry. Yang membuatkan orang lain sukar nak masuk.

Itulah MOAT kita. Itulah kelebihan dan manfaat yang kita dapat kalau kita rajin dan sanggup buat perkara susah yang orang lain tak mahu buat. Di waktu orang lain merungut tak mahu buat kerja susah menyeberang parit air berbuaya, kita yang sudah mengharung halangan itu senang lenang dalam istana.

Dan sebenarnya, kalau kita ada kompas dan peta yang betul, tak susah pun. Yang saya membebel panjang ni, kalau anda hadam betul, boleh kata you’re already better than 80% of the population bak kata orang kampung saya.

Kesimpulan:
Ia tak susah.
Ia pun tidaklah senang sangat.
Kalau ada panduan yang betul, tak perlu teraba-raba, Mudah saja.

Apa yang penting?
Strategi!

Jom Kita layankan gambar-gambar pada hari Master Celebration kami..;)







Ragam anak-anak kami semasa Master Celebration tempoh hari
Shaklee is family business,kalau pergi mana-mana event pasti riuh rendah dengan suara anak-anak kecil.Malah kat Marriot hari itu pun disediakan pensil dan kertas untuk anak-anak kecil.Memang management Shaklee amat alert pasal ini...Dorang siap meniarap atas lantai dewan lagi tu..yang penting semua gembira.Buatlah bisnes yang menggembirakan anda tanpa ada rasa tekanan dan bebanan.Enjoy!!! 

Friday, 14 February 2014

Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!

Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!


Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.

Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.

Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi.

1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.
Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.
Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.

2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.
Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.

3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya.
Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga.

4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.
Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.

5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

Sumber : http://pama.karangkraf.com/ekstra/bakar-kalori-dengan-penyusuan-susu-ibu-1.10959


Monday, 10 February 2014

Double Master Celebration Master Azlin dan Master Puteri

Semalam 9/2/2014 bertempat di IOI Marriot Putrajaya saya suami dan anak-anak berkesempatan untuk pergi ke Double Master Celebration Master Azlin dan anaknya Master Puteri.Ya Allah teringinnya mendaki ke puncak Master kerana kali ini merupakan kali pertama kami ke Mascel,sebelum ini memang nak pergi tapi banyak betul halangan serta dugaan.Alhamdulillah semalam Allah swt izinkan kami untuk sampai ke IOI Marriot Putrajaya.Bukan senang untuk sampai ke tahap Master di mana ia adalah tahap tertinggi dalam Shaklee ..Insya Allah jika diizinkan Allah swt saya pun akan sampai ke tahap ini.Amin..:)

Hotel IOI Marriot Putrajaya

Sampai sahaja kat hotel 5 bintang ini dah terasa bahang auranya,hampir 90% lobby hotel dipenuhi oleh SID Shaklee sahaja.Khabar yang saya dapat pihak Shaklee akan memperuntukkan sebanyak RM 50,000 untuk setiap Master yang diraikan..bayangkan kalau saya berjaya jadi Master Hazlina Azmi sambutan Master Celebration akan lagi mahal dari nilai kenduri kahwin saya 2008 dulu..almaklumlah saya hanya orang kampung yang datang dari keluarga yang sederhana.Disebabkan itu juga ia menjadi PUSH FACTOR untuk saya berbisnes kerana banyak orang yang perlu saya bantu terutama mak ayah di kampung selain keluarga sendiri.Minggu depan ada lagi satu Mascel iaitu Master Farihah@Kak Eha,jika ada kelapangan teringin lagi sekali ke sana.Bukan senang nak ke hotel 5 bintang tanpa tujuan,ini dah lah PERCUMA,kami SID turut dijamukan dengan pelbagai hidangan makanan yang boleh tahan sedap selain hidangan minda serta jiwa.Memang sangat berbaloi-baloi walaupun puas makan buah langsat sebelum sampai ke IOI Marriot Putrajaya.


IOI Marriot Putrajaya yang tesergam indah


Tak sempat nak snap makanan lain...hanya sempat snap Dessert corner sahaja dari jauh

 Kedai Kopi Marriot yang comel...:)
Anak-anak diberikan wisel untuk memeriahkan lagi acara Mascel

 Cantikkan view dalam IOI MArriot Putrajaya
 Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam dewan untuk meraikan Mascel

 Inilah salah satu PUSH FACTOR saya dalam bisnes Shaklee
 Meaningful speech by our PMC
Master Azlin dan Master Puteri yang diraikan.

Wednesday, 5 February 2014

7 Magnet Murah Rezeki

Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi dari laman web http://www.irfankhairi.com/ tentang rezeki dan 7 tips utama untuk murah rezeki dalam kehidupan.Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan 1001 faedah untuk kita semua.Insya Allah.....

#1- Mohon Keampunan Dari Allah SWT dan Bertaubat Dari Dosa

Sepertimana yang kita ketahui, memohon keampunan dari Allah SWT adalah sangat penting untuk mencari redha-Nya dalam usaha menggali rezeki kita. Ia umpama menjadi benih bagi pohon rezeki yang kita telah tanam dan usahakan. Sekiranya kita sentiasa memohon keampunan Allah SWT, maka makin suburlah benih rezeki yang akan tumbuh. Pohonlah keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan kita. Tidak perlu bertangguh untuk bertaubat. Memang benar, pintu taubat sentiasa terbuka selagi Hari Kiamat belum menggegarkan dunia ini, namun begitu jangan sampai kita terlewat. Allah SWT pasti akan mengampunkan dosa Hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh. Mohonlah hanya kepada Allah secara “direct.”
#2 – Mohon Keampunan Sesama Manusia.
Satu lagi tugas utama kita, iaitu mohon keampunan sesama manusia. Allah SWT Maha Pengampun dan sedia memaafkan dosa-dosa hamba-Nya, namun dosa kita sesama manusia hanya manusia itu sendiri yang dapat mengampunkannya. Contoh dosa sesama manusia, mengumpat, mengutuk, hasad dengki, mencuri, merompak dan sebagainya. Rasulullah s.a.w menjelaskan mengumpat ini dalam sabda Baginda yang bermaksud :
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (Hadith Riwayat Muslim)
Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah s.a.w bersabda: “Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat, maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu.”
Maka, Hadith ini telah menjelaskan bahawa perbuatan mengumpat itu lebih berat dosanya daripada perbuatan zina. Dosa penzina hanya Allah SWT yang mengampunkannya, kerana dosa ini berkaitan manusia dengan Penciptanya, namun dosa mengumpat hanya dapat diampunkan oleh orang yang diumpat. – Huraian ini menunjukkan bahawa ia merupakan kunci kedua yang paling utama untuk menyuburkan lagi pohon rezeki yang telah kita tanam pada kunci #1.
#3 – Mohon Keampunan dan Doa Ibu Bapa
“Syurga Itu Dibawah Tapak Kaki Ibu!” Suatu masa seorang lelaki termenung memikirkan nasib hidupnya. Seringkali, ditimpa masalah. Selepas muhasabah diri, terdetik di hatinya, mungkin ada sedikit hati ibu dan bapanya pernah rasa terguris, dan mungkin beliau terlepas pandang atau tidak sengaja meninggikan suara. Hati orang tua memang agak sensitif, dan sangat memerlukan kesabaran dalam melayani karenah mereka. Kita seharusnya melayan sebaik-baiknya kerana bakti ibu yang melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya, amat tidak ternilai harganya. Mohonlah keampunan dari kedua-dua ibu bapa. Insya-Allah, rezeki akan dikurniakan bak bunga wangi yang mekar menguntum.
#4 – Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri. Gelombang warna pada waktu Dhuha adalah dalam mod warna kuning, iaitu berkait rapat dengan rezeki dan kebolehan komunikasi seseorang. Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
#5 – Menjaga Amal Makruf, Solat 5 Waktu dan Banyakkan Berzikir
Seperti yang umum sedia maklum, zikir mampu mendekatkan lagi kita kepada Allah SWT. Zikir bermaksud mengingati Allah SWT. Tidak kira melalui perbuatan seperti melakukan solat dan amal soleh atau melalui perkataan seperti melafazkan zikrullah. Allah SWT amat menyayangi Hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya. Allah SWT menjanjikan bantuan dan pertolongan buat para Hamba-Nya yang sentiasa menunaikan solat, bersabar dengan segala ujian-Nya dan yang sentiasa mengingati-Nya walaupun dalam keadaan susah mahu pun senang. Segala amalan juga haruslah kita jaga, yang baik kita perbanyakkan dan yang haram kita jauhkan.
#6 – Banyakkan Bersedekah
Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan). Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah. Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
#7 – Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa selepas solat 5 waktu
  • Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
  • Doa waktu solat dhuha
  • Doa diwaktu berjemaah
  • Doa seorang ibu
  • Doa ketika sedang sujud
Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah