Like Kami@FB

Monday 20 May 2013

Mitos Mengenai Susu Ibu




1) Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.

2) 
Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.

3) 
Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.

4) 
Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

5) 
Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

6) 
Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.

7) 
Bagi bayi air masak - Tidak benar! Susu ibu akan berubah suhu mengikut cuaca supaya ia mampu menghilangkan dahaga pada bayi. Ibu boleh lihat pampers bayi dan check kuantiti air kencing untuk mengetahui bayi dapat susu mencukupi atau tidak.

8) 
Urut puting sebelum menyusukan bayi - Payudara seorang wanit telah dicipta secara semulajadi untuk susu kan bayi. Mengurut puting hanya menambahkan sakit pada puting.

9) 
Mesti susukan bayi dengan kedua-dua payudara - Cara ini memang akan seimbangkan payudara. Tapi, seeloknya beri bayi minum susu pada satu payudara sehingga bayi sendiri melepaskannya. Ini ada kaitan dengan hindmilk dan foremilk. (boleh rujuk entry erna yang dulu)

10)
 Banyak susu bergantung pada size payudara - Sangat tidak tepat! penghasilan susu dapat bertambah dengan usaha serta tindakan yang betul. Bukan mengikut size payudara.

11) 
Bayi minum botol akan kembung perut - Bayi minum susu ibu pun terdedah dengan masalah kembung perut. Bergantung pada pemakanan si ibu. Tidak semestinya minum guna botol sahaja yang akan kembung perut.

12) 
Mula kerja stop susu badan - Silap! Dari dalam pantang dah boleh mula buat stock dan ibu boleh mengepam di office walaupun anak ditinggalkan ketika keluar bekerja.

No comments:

Post a Comment