Like Kami@FB

Tuesday 10 March 2015

Tips Menjadi Orang Paling Bahagia

HAPPY SHARING..LAMANYA RASA TAK POST SOMETHING DI BLOG
HOPE BERGUNA UNTUK KORANG SEMUA YA...;)

1. Keimanan menghapuskan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.
2. Yang lalu telah berlalu, dan yang telah pergi telah mati. Jangan difikirkan yang telah lalu, kerana telah pergi dan selesai.
3. Terimalah qada' yang telah pasti dan rezeki yang telah diberi itu dengan hati terbuka. Segala sesuatu itu ada ukurannya. Kerana itu, nyahkan kegelisahan.
4. Ketahuilah, bahwa dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan dihapuskan, Allah akan menjadi redha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.
5. Jangan menanti ucapan terima kasih dari manusia. Cukuplah pahala dari Dzat yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Tak ada yang harus kita lakukan terhadap orang yang mendengki mahupun iri hati.
6. Ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu sampai petang. Hiduplah dalam batasan hari ini. Kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi lebih baik pada hari ini.
7. Biarkan masa depan itu hingga dia datang sendiri, dan jangan terlalu gelisah menanti hari esok. Kerana jika kita lakukan yang terbaik pada hari ini maka hari esok juga akan baik, inshaALLAH.
8. Bersihkan jiwa dari dengki dan jernihkan dari iri. Keluarkan penyakit permusuhan dari dalam jiwa.
9. Buku adalah teman yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.
10. Alam semesta ini dibangunkan atas sebuah sistem. Kerana itu, pakaian, rumah, meja dan kewajiban kita harus dilaksanakan dengan rapi & teliti.
11. Keluarlah ke tempat yang lapang, lihatlah kebun-kebun nan indah, dan sibuklah memikirkan kehebatan ciptaan Sang Pencipta.
12. Anda harus berjalan-jalan dan bersukan. Jauhi kemalasan dan sifat lemah. Penuhi waktu kosong dengan aktiviti bermanfaat.
13. Perbaharuilah hidup anda, jadikan hidup anda lebih bervariasi. Ubahlah rutin hidup anda setiap bulan.
14. Perhatikan kebersihan pakaian. Perhatikan bau badan, perhatikan penampilan luaran, jangan lupa menggosok gigi dan memakai wangian.
15. Ingatlah bahwa Rabb sangat luas ampunan-Nya, menerima taubat, mengampuni hamba-hamban-Nya, dan menggantikan kejahatan dengan kebaikan.
16. Hiduplah bersama Al-Quran, baik dengan cara menghafal, membaca, mendengarkan, atau merenungkannya, sebab ini merupakan ubat paling mujarab untuk mengusir kesedihan dan kedukaan.
17. Jauhilah dosa-dosa, sebab ia adalah sumber keresahan dan kesedihan dan pintu ke arah musibah.
18. Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan menutup keaiban, ketabahan akan menjadi penutup bagi kekeliruan dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.
19. Bacalah selalu: "Ya Dzal jalali wal ikram", dan "Ya Hayyu Ya Qayyum Birahmatiaka Astagitsu" Agar anda dapat melihat jalan keluar, kegembiraan dan ketenangan.
20. Jika datang kesulitan, maka ketahuilah bahawa itu hanya awan musim panas yang sebentar lagi akan berlalu. Jangan takut dengan gemuruh petirnya dan sambaran kilatnya, kerana mungkin itu hanya hujan sahaja.
Sumber: Google