Like Kami@FB

Friday, 10 October 2014

PETUA PERKAHWINAN


p/s:gambar sekadar hiasan..;)


Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai.

Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.

* Sentuhlah tangannya selalu.

* Ajaklah dia mandi bersama.

* Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.

* Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.

* Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.

* Tulislah nota cinta buat si dia.

* Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.

* Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

* Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

* Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

* Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

* Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

* Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

* Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

* Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

* Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

* Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

* Peluklah si dia sekerap mungkin.

* Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.

Wednesday, 8 October 2014

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:



1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: http://www.hanan.com.my/


Wednesday, 17 September 2014

Family Day Shaklee>>Eagle Ranch Resort,PD


Okla nak bercerita tentang ke-eksaitedan saya berfamily day dengan warga s2u,percutian percuma selama 2D1N yang hampir 100% ditaja dari penginapan dan makan minum.Yang kami kena bayar hanyalah yuran komitmen sebanyak RM 50 sahaja dan minyak keretala nak gerak ke PD.Tak kan nak bergerak guna air kot,mestilah isi minyakkan..hihihi!!Jangan marah tau bergurau senda di pagi hari ni.Perjalanan ke PD tak lah lama memandangkan kami menggunakan jalan alternative..iaitu jalan lama melalui Sepang-Lukut,hanya 2 jam lebih sahaja.Kami sampai ke sana dalam pukul 2 petang,sepatutnya dalam jadual waktu untuk Check –In adalah pukul 3 tapi kami dibenarkan Check In awal..Alhamdulillah lega dapatkan rehatkan badan sebelum memulakan aktiviti sukaneka pada pukul 5 petang.


Sukaneka pada petang sangat meriah dengan gelak tawa anak-anak kecil dan jugak para ibu bapa yang join sekali bermain sukaneka…kami sekeluarga pulak tukang gelak dan ambik gambar kat tepi padang.Seronok betul bila berukhwah begini!!!serius kami sangat teruja dan happy..sukaneka habis hampir pukul 7 jugaklah,kemudian apalagi sebelum balik bilik bawak 2 budak kecik tu pergi berendamlah dekat swimming pool..biasalah aktiviti bisnes Shaklee memang tak akan dapat dipisahkan dengan anak-anak kecil.Merekalah kekuatan utama dalam berbisnes sebenarnya.


Pada sebelah malam kami dijamukan dengan pelbagai makanan semasa dinner,daripada makanan western hinggalah lauk pauk kampong.Sedikit berita sedih yang kami terima PMD dan PMIA tidak dapat join aktiviti family day kali ini kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh PMIA,patut pun kami tercari-cari mereka sejak siang tadi lagi tapi still tak Nampak hingga ke malam.Rupa-rupanya PMIA tengah tak berapa sihat dan memerlukan mereka rehat di rumah. Sedikit kecewa jugak sebenarnya tapi untuk kesihatan PMIA kami redha..;)




Keesokan pagi selepas breakfast,bermula acara penting iaitu “Tusukan Kalbu”,sharing daripada Master-Master dalam empayar s2u.Memang rasa sangat tertusuk dengan  perkongsian daripada mereka,segala ilmu yang dicurahkan akan saya kongsikan dengan anak-anak di secret group kami.Program kami habis sekitar pukul 5 petang,rasa macam tak puas untuk kami bergathering lagi.Insya Allah ada rezeki kami akan berjumpa lagi..:)

Thursday, 4 September 2014

LEPAS NI TAK NAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Rahsia Solat 5 waktu Sehari
Semalam


 Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh...

Wednesday, 3 September 2014

Promosi Meletop Bulan Ini,Mealshakes Beli 3 Percuma 1!!!

Bulan ini promosi daripada Shaklee memang sangat mengujakan saya..Mealshakes beli 3 percuma satu dan Collagen Powder beli 6 percuma 1!Bagi saya memanglah sangat mengujakan kerana saya memang pengguna tegar mealshakes untuk anak-anak.Kenapa?Sebab mealshakes ini tersangat-sangatlah BEST.Antara kelebihan mealshakes yang saya sendiri dah rasai ialah:



1)      MENINGKAT SELERA MAKAN ANAK..ANAK SAYA DARWISY DULU-DULU MEMANG PICKY EATER DAN SUSAH BUKAK MULUT UNTUK MAKAN.Dengan hanya tambahkan 1 sudu mealshake ke dalam minuman kegemarannya insyaAllah dapat membantu kerana rahsianya ada terdapat zink dalam mealshake yang boleh memberi tambahan selera pada anak-anak ini.



2)     MENGHILANGKAN SEMBELIT…DARWISY MEMANG AGAK SUSAH NAK MEMBUANG,TIME MEBUANG SANGAT KESIAN TENGOK MUKA SAMPAI BERKERUT-KERUT MENAHAN KESAKITAN AKIBAT SEMBELIT.Tapi sekarang saya dah tak perlu risau kerana fiber dalam mealshakes betul-betul telah membantu anak-anak saya dari sembelit.



3)     KELETIHAN DAN KELESUAN…untuk kita sebagai orang dewasa juga boleh mengambil mealshakes untuk dapatkan lebih tenaga jika kita jenis tidak sukakan mengambil makanan tambahan@vitamin dalam bentuk pil.
Ok apa lagi jangan tunggu lama-lama cepatlah GRAB peluang keemasan ini yang mungkin tak akan ada dah lepas ini.Bukan ahli Shaklee?Tapi masih berminat untuk membuat pembelian..ayuh PM saya@whatsapp di no 0194747167


Friday, 22 August 2014

Raya Kami:Part 1(Subang Bestari)

Antara gambar-gambar raya yang saya nak kongsikan bersama para pembaca blog tersayang..gambar raya yang bahagian satu ini kami ambil di rumah kami di Subang Bestari..;)Mak budak,bapak budak pun dah jadi macam budak-budak dah..hihihi!!apa-apa pun sangat gembira bila melihat air muka anak-anak yang ketawa ceria sepanjang penggambaran raya family kecil kami ini.So let's the pictures do talking ok!!

 Suka sangat bergambar dengan anak-anak secara santai gini!!


 suwitttttnya anak-anak mama nih..:),melting kejap bila tengok gambar anak-anak sendiri..


 Our small little family..semoga ianya kekal ke Jannah..walaupun sudah banyak dugaan yang melanda kami,Alhamdulillah kami masih mampu bertahan dan kekal bahagia hingga hari ini.Bukan senang nak puaskan hati semua orangkan,buat baik salah,buat jahat pun salah.So better DIAM…silence is golden bak kata omputih!!!!



Nak romantic sikit pun tak boleh..asyik kena kacau jer dengan anak-anak..:)

Thursday, 21 August 2014

10 Tips Mendidik dan Membesarkan Kanak-kanak yang Gembira (Berserta Bukti Saintifik)


Gambar Sekadar Hiasan..Our Small Family..;)

1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama
Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.
2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif
Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan dan menjadi-jadi apabila dewasa.
3. Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain
Tidak bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.
4. Biarkan anak berdikari
Bukan ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.
5. Elakkan bergaduh di hadapan anak
Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik tidur. Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.
6. Jaga kesihatan, elakkan tekanan
‘Stress’ cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula. Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.
7. Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Ini bukan sekadar soal jantina semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya, apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga mahukan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang.
8. Biarkan anak ‘melawan’
Bukan dalam erti kata ‘melawan’ dengan kurang ajar. Namun biarkan anak memertahankan pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak rasa dia betul, namun sebaliknya, mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju, tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.
9. Usah berharap kepada anak yang sempurna
Semua ibu-bapa mahu anak yang ‘perfect’ atau sempurna serba-serbi. Namun, tidak semestinya kita dianugerahkan anak yang sebegitu. Jika mereka tidak berapa bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu sahaja tahap yang mereka boleh pergi. Dengan kata yang lain, ibu-bapa kena cuba menerima hakikat yang anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.
10. Fahami kehendak anak
Semua orang rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua. Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan. Penyelidik bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka. Kalau anak mahukan basikal, tentu dia akan berkata “Seronoknya tengok Amir (nama samaran) tu main basikal kan ayah. Macam best je”. Ia tidak secara terus, tetapi lebih kepada satu ‘signal’. Ibu-bapa kena cepat tangkap maksud tersirat sebegini.