Like Kami@FB

Thursday 22 May 2014

Ayuh Jadi Ibu Bapa Hebat!!!

~TIPS IBU BAPA GENIUS~


Sajer letak gambar kami anak beranak..:)


1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.


2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Wednesday 21 May 2014

Vitamin Dan Mineral Yang Terkandung Dalam Alfalfa

Saya teramatlah suka sangat-sangat Alfalfa ni,macam dah jatuh cinta tau dengan Alfalfa.Hanya yang merasainya sahaja tahu akan kesan yang mereka perolehi..psst,Alfalfa ni Kacip Fatimah Moden tau!!hahahaha!!kalo dah katanye Kacip Fatimah sendiri mau fahamlah apa fungsinye tuh..:)Meh saya kongsikan apa vitamin dan mineral dalam Alfalfa yang kasi umpphhh!

VITAMIN PENTING DALAM ALFALFA

Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.



Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL PENTING DALAM ALFALFA

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku; membantu dalam kecergasan ddan daya tahan; emngawal rentak jantung; melegakan saraf.

Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak.

Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lyna Azmy
pm/sms/whatsapp 0194747167
COD: Subang Bestari/Sg Buloh/Kota Damansara

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Tuesday 20 May 2014

Mealshakes!!!Promotion May 2014 Masih Berjalan

Berebut-rebut orang ramai dapatkan stok Mealshakes untuk anak-anak mereka.Al maklumlah bulan ni harga tengah murah..saya pun turut tidak ketinggalan mendapatkan Mealshakes yang tengah HOT itu!!Ayuh saya kongsikan sedikit info dengan anda kenapalah Mealshakes ni macam goreng pisang panas...terlajak larissss!!!

Antara Kelebihan Mealshake :-
*Meningkatkan sistem imun badan anak agar tidak mudah diserang penyakit. * Meningkatkan selera makan anak.
* Membantu melawaskan jika anak anda mengalami masalah sembelit. 
*Membantu mengurangkan parut,kekeringan kulit dan kekusutan rambut. 
*Tubuh anak lebih sihat,kuat dan bertenaga. bagi anak2 yg dah bersekolah tu sgtlah bagus utk beri mereka makanan tambahan yg berkhasiat utk menigkatkan lg KECERDASAN & KECERGASAN mereka sepanjang hari... BADAN CERGAS OTAK PUN CERDAS..! 
           







 
Lyna Azmy
pm/sms/whatsapp 0194747167
COD: Subang Bestari/Sg Buloh/Kota Damansara
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Monday 12 May 2014

Borong Coklat Di Kilang Coklat Beryl's Serdang

Ok coklat punya pasal tetiba datang mood nak update blog tau!!hahaha..lagipun lama sangat dah rasanya tak meng'update' blog tersayang ni.Citer ini semalam selepas tengok anak buah baru..anak sepupu saya on the way balik kami singgah di Kilang Coklat Beryl's...seronok sungguh bila dikeliling dengan pelbagai jenis coklat dan ditambah dengan haruman coklat yang sungguh menusuk kalbu gitu..chewahhh,macam mama ajer yang terlebih excited daripada anak.Oklah jom kita layankan gambar yang saya snap masa kat Kilang Coklat Beryl's itu..:)


 my lovely kakak tersayang..:)
 bersusun-susun tu coklat....






 peace yooo!!!


 anak bujang kesayangan hati