Like Kami@FB

Monday 24 November 2014

12 Tanda-Tanda Anda Hampir Atau Sudah Berjaya Mencapai Kejayaan Hidup


Ramai yang masih menganggap diri sebagai gagal kerana masih belum mencapai status seorang jutawan. Sedangkan mereka tidak nampak perkara-perkara kecil yang berubah di dalam diri yang menjadi bukti mereka hampir mencapai kejayaan hidup.
Jangan meletakkan diri di tahap kegagalan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian diri. Sentiasa berpandangan optimistik dengan mencari dan menilai perubahan diri yang bersifat positif kerana ia akan menjadi inspirasi buat diri anda.

Di sini terdapat 12 tanda-tanda kejayaan yang boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti perubahan positif yang terjadi di dalam diri anda. Perubahan ini merupakan tanda-tanda anda hampir atau sudah berjaya mencapai kejayaan hidup.

1. Anda Menaikkan Taraf Hidup

Dahulu: Anda suka membuang masa membuat perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa faedah terhadap diri anda dan orang lain.
Sekarang: Anda menghargai setiap detik saat dengan memenuhkannya dengan pelbagai aktiviti yang berilmu dan bermanfaat. Anda tidak lagi bertoleransi dengan sifat-sifat negatif yang berpunca dari diri dan orang sekeliling anda.

2. Tidak Lagi Mengeluh

Dahulu: Menjadi kebiasaan bila kita ditimpa musibah kita akan mula mengeluh, mengadu malah menunding jari terhadap orang lain akibat musibah ini terjadi.
Sekarang: Anda tidak lagi mengeluh kerana anda tahu semua yang terjadi di dalam hidup sama ada perkara baik atau buruk, ia mempunyai hikmah disebaliknya.

3. Bersyukur Setiap Perkara

Dahulu: Setiap kejayaan yang dimiliki, anda akan menganggap ianya 100% dari usaha anda sendiri tanpa bantuan dari yang lain. Anda jarang sekali mengucap terima kasih kepada orang yang telah membantu anda, tidak menghargai nikmat-nikmat hidup yang dipinjamkan oleh Allah swt.
Sekarang: Mulut anda tidak berhenti mengucapkan terima kasih terhadap orang lain yang membantu anda, tidak kira bantuan itu sekecil manapun. Anda akan menghulurkan bantuan terlebih dahulu sebelum orang lain. Anda mula mendekati diri dengan Allah swt, bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi seperti bersyukur dengan nafas yang masih menghembus, tubuh badan yang sihat membantu mencari rezeki setiap hari, minda yang cergas membantu mengenal baik dan buruk setiap perkara dan lain-lain kesyukuran lagi.

4. Anda Raikan Kejayaan Orang Lain

Dahulu: Anda hanya raikan kejayaan yang dicapai oleh diri sendiri. Jika ada orang lain yang berjaya, anda tidak akan raikannya malah anda akan berasa cemburu terhadap kejayaan tersebut. Anda berasa bahawa anda sahaja yang layak mencapai kejayaan hidup.
Sekarang: Tidak perlu dipaksa lagi, anda sendiri akan mencari orang berjaya itu dan ucapkan tahniah kepadanya. Anda berasa gembira dengan kejayaan orang lain dan kejayaan
 itu dijadikan salah satu inspirasi buat diri anda.

5. Tidak Takut Meminta Pertolongan

Dahulu: Anda menganggap meminta pertolongan dari orang lain merupakan sesuatu perbuatan yang lemah dan memalukan. Anda lebih suka bekerja secara bersendirian dari bekerja bersama orang lain.
Sekarang: Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, anda akan mencari orang yang mempunyai ilmu terhadapnya dan meminta orang tersebut untuk mengajarnya kepada anda. Anda lebih suka bekerja secara berpasukan kerana ia membuat kerja menjadi mudah dan cepat disiapkan. Anda tidak lagi segan meminta pertolongan dari orang lain kerana anda tahu bahawa anda bukanlah seorang yang “Super Serba Tahu”.

6. Anda Raikan Kegagalan

Dahulu: Jika anda gagal melakukan sesuatu perkara, anda akan angkat kaki cabut lari dan terus masuk gua. Anda akan mengenangkan kegagalan itu sehingga ia menjadi mimpi di malam hari. Anda tidak akan meneruskan perjalanan jika kegagalan menimpa diri anda.
Sekarang: Anda tahu bahawa bukan semua orang berjaya 100% setiap masa. Berjaya dan gagal telah menjadi lumrah kehidupan. Jika anda tidak berjaya sekali, anda akan cuba kali kedua. Jika tidak berjaya lagi, anda akan cuba kali ketiga. Jika masih tidak berjaya lagi, anda akan masih teruskan untuk cuba kali keempat dan cuba dan cuba dan cuba lagi sehingga ianya berjaya. Anda akan raikan kegagalan dan gunakan ia sebagai pengajaran hidup. Ini kerana anda mengetahui satu rahsia iaitu kegagalan hanyalah bersifat sementara dan ia merupakan salah satu proses kejayaan bagi mencapai kejayaan yang sebenar.

7. Bermatlamat Besar

Dahulu: Anda tidak kisah tentang perjalanan hidup akan datang. Anda hanya memikirkan kehidupan hari ini dan esok sahaja. Anda juga lebih selesa dengan keadaan sekarang (zon selesa) dan tidak berminat untuk menaik taraf kehidupan diri.
Sekarang: Tidak takut bermatlamat besar. Sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki dan menaik taraf diri. Lebih suka mencuba sesuatu yang baru jika ia dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Mengejar matlamat yang ditetapkan tidak kira betapa besar cabaran yang akan ditempuh.

8. Pernah Mempunyai Matlamat Yang Menjadi Realiti Hidup

Dahulu: Akibat tidak mempunyai matlamat, maka tiada matlamat hidup yang ingin dicapai.
Sekarang: Salah satu matlamat yang diidamkan telah tercapai menjadi realiti hidup. Tidak kira matlamat itu sekecil manapun ia tetap dipanggil matlamat. Orang berjaya tidak pernah mengira saiz matlamat, yang dikira adalah ia boleh tercapai ataupun tidak.

9. Di Kelilingi Kawan Berjaya

Dahulu: Sering berkawan dengan kawan yang bersifat negatif, kawan yang sering menjatuhkan semangat anda. Kawan yang tidak berminat untuk berjaya di dalam hidup.
Sekarang: Mempunyai kawan-kawan yang saling membantu. Kawan yang memberi inspirasi kepada anda walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kawan yang suka mencipta kejayaan tanpa henti dan berkongsi kegembiraan kejayaan tersebut bersama anda.

10. Mempunyai Sebab Yang Kukuh Untuk Berjaya

Dahulu: Segala kejayaan adalah untuk diri sendiri. Tidak mempunyai sebab untuk berkongsi dengan orang lain. Tidak memikirkan kejayaan untuk orang lain.
Sekarang: Kadang-kala kejayaan yang paling kukuh dan bermakna adalah mencipta kejayaan bagi menggembirakan orang lain. Anda mempunyai sebab yang kukuh untuk berjaya, sebagai contoh, anda ingin berjaya bagi menggembirakan hati ibu dengan menunaikan segala impian beliau.

11. Suka Memberi

Dahulu: Anda sangat susah untuk berkongsi kemewahan dan kelebihan diri yang ada bersama orang lain. Anda berpendapat bahawa segala yang dimiliki adalah kepunyaan sendiri. Jika orang lain inginkan, sila cari sendiri.
Sekarang: Memberi bukan bermakna kita menderma wang dan harta sahaja. Memberi ini lebih kepada perkongsian apa yang dimiliki oleh anda yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh, anda memberi perkongsian ilmu secara percuma kepada yang berminat, memberi bantuan dari segi tenaga empat kerat kepada yang memerlukan, menyediakan makanan percuma kepada yang tidak mampu di restoran anda dan banyak lagi perkongsian yang boleh dibuat.

12. Anda Gembira

Dahulu: Suka memikirkan masalah serta perkara-perkara negatif yang membuatkan hidup anda murung diseliputi kegelapan.
Sekarang: Anda lebih suka membuatkan diri di kelilingi dengan aura-aura positif yang dapat menggembirakan hati. Jika terdapat cabaran menimpa, anda akan laluinya dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran. Bila hidup penuh dengan kegembiraan, segala kerja yang ingin dilakukan akan menjadi mudah diselesaikan. Kegembiraan merupakan kunci kepada hidup berjaya.



Friday 21 November 2014

2D1N at Gold Coast Morib

Percutian yang sangat singkat,17/11 hingga 18/11,ekceli dah lama kami beli tiket percutian untuk bawak anak-anak main air..so here it goes>>>Gold Coast Morib!!.Memang dekat sahaja percutian yang hanya makan masa dalam 1 jam perjalanan pergi.

Memandangkan tiket yang kami beli adalah untuk 2 orang,so untuk Damia dan Darwisy kami kena top up extra untuk breakfast,taman tema dan dinner.But it really worth to go there,to parents yang ada anak saya syorkan korang bawakla dorang ke sini for sure dorang akan melompat kegembiraan once you all enter water park.So kita layan gambar kenangan kami ke sana tau...pssst nasiblah mama ada duit Bonus Shaklee,tengah bulan ritu...dapatlah anak-anak enjoy sikitkan..Alhamdulillah..;)


Ni anak-anak ke mama yang terlebih excited!!


  
For my beloved anak-anak...Mama luv both of you more than words can describe
Semoga kalian menjadi anak-anak yang solehah dan soleh!!Amin



3 nyawa dalam hidup saya...:)



Oh anak!!!i luv u sooo much Nur Damia Lutfiah




Oh anak!!!i luv u sooo much Muhammad Darwisy Lutfi



For sure kami akan kembali lagi ke sini..;)Insya Allah.....



Thursday 20 November 2014

Happy Bezday In Advance Buat Kakak

Sambutan bezday kakak yang diadakan di sekolah..sambutan yang simple-simple sahaja
Gambar sambutan di sekolah pun tak ada kerana kami tak ikut kakak sambut bezday di sekolah...biarlah dia bergembira dengan kawan-kawan dia..:)

Memang simple pun,sebijik kek dan beberapa goodies bag untuk kawan-kawan kakak...Kami dah janji dengan dia nak celebrate di sekolah bersama kawan-kawan,haruslah janji itu kami tunaikan.Bahaya berjanji dengan kanak-kanak coz mereka akan ingat tau,beware parents out there!!!
Ayuh layankan gambar-gambar di bawah...;)



Special Bezday Cake For My Little Princess,Mama Usaha Buat Sendiri Tau..:)



Some goodies bag for kawan-kawan kakak




Selamat Hari Lahir Buat Anak Solehah Nur Damia Lutfiah
5 Years Old

Friday 7 November 2014

Percutian Singkat Ke Penang>>Part 2

Okey sambungan daripada bahagian satu...saya lupa nak cerita masa ke Penang tu anak lelaki kesayangan saya demam+muntah+batuk yang agak teruk.Risau jugak sebenarnya nak berjalan jauh bila anak-anak tak sihat,sebagai langkah awal memang saya adalah sedikit bekalan vitamin untuk mereka tapi untuk lebih secure lagi saya rela habiskan duit pergi ke doktor Pakar Kanak-Kanak yang biasa kami pergi iaitu Dr Serena,Klini Pakar Kanak-Kanak di Sungai Buloh (Bukit Rahman Putra),memang saya highly recommended Doktor Serena ni..memang tip top lah rawatan dan consultation dia cuma kena consider lebih sikit dari segi RM.Tapi RM boleh carikan compare dengan kesihatan anak-anak,tak gitu puan-puan sekalian..;).

Apa bekalan Vitamin yang saya bawa selain ubat-ubatan yang Doktor bekalkan adalah Mealshakes+Basic H+Vitamin C+Alfalfa.En hubbby saya pun kena jugak tempias demam coz masa sampai umah sepupu saya tu time hujan lebat,bila kena hujan memang suami saya sangat sensitif.Saya berikan En hubby 2 biji Vitamin C untuk dia telan sebagai pertahanan badan semulaji..alhamdulillah kesihatan dia bertambah baik dan bolehla dia pergi meeting..:)

Jom layankan gambar-gambar kami lagi..makan-makan,beli jeruk dan naik feri.Oh Penang terasa mau pergi lagilah..Insya Allah ada rezeki kami datang lagi tau..muahhh..muahhh!!


Makan di tengah malam...

Char kuew teow original sani,tokong ular
Roti canai special,lorong macalister





Macam2 variasi jeruk...— at Pasar Chowrasta.

Masa nak bertolak balik dari Penang tu kami memilih naik feri,nak suh anak-anak rasai sedikit pengalaman menaiki feri.Lagipun naik feri untuk kuar dari Penang FREE sahaja,oklah biarlah gambar berbicara pulak..kikiki..;)


Si Icha yang comel...anak sepupu saya..:)




Bila kakak dan mama berselfie...kakak awat buat muka lagu tuh!

OKLAH KORANG DAH HABISLAH..SAMBUNG BUAT KERJA PULAK TAU>>:)

Wednesday 5 November 2014

Percutian Singkat Ke Penang>>Part 1

Lama rasanya tak menulis di blog,ntahlah ke laut dah kot mood.Tak boleh jadi ni coz kat blog ni jugaklah saya cari pendapatan melalui bisnes Shaklee saya tu disamping citer sikit-sikit tentang life kami sefamily.Okla berbalik tentang percutian singkat saya ke Penang,ekceli tak adalah singkat sangat coz 4 hari 4 malam jugak kami ke Penang.Tujuan ke Penang bukanlah atas dasar nak bercuti semata-mata,bercuti tu jatuh pada tujuan no dua.Tujuan no satu adalah follow En hubby outstation...kami memilih untuk stay di rumah sepupu saya.Nak duduk hotel pun boleh tapi saya lagi prefer umah sepupu coz senang dan ada teman sikit untuk bergosip..hik..hik..:)

Ini kali kedua saya ke Penang after last 4 years ago..masa itu saya tengah pregnantkan anak no dua,by that time kakak Damia baru umur 1 tahun lebih.Sekarang kakak Damia pun dah big girl...dah nak masuk 5 tahun genap pada 22 Disember nanti.Alhamdulillah..:).Kali ini kami berpeluang untuk ke Penang Hill,masa pergi dulu under renovation tak dapatlah nak masuk so kali ini tak lepaskan peluanglah.Ikutkan sepupu saya dah banyak berubah setelah renovation di lakukan..jom layan gambar-gambar kami di sana..


In family life, love is the oil that eases friction, the cement that binds closer together, and the music that brings harmony. Eva Burrows

Families are the compass that guide us. They are the inspiration to reach great heights, and our comfort when we occasionally falter. Brad Henry


Call it a clan, call it a network, call it a tribe, call it a family: Whatever you call it, whoever you are, you need one. Jane Howard.


 Your family and your love must be cultivated like a garden. Time, effort, and imagination must be summoned constantly to keep any relationship flourishing and growing. Jim Rohn


No matter what you've done for yourself or for humanity, if you can't look back on having given love and attention to your own family, what have you really accomplished? Elbert Hubbard


Nampak tak trek kat atas tu..trek kereta api menuju ke puncak bukit bendera..memang agak tinggi









Okla stop sampai sini dulu nanti saya sambung untuk part 2 pulak ya..;)
See you soon!!