Like Kami@FB

Monday 27 May 2013

Mitos Tentang Penyusuan Susu IBU


Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi. 
 Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:
 “Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 
   “Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.
 “Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.
  “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.
 “Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.
 “Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

Friday 24 May 2013

5 Rahsia Penting Kulit Cantik


1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.
2. REMAJA DARI DALAM
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buahbuahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.
4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.
5. BERSENAM
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

Untuk Info & Order: 

Hazlina Azmi
Shaklee Independent Distributor ID 949506.
SMS/Call: 013 9744747
SMS/Watsapp:0194747167

Jom Kenali Shaklee


KENAPA SHAKLEE?

Syarikat pelopor NUTRISI SUPPLEMENT yang sudah lebih 50 tahun bertapak di dunia ini.
Ianya sentiasa SELAMAT : >>> Shaklee telah menjalankan lebih 80 000 test ke atas product2nya
Ianya sentiasa BERKESAN :>>> Shaklee telah membelanjakan lebih dari $ 250 Million in R&D
Ianya sentiasa HIJAU:>>> Mesra Alam, sudah pasti. Shaklee antara peneraju Dunia Hijau.
Itulah yang membuatkan saya YAKIN, SHAKLEE - Simply The BEST!
INGAT YA:"Supplement bukan PENGGANTI MAKANAN tetapi mengisi LOMPONG2 NUTRISI yang berlaku dalam DIET HARIAN ANDA!"






1. Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal

2. Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja

Experience the Shaklee Difference for yourself. You deserve it!..

3C Dengan Shaklee


Shaklee menawarkan 3 C: Cash, Car & Convention. Saya dan ramai Euphoria dah menikmati kelebihan ini.


Anda boleh menjadikan Shaklee sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka dan tiada yang mustahil.
Kami memberikan training tertutup sekiranya anda berminat menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan anda.
Modal serendah RM75 untuk pendaftaran ahli. [RM85 bagi Sabah Sarawak].
Jika anda berdekatan dengan branch Shaklee, boleh guna ID 852419 dan anda akan mendapat harga ahli. Sila maklumkan saya, kerana anda berhak mendapat FREE CONSULTATION daripada saya.

Anda Bila Lagi??
Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 852419 sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 WM/ RM85 EM(jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.


Apa kelebihan menjadi ahli?
  
1) Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
2) Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
3) Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh Pengasas Euphoria (puan Noria) melalui blog tertutup khas untuk ini.
4) Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).


Jom Join Team Shaklee Kami


Jom Join Team Shaklee Kami
1. Teringin nak buat bisnes online tapi tak ada modal besar?
** Pilih la shaklee sebab shaklee tak perlukan modal yang besar,cuma daftar ahli saja.keahlian adalah seumur hidup!untungkan!Yuran hanya RM75 WM/RM85 EM termasuk memberkit sekali,pendaftaran sepanjang hayat.

2. Saya tak tahu nak berbisnes.Malu nak bercakap atau nak promote barang.
** Tak tahu berbisnes bukan halangan.Saya akan ajar dari mula bagaimana untuk anda memulakan bisnes ini dari bawah sehingga anda berada di tempat selesa!Sekarang semuanya di hujung jari anda.Boleh buat biz secara online mahupun offline....Saya akan guide kalian.

3. Tak ada masa nak pos barang,nak beli barang shaklee?
**Dengan shaklee anda boleh lakukan bisnes ini 100% secara online.Nak tahu cara?jom join bisnes shaklee dengan saya.Saya akan bagitau cara mudah utk membuat pesanan malah saya akan bantu bagi yg ada kekangan.

4. Betul ke buat bisnes shaklee boleh dapat beribu2 sebulan?
** ya betul dengan syarat anda seorang yang yakin dan tidak mudah putus asa.Bukan beribu2 malah ramai yang sudah mendapat income berpuluh2 ribu.Tak mahu kah anda mendapat bonus di tengah bulan?

Ingin membantu suami anda?Ingin menaiktarafkan kewangan keluarga anda?Ingin membeli apa sahaja yang anda ingin kan?Ingin buat bisnes online yang sangat mudah tanpa modal yang besar?PM saya..anda ingin berubah?saya hanya membantu tunjukkan jalan..Shaklee bukan skim cepat kaya ya..hari ini join bulan depan dah dapat berpuluh2 ribu.  Ada anak2 tangga yang perlu anda lalui dimana anda akan seronok melaluinya! Saya telah laluinya maka saya ingin turunkan ilmu dan tips utk kalian pula.

Apa tunggu lagi???

Apa Keistimewaan Shaklee


Keistimewaan Shaklee :

Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran. Produknya yang asli dan semulajadi benar-benar menawan hati saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan saya dan keluarga. 


Ø  Ia antara syarikat MLM yang adil. Apabila dah bergelar pemimpin [bermula tahap Supervisor] bermakna kita dah break dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita letakkan. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha. 
Ø 

Ø  Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat. 
Ø 

Ø  Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silika gel di dalam botol vitamin Shaklee. 

Ø  Halal dan diyakini serta punya kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

So apa tunggu lagi?Berminat nak join ahli??


Apa kelebihan daftar menjadi ahli Shaklee?


Anda boleh membeli produk FullPack dengan harga ahli serta MENIKMATI ganjaran dalam bentuk point seterusnya boleh dikumpul dalam masa sebulan dan jika layak akan menerima bonus tunai dari Syarikat.


Ø  Shaklee menawarkan 3 C: Cash, Car & Convention. Saya dan ramai Euphoria dah menikmati kelebihan ini.
Ø  Anda boleh menjadikan Shaklee sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka dan tiada yang mustahil.
Ø  Kami memberikan training tertutup sekiranya anda berminat menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan anda.
Ø  Modal serendah RM75 untuk pendaftaran ahli. [RM85 bagi Sabah Sarawak].


Kandungan Cinch Shaklee


Salam Sabtu...

Hari ini saya nak bercerita tentang 1001 kebaikan Cinch Shaklee,yelakan sebelum beli apa-apa sahaja produk kita mesti nak kena tahu segala isi kandungan nak-nak yang melibatkan makanan yang akan masuk ke dalam perut.Jom kita tengok apa kandungan Cinch

Kandungan Chinch Shake Mix Shaklee


1.   Setiap hidangan Chinch Shake Mix Shaklee anda akan dapat:
      - 24gm protein - beri rasa kenyang dan rasa cukup puas hati
      - 24 jenis vitamin dan mineral penting -mengandungi lebih 35% Nilai Harian
      - 6gm serat larut

2.   Mengandungi LEUCINE - nutrisi penting untuk orang yang ingin kuruskan badan

3.   Indeks Glisemik yang rendah - 22, jadi hidangan Chinch sesuai untuk penghidap 
       kencing manis

4.   Dengan campuran ESP - campuran Eksklusif protein dipertingkatkan oleh LEUCINE

5.   LEUCINE dalam Chinch Shaklee memelihara otot semasa menurunkan berat badan

6.   TAK PERLU RISAU - Chinch Shaklee kawal kandungan gula normal

7.   Chinch Shaklee - memberi tenaga kepada orang yang berdiet

9.   Soya Bebas GMO

10  Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

11.  Ada 3 jenis variasi untuk pilihan - Vanila, Coklat dan Caffe Latte

Chinch Shake Mix Shaklee BERKESAN dalam MENURUNKAN BERAT BADAN

1. Formulanya mengekalkan jisim otot tanpa lemak

2. Berat anda turun KERANA kehilangan lemak BUKAN dengan JISIM OTOT sekali

3. DIPERKASA DENGAN LEUCINE

4. Chinch Shaklee mengawal rasa lapar

5. Memberi tenaga walaupun berdiet (perlu makan tetapi dengan diet menu yang sihat)

6. Menyokong proses metabolsima tubuh

7. Memberi kepuasan kepada pengguna.


PERANAN Leucine Dalam Proses Menurunkan Berat Badan

Secara ringkasnya LEUCINE dirumus khas dalam Chinch Shake Mix Shaklee untuk membantu kurus dengan MEMECAHKAN KITARAN DIET anda, jadi anda boleh kuruskan badan dengan 3 CARA:

MEMELIHARA OTOT-OTOT (jisim otot tak berkurang)
BAKAR LEMAK YANG TIDAK DIPERLUKAN OLEH TUBUH
BUANG BERAT (LEMAK) YANG ANDA TIDAK PERLUKAN

Malaysia Negara Orang Gemuk




"MALAYSIA berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini. "

Takut tak bila baca? Sebab bila sebut tentang berlebihan berat badan. Itu menandakan badan kita sudah bersedia untuk menerima atau menjemput segala jenis penyakit. Betul tidak? Malaysia sangat kaya dengan makanan yang sedap-sedap jadi tak mustahil bila penduduknya ramai yang mengalami obesiti.

Mencegah sebelum merawat, ini yang selalu kita dengar dan baca kan? Jadi kalau badan kita sudah melebihi tahap berat ideal. Haruslah kita mula untuk mencari penyelesaian supaya berat badan kembali kepada berat ideal. Saya juga tidak terlepas daripada masalah ini. Akibat tabiat makan yang tidak terkawal, berat badan naik dengan mendadak.

Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurang kan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, anda haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak )dan untuk mendapat kesan yang cepat dan badan yang firm .

Diet Program Shaklee...Ikut Bajet Anda


3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee



1)LANGKAH PERTAMA : DETOX
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


2)LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

 3)LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,

Sekilas tentang Cinch Shake:
Cinch Shake adalah serbuk protein yg diperkaya dgn Leucine iaitu asid amino yg memberi signal kepada badan utk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. 

Sindrom Diet Yoyo


Salam sejahtera.


Posting kali ini juga ada hubungan dengan jenis-jenis diet yang kita kenali sebelum ini iaitu 'sindrom yoyo'. Apa yang dikatakan sindrom yoyo atau diet yoyo ini. Diet ini terjadi apabila seseorang individu tidak konsisten dalam menjalankan dietnya. Hal ini menyebabkan berat badannya boleh naik mendadak dan boleh juga turun secara drastik. Sindrom yoyo ini boleh mengakibatkan metabolisme tubuh terbantut.

Pada penurunan berat yang drastik, sebahagian lemak tubuh di sistem oto turut terbakar. Padahal sistem tubuh inilah yang banyak menentukan keperluan tenaga dalam tubuh. Jika berat badan naik selepas diet, yang bertambah banyak bukanlah otot tetapi lemak. Seseorang yang terkena sindrom yoyo biasanya hilang kawalan setelah menjalani diet yang ketat. Jadi untuk mencegah terjadinya sindrom yoyo, sebaiknya diet dilakukan secara konsisten. Pastikan juga ia tidak dilakukan terlalu ketat.

Dietlah secara teratur, betul dan selamat. Selamat berdiet. ;)

Cinch Wajib Diambil Untuk Mereka Yang Nak Turunkan Berat Badan


“Jom breakfast”
“Takmau lah, aku diet sekarang. Makan sekali sehari je. Tu pun makan roti je”
“Wah patutlah makin kurus!”
Biasa kan dengar dialog seperti di atas?
3 bulan kemudian…
“Hmm susah betul lah.. badan aku ni… Bila deh stop diet, naik balik”
Pun biasa juga kan?
Diet dengan ‘tidak makan’ adalah diet yang tidak sihat malah lebih teruk ia merosakkan sel-sel badan kerana kurang nutrien (akibat kurang makan). Berat badan dapat turun dengan cepat kerana diet melampau ni merosakkan otot. Sel2 otot ‘mengecut’ menyebabkan ia menjadi ‘ringan’, sedangkan sel lemak sebenarnya masih ada. Ini kerana otot lebih berat dari lemak.
Lalu bila dah mula tinggalkan diet tersebut dan makan seperti biasa, sel2 badan dah mula mendapat nutrien yang cukup.. dan nahhh naiklah balik badannya.
Inilah yang dikatakan ‘kesan yo-yo’ atau ‘yo-yo effect’.
Jadi apakah salah diet dengan kurang makan atau tidak makan?
Tidak salah tapi pastikan ada ‘replacement’ agar sel2 badan kita terutama sel otot terpelihara. Jadi dalam berdiet extreme seperti itu, haruslah jangan dilupa nutrien2 penting yang diperlukan oleh sel2 tubuh terutama untuk metabolisma dan pembinaan otot agar proses pembakaran lemak berlaku dengan berkesan.

Credit:lyna noh


Thursday 23 May 2013

Kenapa Anak-Anak Tidak Suka Makan Sayur?


  •     Kanak-kanak suka makanan manis. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak cenderung makan buah-buahan kerana rasanya yang manis berbanding sayuran yang pahit.
  • ·     Ahli keluarga yang dewasa tidak mengamalkan dan menunjukkan pengambilan sayuran dalam diet harian menyebabkan kanak-kanak juga tidak berminat untuk makan sayuran.
  • ·     Ibu bapa menggunakan pendekatan yang salah, cenderung memaksa daripada memujuk anak-anak untuk makan sayuran.
  • ·     Penyediaan makanan bersayur tidak kreatif, menarik dan tidak dipelbagaikan rasa menyebabkan kanak-kanak tidak berminat.

  •        Menurut kajian sains:
  • ·     Faktor genetik mempengaruhi selera kanak-kanak. Gen TAS2R38 bertanggungjawab atas keengganan anak untuk selera pahit.
  • ·     Kanak-kanak dilahirkan dengan 10000 deria rasa dan deria rasa ini berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Orang dewasa rata-rata memiliki 3000 deria rasa. Oleh sebab itu, kanak-kanak lebih sensitif pada rasa pahit sayuran berbanding orang dewasa.


Bagaimana Cara Untuk Anak-Anak Makan Sayur dan Buah




1. Sentiasa AMALKAN:
◦ Menjadikan buah sebagai snek menggantikan makanan ringan.
◦ Menggantikan minuman berkarbonat dengan jus buah-buahan.
◦ Makan sayur dan salad atau ulam semasa makan tengah hari dan makan malam.

2. Sentiasa BUAT:
◦ Menambahkan sayur dalam masakan dan hidangan seperti mi goreng dan sandwich.
◦ Masak sayur dengan air sedikit.
◦ Masak dengan cara yang rendah lemak seperti kukus, rebus, celur, tumis dengan sedikit minyak.
◦ Elakkan memasak yang terlalu lama.

3. Sentiasa CAKAP:
◦ Yummm, yummm … sedapnya makan buah dan sayur ini =)
◦ Slurpppppp … lazatnya jus buah ini ",
◦ Kurp ... kurp ... krup … enaknya sayur!

Wednesday 22 May 2013

Baby Shaklee


"Inilah anak buah pertama saya, Hannah Insyirah a.k.a baby SHAKLEE.

Gambar di sebelah kiri diambil selepas beberapa jam Hannah dilahirkan, dan di sebelah kanan pula semasa umurnya 32 hari. Sekarang umur dia sudah 37 hari. Kami semua panggil dia baby SHAKLEE sebab semasa di dalam kandungan lagi Hannah telah mendapat khasiat supplement dari SHAKLEE.

Semasa hamil, Umi Hannah telah mengambil OSTEMATRIX dan ESP. Sebab itulah apabila lahir, kulit Hannah memang gebu.

Semasa umur Hannah 10 hari, dia ade ruam lampin/ekzema. So saya mandikan dia dgn BASIC H dan sapukan HERBAL BLEND setiap kali selepas dia mandi. Alhamdullillah selepas 2 3 kali sapuan, ruam pada badannya semakin kering. 

Dan sehingga kini Hannah sentiasa mendapat khasiat dari SHAKLEE kerana Uminya mengamalkan supplement untuk berpantang seperti VITALEA, B - Complex, Vita C , dan Zinc. Hannah diberi susu badan sepenuhnya. Selain itu, Umi Hannah juga add on ESP sebagai minuman semasa sarapan dan minum petang. 

In Shaa Allah dengan persediaan yang dibuat oleh Umi Hannah, Hannah akan dapat diberi susu badan sehingga 2 tahun." - Puan Sri Nora, 6 Mac 2013

Monday 20 May 2013

Testimoni Eczema dengan Shaklee



Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Apakah rawatan untuk ekzema?
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Kelebihan Bayi Susu Ibu


Mommies kat luar sana,terutamanya yang tengah menyusukan anak mesti rasa banggakan bila baca kelebihan bayi yang minum susu ibu.Boleh dikatakan setiap genap tubuh badan bayi mendapat khasiat daripada susu ibu ini.Jom jadi ibu yang bijak untuk bayi anda,bantu diri anda untuk dapatkan supplemen terbaik untuk kesihatan bayi anda.


Mitos Mengenai Susu Ibu




1) Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.

2) 
Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.

3) 
Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.

4) 
Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

5) 
Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

6) 
Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.

7) 
Bagi bayi air masak - Tidak benar! Susu ibu akan berubah suhu mengikut cuaca supaya ia mampu menghilangkan dahaga pada bayi. Ibu boleh lihat pampers bayi dan check kuantiti air kencing untuk mengetahui bayi dapat susu mencukupi atau tidak.

8) 
Urut puting sebelum menyusukan bayi - Payudara seorang wanit telah dicipta secara semulajadi untuk susu kan bayi. Mengurut puting hanya menambahkan sakit pada puting.

9) 
Mesti susukan bayi dengan kedua-dua payudara - Cara ini memang akan seimbangkan payudara. Tapi, seeloknya beri bayi minum susu pada satu payudara sehingga bayi sendiri melepaskannya. Ini ada kaitan dengan hindmilk dan foremilk. (boleh rujuk entry erna yang dulu)

10)
 Banyak susu bergantung pada size payudara - Sangat tidak tepat! penghasilan susu dapat bertambah dengan usaha serta tindakan yang betul. Bukan mengikut size payudara.

11) 
Bayi minum botol akan kembung perut - Bayi minum susu ibu pun terdedah dengan masalah kembung perut. Bergantung pada pemakanan si ibu. Tidak semestinya minum guna botol sahaja yang akan kembung perut.

12) 
Mula kerja stop susu badan - Silap! Dari dalam pantang dah boleh mula buat stock dan ibu boleh mengepam di office walaupun anak ditinggalkan ketika keluar bekerja.