Like Kami@FB

Monday 20 May 2013

Cabaran Dalam Penyusuan



1- Ibu risau anak kerap nangis walaupun telah susu kan anak mengikut demand (permintaan) baby.

Ibu bertenang, jangan terus fikir yang ibu tiada susu. Ibu boleh periksa lampin anak, check suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, check kawasan tempat tidur baby ada serangga atau tidak, check perut baby kembung atau baby selesa atau tidak.

Jika semuanya ok..bukanlah 100% sebab bayi lapar dan tak cukup susu. Baby biasanya suka duduk dalam dakapan ibu. Suka ibu ada depan mata dan membelai dia. Yela..kan anak kita duduk dalam perut kita selama 9bulan. Bila lahir, baby nak juga rasa rapat dengan ibu.

2- Bayi nak menyusu sepanjang malam..sepanjang hari.

Iman, masa dalam pantang..waktu malam nak melekap je kat nenen ummi. Bila erna baringkan iman atas tilam, iman akan nangis. Erna tak fikir langsung iman tak cukup susu. Sebabnya, erna pernah pergi ke kelas penyusuan dan Dr. bagi info yang baby kita selesa menyotnyot puting mak.

Baby juga suka bau badan ibu dan baby rasa selesa bila berada dalam dakapan ibu.

3- Baby tak nak menyusu walaupun telah tiba waktu menyusu.

Perlu lihat posisi pelekapan baby adakah betul atau tidak. Jika lekapan tidak betul, baby pun rasa tak selesa nak menyusu. Ibu pula boleh sakit dan luka puting sebab lekapan mulut baby yang tidak betul. Posisi yang betul adalah badan baby atau perut baby bersentuh dengan perut kita. Kalau badan baby menghadap ke arah siling rumah, itu tandanya slaah lekapan baby kita.

Jangan susu kan baby ketika baby dah mula menangis dan mengamuk. Seeloknya..pujuk baby terlebih dahulu. Dukung dan tepuk-tepuk baby sehingga baby tenang dan kita boleh menyusukan baby apabila baby mulai tenang. Jangan susu kan baby bila baby dah mula menangis. Kita boleh lihat tanda-tanda awal baby kita nak susu. Seperti jelir lidah, isap tangan dan ada beberapa tanda lain lagi.

Check mulut baby. Mungkin juga baby ada ulser dan ibu perlu bersihkan lidah baby dengan kain yang bersih. Lap lidah baby dengan lembut agar tiada putih-putih dalam mulut baby terutama atas lidah. Kerana ini boleh menyebabkan baby tidak selesa untuk menyusu.

4- Cabaran dari orang sekeliling yang kurang ilmu penyusuan

Sebenarnya seawal kehamilan lagi kita perlu menimba ilmu penyusuan dan sedikit demi sedikit kita terangkan pada mereka-mereka yang ada di sekeliling kita. Paling penting, mendapat sokongan daripada suami.

Sediakan bahan bacaan ilmiah berkaitan susu ibu dan sepanjang tempoh berpantang, kita boleh share ilmu penyusuan yang kita.


No comments:

Post a Comment