Like Kami@FB

Friday, 22 August 2014

Raya Kami:Part 1(Subang Bestari)

Antara gambar-gambar raya yang saya nak kongsikan bersama para pembaca blog tersayang..gambar raya yang bahagian satu ini kami ambil di rumah kami di Subang Bestari..;)Mak budak,bapak budak pun dah jadi macam budak-budak dah..hihihi!!apa-apa pun sangat gembira bila melihat air muka anak-anak yang ketawa ceria sepanjang penggambaran raya family kecil kami ini.So let's the pictures do talking ok!!

 Suka sangat bergambar dengan anak-anak secara santai gini!!


 suwitttttnya anak-anak mama nih..:),melting kejap bila tengok gambar anak-anak sendiri..


 Our small little family..semoga ianya kekal ke Jannah..walaupun sudah banyak dugaan yang melanda kami,Alhamdulillah kami masih mampu bertahan dan kekal bahagia hingga hari ini.Bukan senang nak puaskan hati semua orangkan,buat baik salah,buat jahat pun salah.So better DIAM…silence is golden bak kata omputih!!!!



Nak romantic sikit pun tak boleh..asyik kena kacau jer dengan anak-anak..:)

Thursday, 21 August 2014

10 Tips Mendidik dan Membesarkan Kanak-kanak yang Gembira (Berserta Bukti Saintifik)


Gambar Sekadar Hiasan..Our Small Family..;)

1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama
Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.
2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif
Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan dan menjadi-jadi apabila dewasa.
3. Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain
Tidak bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.
4. Biarkan anak berdikari
Bukan ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.
5. Elakkan bergaduh di hadapan anak
Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik tidur. Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.
6. Jaga kesihatan, elakkan tekanan
‘Stress’ cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula. Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.
7. Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Ini bukan sekadar soal jantina semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya, apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga mahukan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang.
8. Biarkan anak ‘melawan’
Bukan dalam erti kata ‘melawan’ dengan kurang ajar. Namun biarkan anak memertahankan pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak rasa dia betul, namun sebaliknya, mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju, tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.
9. Usah berharap kepada anak yang sempurna
Semua ibu-bapa mahu anak yang ‘perfect’ atau sempurna serba-serbi. Namun, tidak semestinya kita dianugerahkan anak yang sebegitu. Jika mereka tidak berapa bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu sahaja tahap yang mereka boleh pergi. Dengan kata yang lain, ibu-bapa kena cuba menerima hakikat yang anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.
10. Fahami kehendak anak
Semua orang rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua. Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan. Penyelidik bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka. Kalau anak mahukan basikal, tentu dia akan berkata “Seronoknya tengok Amir (nama samaran) tu main basikal kan ayah. Macam best je”. Ia tidak secara terus, tetapi lebih kepada satu ‘signal’. Ibu-bapa kena cepat tangkap maksud tersirat sebegini.

9 Tips Untuk Bakal Ayah

Sebagai seorang suami yang bakal bergelar ayah, anda mungkin belum bersedia sepenuhnya untuk menanti ketibaan si kecil yang tersayang. Pelbagai persediaan perlu dilakukan dari jasmani dan juga kerohanian.

Berikut merupakan antara tips-tips yang mungkin dapat membantu mengurangkan kegelisahan dalam  menantikan ketibaan ahli baru dalam keluarga anda.

1. Pastikan Anda Tidak Ketinggalan.

Pastikan anda sentiasa menyertai secara aktif bersama isteri tersayang dalam pemeriksaan pra-natal untuk memastikan anda sentiasa kemaskini dengan kemajuan kehamilan dan tumbesaran anak yang dikandung. Sekaligus hal ini dalam lagi merapatkan lagi hubungan anda dengan isteri tersayang.

2. Melayani Kehendak Bakal Ibu.

Setiap pengalaman hamil isteri adalah tidak sama, anda perlu menjadi seorang suami yang sensitif terhadap pengalaman dan perasaaan isteri. Isteri anda mungkin menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan dirinya yang “baru” jadi sentiasa memberi sokongan kepada isteri dan bersama-sama dalam menyesuaikan diri. Sentiasa bertanya dan berbincang dengan isteri mengenai bagaimana anda boleh membantunya sepanjang proses kehamilan.

3. Sediakan Rumah Yang Selesa.

Seperti kebiasaaan bakal ayah boleh menunjukkan penglibatannya dengan menyediakan barang-barang untuk ketibaan si kecil. Pelbagai barang yang perlu disediakan untuk menyambut ketibaan si kecil seperti pakaian untuk si ibu dan si kecil, botol susu, kereta sorong bayi dan pelbagai lagi.
Ambil kesempatan untuk membeli-belah bersama pasangan anda bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan untuk mengambil kira pandangan isteri untuk membeli barang.

4. Bincangkan Kebimbangan Anda.

Anda sebagai suami dan bakal ayah juga perlukan sokongan. Berbincang dengan pasangan mengenai kebimbangan anda dan dapatkan sokongan dari isteri tercinta. Anda juga boleh minta pendapat dan nasihat dari bapa lain yang berpengalaman. Jangan takut atau malu untuk bertanya jika anda mempunyai sebarang keraguan.

5. Jagalah Kesihatan Anda.

Pelbagai cabaran baru yang menanti anda:proses kehamilan, kelahiran bayi anda, kepulangan ibu dan bayi, dan penjagaan selepas bersalin untuk isteri tercinta. Peranan anda sebagai ketua keluarga untuk memastikan keselamatan dan pembesaran anak anda, jadi kekal sihat demi kepentingan semua itu.
Mulai hari ini, mulakan dengan gaya hidup sihat: makan secara sihat dan bersenam selalu dan berehat dengan secukupnya.

6. Menyokong Antara Satu Sama Lain.

Setiap pasangan perlu sentiasa menyokong antara satu sama lain, dan tugas keibubapaan bukan hanya terletak pada salah seorang pasangan tetapi tanggungjawab bersama. Cuba untuk sentiasa membantu isteri anda sebanyak yang mungkin dan yang paling penting sentiasa membincangkan harapan anda dengan satu sama lain.

7. Luangkan Masa Untuk Bincang Tentang Hal Kewangan.

Bagi menyelesaikan masalah kewangan di kemudian hari, anda perlu luangkan masa bersama isteri untuk sama-sama bincangkan hal kewangan  dan runding mengenai rancangan untuk masa depan. Sebaiknya bincangkan hal ini sebelum ketibaan si kecil anda bagi mengelakkan timbul konflik dan masalah kelak.

8. Menghabiskan Masa Berkualiti Bersama-sama.

Salah satu cara untuk rapatkan hubungan anda dengan pasangan ialah ketika hamil. Gunakan kesempatan yang ada untuk sentiasa bersama isteri dan memberi sepenuh perhatian terhadap isteri. Segala kesulitan dan kegelisahan bincanglah bersama-sama dan yang paling penting sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.

9. Berdoa dan dekatkan diri dengan Ilahi.

Kita hamba ALLAh S.W.T hanya mampu merancang dan DIA yang menentukan. Perbanyakkan minta pertolongan dari Ilahi dan mengadu segala masalah kepada-NYA. InshaAllah segala masalah dan kerisauan dalam diselesaikan.
Sebelum anak dilahirkan, seorang ayah juga digalakkan untuk menimba cara mendidik anak dengan betul sebaik mungkin melalui pembacaan, seminar dan sebagainya. Panduan Mendidik Anak ini juga mungkin berguna untuk ibu bapa baru. Bersedia awal-awal, jangan tersilap mendidik anak.
Perkara terakhir yang perlu diingati ialah sambut kelahiran anak anda dengan harapan yang positif kerana anda bakal memulakan pengalaman yang paling menarik dan bermakna dalam hidup anda dan bergelar seorang ayah.
Sumber: Majalah Positive Parenting

Friday, 27 June 2014

Home Made Play Doh

Hujung minggu kami suami isteri tercari-cari aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan untuk anak-anak.Nak bagi anak-anak main kat luar buat masa sekarang memang awal-awal surrenderlah kan dengan keadaan cuaca yang kebelakangan ini tak menentu,kejap panas,kejap jerebu.Anak-anak pun tak putus saya berikan vitamin Shaklee,seperti Mealshakes dan Omega Guard,sebagai perisai dan pertahanan antibody anak-anak dalam melawan penyakit.


Inilah set WAJIB di rumah kami..bekalan untuk anak-anak supaya kekal cergas dan cerdas


Alhamdulillah dengan izin-Nya walaupun dalam keadaan cuaca tak menentu anak-anak saya masih sihat walafiat.Syukur..oklah berbalik kepada aktiviti kami untuk anak-anak adalah membuat Play Doh sendiri,jimat duit papa dari melabur dekat kedai.Seingat saya Play Doh ini agak mahal jugak dijual di kedai,dari membazirkan duit baik kita sebagai mak bapak kreatifkan diri mencuba sendiri di rumah.Lagipun bahan-bahan yang diperlukan adalah sangat senang dan semuanya boleh didapati di dapur kita.Antara bahan-bahannya adalah:

Ø  tepung gandum
Ø  minyak zaitun
Ø  serbuk tartar
Ø  air panas
Ø  garam

itu sahaja bahan-bahannya pun..bukan susah pun sesimple ABC gitu..:).Okla step pertama mula-mula tepung gandum digaul dengan garam hingga sebati,kemudian masukkan serbuk tartar 6 sudu+3 sudu minyak zaitun.Last but not least masukkan air panas ye kawana-kawan.Sangat simple dan mudah untuk dibuat bersama anak-anak.Dan yang pasti mereka pasti SUKAKAN aktiviti bersama ini.Bagus untuk hubungkan sel-sel otak anak-anak kecil,tambah di bulan Ramadhan salah satu aktiviti yang dapat melekakan mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa adalah bermain

 Inilah hasil dari DOH yang kami buat untuk anak-anak






IMKK JUNE 2014

Sesuatu yang sangat luar biasa...bertuah sangat siapa yang menghadiri IMKK kali ini kerana bilangan peserta mencecah 8000 orang!!!Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...tiada kata-kata yang dapt diluahkan melainkan rasa syukur yang teramat.Kalau nak tahu  korang kenalah rasai sendiri pengalaman ke IMKK.Next IMKK akan diadakan di IDCC,Shah Alam.Yang penting IMKK mengajar kita bagaimana cara untuk mencuci kolam jiwa..bagaimana untuk mendapatkan kebahagiaan dunia&akhirat.Teringat kata-kata salah sorang hot seat pada malam di IMKK..”kejayaan kita hari ini disebabkan kita memaafkan orang lain”.YES!!!The power of forgivenesss…;).Aura di IMKK memang lain macam,tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata bila aura 8000 orang bergabung,Masya Allah,Subhanallah,Allahuakbar.Next IMKK akan diadakan pada bulan Oktober.Jom ramai-ramai jumpa di sana..;)Saya sertakan beberapa keeping gambar untuk dikongsikan bersama-sama dengan anda semua.Kita kaya dan Berjaya dunia dan akhirat!!Amin.


 Bila 2 orang Luar Biasa bertemu...Dato Seri Syed Zainal dan DrAzizan Osman.Bergegar Mines hari ini. Sharing dari Dato Seri sangat2 banyak persamaan dengan perkongsian Doc. It is called the 'The Science of Success'.No wonder orang yg Berjaya terus consistent Berjaya. Orang yang suka 'main biola' terus consistent buat orkestra - marah,ego,complaint,Tak bersyukur,malas....Setiap orang ada Hak untuk Bahagia & Berjaya!



 I am so touched looking at these 2 great students, walau tak nampak dengan mata kasar tapi terang mata hati;walau tangannya istimewa masih gagah bersemangat mencari ilmu untuk tingkatkan tahap kehidupan.Suluh diri, ada kala orang yg cukup sempurna fizikalnya belum tentu indah adabnya, kuat semangatnya untuk berubah, belum tentu percaya dengan anugerah potensi dari Maha Kaya Raya. Kan?..-Puan Yasmin

 Berapa ramai guru yang mengalirkan air mata bila mendoakan anak muridnya?
Berapa ramai anak murid yang bersyukur & mendoakan guru2 dengan sepenuh jiwa?
It touched deep down inside my heart when #DAOmakes du'a for all of us. May Allah swt Bless all of parents, our teachers with Strength & Rahmah to continue inspiring, educating and adding value in other people's lives.Siapa yang akan bantu kita kalau bangsa kita tak bangkit dan bantu bangsa sendiri?



 Penghargaan di akbar Metro khas untuk yang hadir IMKK June 2014,TQ DAO


Lihatlah betapa ramainya yang dahagakan ilmu....semoga Kita semua kaya dan berjaya
Amin!!Teringat-ingat sumpahan DAO pada kami.."saya sumpah anda kaya dan berjaya!!!"

Wednesday, 11 June 2014

15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. 

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )



1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 

 Kurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 

 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. 
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. 

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

Sumber : Darulharis

Friday, 6 June 2014

Ajaibnya Khasiat Mealshakes!!!

Sedar tak sedar nak masuk hari Jumaat,bagi yang bekerja memang seronoklah hari ini penghujung minggu esok dah tak payah dah nak bangun awal nak pergi kerja.Tapi bagi mereka yang sepenuhnya duduk umah,hari-hari adalah hari cuti.Ohhhh indah sungguh menjadi WAHM ni..:).Nak bercerita sikit pasal seorang ibu yang mempunyai anak Autisme.Mungkin ada yang tak tahu apa itu Autisme?Dari carian dengan En Google..Apakah Itu Autisme?

Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri".

Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.



"Seorang ibu telah memberikan Mealshake kepada anaknya yang Austime dan kesannya sangat awesome!!Jom kita tengok apa perubahan yang adik Fikri telah alami semenjak ibunya memberikan Mealshakes,setelah 1 bulan setengah adik Fikri telah mampu menyebut Ibu dan setiap hari pasti aka nada perkataan baru yang adik Fikri sebutkan.Menurut guru adik Fikri beliau juga perasan yang adik Fikri semakin mudah mendengar arahan guru.Alhamdulillah,Shaklee hanya lah asbab tetapi yang berkuasa untuk merubahnya adalah Allah swt."


Lyna Azmy
pm/sms/whatsapp 0194747167
COD: Subang Bestari/Sg Buloh/Kota Damansara
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/