Like Kami@FB

Monday, 2 December 2013

Tak Tahu Nak Pilih Lecithin Atau Omega Guard????

Ada kastemer saya tanya mana satu patut saya pilih untuk kuruskan badan.Lecithin atau Omega Guard?Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri tapi macam saya Omega dan Lecithin dua-dua saya telan..lecithin saya ambil selepas makan tengahari dan makan malam,manakala Omega Guard saya ambil 2 biji sebelum tidur untuk kuruskan badan dan kesihatan badan yang menyeluruh.Anak pun saya bagi makan Omega Guard jugak terutama si kakak yang sememangnya ada masalah asma..Alhamdulillah sejak pengambilan Omega Guard+Mealshakes secara konsisten dah tak perlu nebulizer lagi,syukur pada-Nya bukan setakat anak makin sihat malah saya juga dapat menjana pendapatan sampingan dengan Shaklee.


Gambar kakak masa Nebulizer,March 2013 dan ini adalah kali terakhir hingga sekarang Disember 2013

Kita tengok antara kelebihan yang ada dalam Lecithin dan Omega Guard:


Kegunaan Lecithin :



PALING UTAMA

Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN

Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.



   Omega Guard



Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA

Mencegah kanser
Mencegah pembekuan darah
Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
Baik untuk pesakit jantung
Menghindar tekanan perasaan
Mencegah penyakit darah tinggi               

Tugas DHA

Mencegah asma
Meningkatkan daya seksual
Mencegah sakit kulit
Mengelakkan kanser payu dara
Mengelak kanser prostat
Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Sunday, 1 December 2013

Risiko Kucing Pada Ibu Hamil


Membela kucing
 boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.



Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru-paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
  • Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
  • Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
  • Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
  • Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.

Sumber | Gambar
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan diatas dan dikumpulkan untuk panduan semua.


Thursday, 28 November 2013

16 Fakta Menarik Tentang Bayi

Siapa tak suka bayi kan? Tapi tak semua tahu fakta-fakta menarik ni, jom sebarkan!


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.


Monday, 25 November 2013

Vivix Oh Vivix!!!

Bulan ini promosi vivix datang lagi memandangkan mendapat sambutan hebat dari para pengguna produk Shaklee,beli 6 percuma 1 botol Vivix!!!

Dengan setiap pembelian Set Promo BELI 6 PERCUMA 1, anda layak mendapat
PENJIMATAN SEHINGGA HAMPIR RM1,600+ !!!
(Terms and Conditions Apply)

1) SPECIAL MEMBERS' PRICE
2) FREE SHAKLEE MEMBERSHIP (Worth RM65)
3) FREE POSTAGE (Worth RM10)
4) CASH REBATE (Up to RM200+)
5) FREE 2 COQHEALTH PLUS (Worth RM248 - Dengan pembelian secara Online System)

10 KEBAIKAN VIVIX!


1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
 2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
 3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung 
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
 5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
 6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk 
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan Menyokong kesihatan mata
 9) Meningkatkan kesihatan imum badan
 10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya : 
• Diabetes
 • Kolestrol tinggi 
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
 • Tekanan Darah Tinggi 
• Alzheimer atau nyanyuk
 • Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
 • Gout 
• Letih
 • Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
 • Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
 • Kanser dan tumor
 • Katarak dan masalah mata 
• Masalah saraf 
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

10 KEBAIKAN VIVIX! 

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
 2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
 3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung 
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis 
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf 
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk 
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan 
8) Menyokong kesihatan mata 
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
 • Diabetes
 • Kolestrol tinggi 
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung) 
• Tekanan Darah Tinggi 
• Alzheimer atau nyanyuk 
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang 
• Gout
 • Letih 
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan) 
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut) 
• Kanser dan tumor
 • Katarak dan masalah mata 
• Masalah saraf 
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

JOM KITA LAYANKAN TESTIMONI VIVIX KAT BAWAH:


Testimoni 1:


Testimoni 2:

Testimoni 3:

Testimoni 4:

Testimoni 5:

Testimoni 6:

Testimoni 7:

Testimoni 8:
 Testimoni 9:

Testimoni 10:

Testimoni 11:

Testimoni 12:
Testimoni 13:
Testimoni 14:

Sunday, 24 November 2013

Ihtifal and Performance Night Little Caliph Student's

Dah lama cerita pasal Ihtifal and Performance Night   dekat sekolah kakak nak dicoretkan di blog cuma tak ada masa yang sesuai sahaja,dengan kekangan masa di tempat kerja,bisnes online lagi.And finally dapat jugak menyelit masa sikit untuk dijadikan kenangan abadi.Bertempat di Auditorium Sekolah Cina,USJ dari pukul 8 malam hingga pukul 11 malam.Masa nak dekat persembahan pergila usha-usha japa kakak kat dalam bilik persalinan,then tiba-tiba rasa dahi kakak panas..dia demam rupa-rupanya.Petang sebelum bertolak ke majlis tu pun kakak dah batuk-batuk dan semput sikit.Sempat jugakla bagi sikit ubat batuk dan pelega.Tak lupa jugak bagi Mealshakes yang dicampurkan dalam susu kakak...untuk tingkatkan lagi antibodi kakak dan cepatkan proses penyembuhan batuk kakak...dalam Mealshakes ni ada 19 vitamin utama dan mineral tambahan untuk kanak-kanak yang tengah membesar agar kuat dan sihat.Insya Allah semuanya dengan izin-Nya..gabungan multivitamin, multimineral dan protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar.Okla berbalik pasal konsert kakak,hampir-hampir dia nak tarik diri dah dari konsert..dia rasa tak selesa badan tapi bila tengok kawan-kawan yang lain buat persembahan atas pentas terus dia bersemangat balik nak join konsert semula.Syukur Alhamdulillah...kesian jugak kalau dia tak buatpersembahandah siap rehearsal bagai dah...Jom kita layankan sedikit gambar-gambar semasa  Ihtifal and Performance Night
Kakak dan kawan-kawan semasa membuat persembahan..semuanya comel-comel



 kakak selepas di make up oleh teacher..:)
anak sulong saya..dah besar rupanya Nur Damia Lutfiah ni...

 
next persembahan oleh kanak-kanak 6 tahun...

Thursday, 21 November 2013

Coklat Kek Untuk Kakak...

Hari ini kakak akan celebrate bezday awal sebulan dekat sekolah...semalam lepas ambil kakak dekat LC cikgu dia bagitau yang hari ini dorang akan buat simple bezday celebration untuk kanak-kanak yang lahir bulan 11 dan bulan 12.Kek cikgu dah sediakan untyk mereka di sekolah cuma saya masakkan sebiji kek coklat yang simple untuk tambahan kepada kakak dan kawan-kawan.Saya kongsikan resipi kek coklat yang saya buatkan untuk kakak kat sini yea..:)


                           
KEK COKLAT SIMPLE

Bahan-Bahan A:

1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cwan serbuk coklat

**Bahan-Bahan A dimasakan dia atas api yang sederhana sehingga berkilat**

Bahan-Bahan B

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder

**Bahan-Bahan B ayakkan dan dicampur ke dalam Bahan-Bahan A**
**Kukus selama 30-45 minit**


Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?



1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecilberkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.