Like Kami@FB

Thursday 23 May 2013

Kenapa Anak-Anak Tidak Suka Makan Sayur?


  •     Kanak-kanak suka makanan manis. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak cenderung makan buah-buahan kerana rasanya yang manis berbanding sayuran yang pahit.
  • ·     Ahli keluarga yang dewasa tidak mengamalkan dan menunjukkan pengambilan sayuran dalam diet harian menyebabkan kanak-kanak juga tidak berminat untuk makan sayuran.
  • ·     Ibu bapa menggunakan pendekatan yang salah, cenderung memaksa daripada memujuk anak-anak untuk makan sayuran.
  • ·     Penyediaan makanan bersayur tidak kreatif, menarik dan tidak dipelbagaikan rasa menyebabkan kanak-kanak tidak berminat.

  •        Menurut kajian sains:
  • ·     Faktor genetik mempengaruhi selera kanak-kanak. Gen TAS2R38 bertanggungjawab atas keengganan anak untuk selera pahit.
  • ·     Kanak-kanak dilahirkan dengan 10000 deria rasa dan deria rasa ini berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Orang dewasa rata-rata memiliki 3000 deria rasa. Oleh sebab itu, kanak-kanak lebih sensitif pada rasa pahit sayuran berbanding orang dewasa.


No comments:

Post a Comment