Like Kami@FB

Thursday 26 December 2013

Penjagaan Luka Bersalin

Salam Jumaat!!!!Bahagianya rasa bila setiap kali Jumaat dah tiba..walaupun esok kerja lagi half day.Huwaaa..tak apa dah tak lama lagi saya akan bebas,bebas sebebasnya.Bebas dari cengkaman manusia yang tak pernah nak hargai penah lelah kita sebagai pekerja..:).Oklah hari ini nak blogging pasal luka bersalin sikit,memandangkan ramai yang duk bertanya apa vitamin yang sesuai untuk di ambil selepas bersalin…
Selepas selesai kesukaran berjuang melahirkan bayi, kini mama perlu pula memberi perhatian kepada penjagaan diri dan bayi. Penjagaan diri selepas melahirkan bayi sudah tentu melibatkan luka selepas bersalin.Tidak kira sama ada ibu melahirkan anak secara normal atau pembedahan Caesarean, ia memerlukan penjagaan rapi agar tidak berlaku jangkitan kuman yang boleh menyebabkan masalah lain.

Penjagaan luka bersalin normal
1.       Jahitan episiotomi
·         Jahitan yang dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. Pastikan anda diberikan ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka.
·         Basuh bahagian perineum dengan air suam yang dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik semula jadi.
·         Kawal pergerakan agar jahitan tidak terbuka. Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak lain.

2.      Pembedahan Caesarean
·         Ibu yang menjalani pembedahan perlu sentiasa berhati-hati dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman.
·         Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit.
·         Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun daripada katil dan menyusukan anak ketika minggu pertama selepas bersalin.
Dalam Shaklee terdapat beberapa cadangan Vitamin untuk bersalin sekali untuk baik pulih luka, 2 in 1..senangkan jimat bajet.Antara yang sangat disyorkan adalah Vitalea,Zink,B-Com dan Vitamin C.Jom kita tengok apa kelebihan vitamin-vitamin ini yang sangat disukai ramai dan asyik out of stok sahaja..;)

VitaLea Shaklee
1.       Merupakan Multivitamin terbaik yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
2.      Mengandungi iron untuk fungsi menambah darah.
3.      Membantu ibu berpantang yang terpaksa pantang makan untuk dapat zat nutrisi sepenuhnya semasa berpantang.
4.      Membina darah ibu.
5.      Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi.
Shaklee B-Complex
1.       Kumpulan vitamin B yang sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf.
2.      Membantu mengelakkan ibu dari tekanan/meroyan.
3.      Memberi ketenangan kepada sistem saraf ibu.
4.      Menukarkan makanan yang ibu ambil kepada tenaga – elak gemuk.
Vitamin C Shaklee
1.       Dilepaskan perlahan-lahan ke dalam darah mengikut masa.
2.      Sangat perlu dalam memulihkan luka.
3.      Membantu pemulihan luka dalaman dan luaran.
4.      Memelihara sistem kelenjar ibu.
5.      Menaikkan antibodi semula jadi tubuh.
6.      Jika bayi selsema, ibu ambil extra vitamin C, manfaat antibodi akan mengalir melalui susu dan bayi akan sembuh.
Zinc Shaklee
1.       Sangat penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran.
2.      Banyak dalam ikan haruan, sebab itu orang-orang tua suruh makan ikan haruan, rupanya selain sebab protein, ikan haruan kaya dengan zinc.
3.      Membantu metabolisme b-complex
4.      Mengelakkan rambut ibu dari gugur.

4 comments:

  1. sy amik shaklee gak masa dlm pantang..:)

    ReplyDelete
  2. shaklee ada vitamin calcium ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna,ada dear..kalo berminat blh email saya...
      hazlina82@hotmail.com atau 0139744747

      Delete